Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Jangan sabotaj'

Posted: 11 Mar 2012 04:45 PM PDT

Sukan

Rexy percaya beregu campuran negara ada ramuan untuk gegar

REXY Mainaky yakin beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying boleh mengorak jauh asalkan tidak ada pihak cuba merosakkan rentak mereka.

Ketua jurulatih itu minta Persatuan Badminton Malaysia hantar mereka secara kerap ke pertandingan luar negara menentang pasangan China, Denmark dan Korea Selatan untuk menjadi pasangan yang boleh menggegar dunia selepas aksi terpuji layak ke separuh akhir Seluruh England, tempoh hari. Kemaraan ke separuh akhir itu adalah kali kedua dicatat pasangan itu tahun ini selepas Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Beregu campuran mampu gegar

"SAYA yakin mereka mampu pergi jauh asalkan tiada siapa yang cuba merosakkan mereka," demikian jawapan penuh makna ketua jurulatih beregu wanita dan campuran, Rexy Mainaky mengulas prestasi membanggakan dipamerkan pasangan campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Seluruh England.
Peng Soon-Liu Ying yang menduduki ranking kesembilan hampir mencipta sejarah muncul pasangan campuran pertama negara beraksi di final kejohanan tertua dan paling berprestij itu sebelum ditunjuk jalan keluar pasangan Indonesia, Tantowi Ahmad-Lilyana Natsir 25-27, 16-21 di separuh akhir kelmarin.

Kemaraan ke separuh akhir itu adalah kali kedua dicatatkan pasangan itu tahun ini dalam kejohanan Siri Super selepas Terbuka Malaysia Januari lalu dan sebelum ini gandingan yang pernah menjuarai Kejohanan Asia (ABC) 2010 turut pernah mara ke separuh akhir Terbuka India dan China.

"Mereka harus dihantar menyertai lebih banyak pertandingan antarabangsa bagi menimba lebih banyak pengalaman dan mematangkan permainan mereka.

"Ini termasuk menentang pasangan China, Denmark dan Korea Selatan secara kerap kerana ia akan membantu mereka menjadi pasangan terbaik dunia satu hari nanti," kata jurulatih kelahiran Indonesia yang genap 44 tahun 9 Mac lalu.

Sementara itu, Peng Soon mengakui kecewa dengan kekalahan kali ketiga kepada pasangan Indonesia itu. "Kami melepaskan peluang terbaik hari ini (kelmarin). Kami sepatutnya menang set pertama dan yakin ia akan mengubah keputusan perlawanan," katanya dengan nada kecewa.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ozzy boy

BAM perlu mencari permain perseorangan dan regu lelaki dan perempuan lebih banyak lagi, kerana negara kita perlu pelapis yg banyak seperti negara china, kita perlu memberi latihan dan peluang kepada permain baru utk mencuba bermain di super siris, kerana kalau sekadar berlatih saja tak akan mendatangkan hasil yg kita inginan, cuba lah hantar mereka yg berbakat utk menyertai pertandingan2 seperti super siri, supaya mereka dapat menimba pengalaman dari pa yang mereka perolehi, jgn lah bagi kepada org yg sama, pa yg yg saya tgk sama je cara mereka bermain, dah diberi beberapa peluang mcm tu gak cara mereka bermain, cuba lah beri peluang itu kepada pelapis2 baru yg dok ada sekarang ni, kesian kepada dato lee chong wee, kerana selama ini dia berjuang keseorangan,yang lain gugur di pertengahan jalan, sebab nya org yg sama je bermain,

juli

Rexy kalau sudah gagal jangan cari kambing hitam.... Dirimu di lubuk hati terdalam pasti bangga dengan pasangan ganda campuran Indonesia yang menang kali ini juara ALL ENGLAND

asm kb

tak lama lagi pasangan ini akan jadi juara dan disegani. lepas tu, pasangan akan mintak rexy ditukarkan sebab kunun tak sesuai dan macam2 alasan lagi. lepas tu rexy kena pecat. akhirnya pasangan akan merudum balik asal. kita dah pernah tengok skrip yg sama dgn ken kiat-boong heong. bila dh jadi juara mulalah besar kepala.itulah semangat 1malaysia. bila dah kt atas, mula mudah lupa.yg jadi mangsa ialah jurulatih...

