Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Peminat usah terlalu bimbang'

Posted:

'Peminat usah terlalu bimbang'

'Peminat usah terlalu bimbang'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

CHONG WEI menerima rawatan bagi kecederaan bahu kanannya ketika menentang Lin Dan pada aksi final kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham semalam.


KECEDERAAN bahu kanan yang dialami jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bukan sesuatu yang membimbangkan.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan mengenai situasi yang dialami pemain No. 1 dunia itu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa Chong Wei masih berada di landasan yang tepat dalam misi memburu pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

"Kecederaan Chong Wei tidaklah teruk seperti mana yang disangka. Namun, apa jua keputusan, kita perlu tunggu rawatan susulan yang akan dilakukan Chong Wei sebaik pulang ke Malaysia nanti.

"Apa yang pasti, kecederaan itu tidak akan sesekali menjejaskan persiapan Chong Wei bagi menghadapi Sukan Olimpik nanti," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, Chong Wei gagal dalam misinya memburu kejuaraan hatrik pada kejoha- nan badminton Seluruh England 2012 selepas terpaksa menarik diri pada aksi final menentang bintang sensasi China, Lin Dan yang berlangsung di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England awal pagi semalam.

Ia gara-gara kecederaan bahu kanan yang dialami juara Seluruh England pada edisi 2010 dan 2011 itu ketika aksi suku akhir menentang perse- orangan Indonesia, Diony- sius Hayom Rumbaka.

Chong Wei yang tewas 19-21 pada set pertama terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 2-6 pada set kedua kerana sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dialaminya.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei turut gagal menyamai rekod lagenda badminton negara, Wong Peng Soon yang bergelar juara sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada edisi 1950, 1951 dan 1952.

Peng Soon turut merangkul gelaran juara Seluruh England pada 1955.

Bagaimanapun, Seu Bock menganggap keputusan pemain berusia 30 tahun itu me- narik diri adalah tepat.

"Memang Chong Wei kecewa kerana dia sememangnya mahu melakar kejuaraan hatrik pada Seluruh England. Namun, dia dapat menerimanya kerana ia disebabkan kecederaan yang dialaminya.

"Keputusannya (Chong Wei) menarik diri daripada meneruskan perlawanan juga adalah tepat kerana bimbang ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar kepada diri- nya," jelas Seu Bock.

Dalam pada itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei tidak akan beraksi pada Terbuka Switzerland yang membuka tirainya di Basel hari ini.

Irfan diberi kata dua

Posted:

Irfan diberi kata dua

Irfan diberi kata dua

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PASUKAN Gergasi Merah yang beraksi hambar pada Liga Super dan Piala FA menghampakan peminatnya. - Gambar hiasan


NASIB jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim (gambar kecil) mungkin sama seperti mana pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas seandainya beliau berada dalam saingan Liga Perdana England.

Ia ekoran persembahan hambar Gergasi Merah yang seka- dar mengutip 12 mata daripada sembilan perlawanan Liga Su- per setakat ini yang jelas mengecewakan peminat fanatik Merah Kuning.

Malah, tewas menerusi penentuan sepakan penalti terha- dap Johor FC ketika pusingan kedua Piala FA baru-baru ini juga menyukarkan sasaran yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk sekurang-kurangnya menjulang satu piala musim ini.

Mungkin, 'magis' yang dimiliki Irfan ketika bersama Terengganu musim lepas apabila muncul juara Piala FA serta naib juara Liga Super dan Piala Malaysia 2011, dilihat masih belum menjadi sehingga timbul spekulasi betapa masa depannya bersama Selangor semakin samar.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin begitupun pantas menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan, pihaknya masih mempercayai dan menagih kredibiliti yang dimiliki Irfan.

Mengakui kecewa dan menganggap tidak ada rezeki sele- pas terlepas Piala FA musim ini, Hamidin begitupun mengingatkan Irfan dan pemain-pemain Selangor supaya segera melupakan kekecewaan tersebut.

Menurut beliau, pertemuan menentang Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini dilihat seba- gai medan terbaik bagi membuktikan kebangkitan Gergasi Merah.

"Sudah tidak ada rezeki kami mendakap Piala FA musim ini, hendak buat macam mana. Saya percaya Irfan pasti melaku- kan sesuatu ketika menentang Kuala Lumpur, Sabtu ini.

"Kedudukan Irfan sebagai jurulatih juga tidak terjejas kerana kami masih berpeluang memburu sekurang-kurangnya satu piala musim ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap penjaga gol, Norazlan Razali yang dikatakan menjadi punca kekalahan Selangor kepada Johor FC tempoh hari, Hamidin begitupun menyerahkan tindakan lanjut berhubung perkara itu kepada Irfan.

"Kami sedang membuat post-mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan kami semasa menentang Sang Lebah, namun saya percaya ia lebih kepada kurang bernasib baik.

"Terpulang kepada Irfan (jika mahu menggunakan khidmat G. Jeevananthan) bagi menggantikan Norazlan (dalam pertemuan menentang Kuala Lumpur). Apa pun, kami masih menunggu laporan postmortem sebelum mengambil tindakan lanjut," tegasnya.

Skuad eksperimen lawan Syria

Posted:

Skuad eksperimen lawan Syria

Skuad eksperimen lawan Syria

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE bakal menurunkan skuad eksperimen ketika menentang Syria pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jordan malam esok.


APA jua keputusan ketika berdepan Syria pada aksi penutup tirai Kumpulan C kelaya- kan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jordan malam esok tidak lagi mampu menghidupkan semula sisa-sisa peluang skuad Olimpik negara untuk menjejakkan kaki di bumi London.

'Pintu' Olimpik jelas tertutup rapat buat skuad negara selepas terperosok ke tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata, namun ia bukan alasan bagi anak-anak buah Ong Kim Swee untuk sekurang-kurangnya menjadi 'budak pengacau' bagi mengekang impian Syria untuk mara lebih jauh.

Dendam tewas 0-2 kepada skuad kendalian Immad Khankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejurus selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, No- vember tahun lepas juga pastinya berbekas di hati pemain muda negara.

Pada masa sama, Kim Swee pastinya lebih bijak dan sekadar menurunkan skuad 'eksperimen' semata-mata di Jordan malam esok ekoran aksi menentang kelab Albirex Niigata pada saingan Liga Singapura (Liga- S), Ahad ini dilihat jauh lebih penting, ter- utamanya selepas berjaya mengutip enam mata maksimum hasil dua kemenangan ke atas Gombak United dan Tanjung Pagar United sebelum ini.

"Kami hanya mempunyai masa selama tiga hari sebelum menentang Albirex (sele- pas menentang Syria), jadi sudah tentu masalah kecederaan dan kecergasan pemain akan menimpa pasukan.

"Malah, saya sempat juga sempat menyaksikan persembahan Albirex ketika menewaskan Woodlands dan mereka merupakan pasukan yang hebat, jadi pertemuan menentang Albirex cukup penting untuk saya menilai sejauh mana kemampuan pasukan," kata Kim Swee baru-baru ini.

Skuad Kim Swee berlepas ke Jordan se- malam tanpa kehadiran Gary Steven Robat dan Thamil Arasu yang terpaksa diketepi- kan gara-gara kecederaan.

Disebabkan itu, Kim Swee dijangka menggandingkan Syahrul Azwari Ibrahim bersama Ahmad Shakir Md Ali atau penyerang Felda United, D. Saarvindran bagi menggempur benteng Syria, manakala Ahmad Fakri Saarani dijangka mengisi kekosongan Gary di bahagian tengah untuk bergandi- ngan bersama Irfan Fazail dan Nazmi Faiz Mansor.

Syria pula yang ketika ini berkongsi sembilan mata bersama Bahrain pastinya menurunkan pasukan yang terkuat bagi menjamin slot playoff untuk layak ke London akhir Julai depan.

Satu lagi aksi membabitkan pertemuan antara Bahrain dan pendahulu kumpulan, Jepun yang kini selesa mengutip 12 mata di Tokyo malam esok.

Dalam pada itu, ketiadaan Thamil juga tidak menggusarkan Kim Swee ekoran