Mohd Syahril Stringfellow

bagi saya Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mereka bermain baik..cuma kawalan gelanggang perlu diperkemaskan..apa yang diperkatakan En Rexy itu adalah benar kerana mereka akan jadi kuat kalau jumpa pasangan China, Denmark, Indonesia, korea selatan yang kuat..jadi mereka akan improve..Kalau mereka setakat berlatih dalam malaysia..corak permainan mereka hanya akan sampai tahap itu sahaja.Sila banyakkan hantar mereka ke SuperSeries..jangan asyik fokus pada lee chong wei sahaja. Ini masanya kita ketengahkan semua ..

kalau boleh hantar seberapa banyak pasangan beregu lelaki,wanita,campuran, perseorangan wanita,lelaki...bagi mereka pendedahan dan pengalaman disamping meningkatkan ranking dunia..jangan hanya mengharapkan pada satu2 pasangan atau perseorangan...rugi

annacomel

satu permintaan yang menimbulkan keraguan..saya rasa permintaan ini seolah-olah berdasarkan pengalaman sebelum ini dengan pasangan bergu lain..walllahualam.

Harimau Malaya

saya menyokong pandangan Ketua Jurulatih Rexy... BAM perlu beri pendedahan tournament Class A untuk lihat Peng Soon-Liu Ying jadi juara dunia... Kalau lihat All England hanya Datuk LCW sahaja layak ke final.. so kene tukar pemain baru dan jangan hantar pemain lama yang berkarat buat habis duit rakyat je macam Hafiz Hashim dan pasangan Beregu Tan Boon Heong + Khoo Keng Keat.. Hantar semua pemain baru... kalau tak mula dari sekarang tengok lah 4 tahun lagi malaysia masih di takuk lama..


Kelayakan Olimpik Hoki: Russia jadi mangsa kedua

Posted: 11 Mar 2012 04:40 PM PDT

Sukan

Muhammad Razie Abd Rahim

Muhammad Razie Abd Rahim

Skuad hoki negara gah berpesta jaringan di Dublin

SKUAD hoki negara meniti saat ceria ketika ini. Malam tadi, anak didik Tai Beng Hai bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum membelasah Russia 6-2, termasuk jaringan hatrik daripada Mohd Amin Rahim dalam saingan kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Chile 5-1 dalam perlawanan pembukaan, kelmarin untuk mengutip enam mata maksimum dan kekal di landasan untuk layak ke London 2012. Halangan ketiga adalah menentang pasukan ranking ke-29 dunia, Ukraine, esok dan andai berpandu kepada 11 gol yang membocori gawang lawan setakat ini satu lagi kemenangan mampu dituai dengan corak permainan dan disiplin sama.

Selepas bermula tanpa sebarang serangan berbahaya daripada kedua-dua pasukan pada awal perlawanan, Russia yang tewas 1-6 kepada Ireland pada perlawanan pembukaan mendahului 1-0 menerusi jaringan padang Pavel Golubev pada minit ke-15 dengan pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi menyumbat gol tiga minit selepas itu.

Tersentak, skuad negara bangkit pada minit ke-28 untuk menjaringkan gol pertama apabila Muhamad Amin Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti dan kedudukan kekal 2-1 sehingga berakhir separuh masa pertama.

Skuad bimbingan Beng Hai itu seakan baru terjaga pada babak kedua perlawanan dengan Amin terus menambah jaringan selepas dua minit separuh masa kedua berlangsung dan pemain senior berusia 32 tahun itu menjaringkan gol ketiga buatnya pada minit ke-54.
Jaringan skuad Malaysia turut diperoleh menerusi Faizal Saari pada minit ke-45, Muhammad Razie Abd Rahim (52) dan Hafifihafiz Hanafi (65).

INFO

JADUAL

- MALAYSIA mln Ukraine (9 mlm)
- Russia mln Chile (11.30 mlm)
- Ireland mln Korea (2 pagi)

(Semua perlawanan waktu Malaysia)

Keputusan

MALAYSIA 6, Russia 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan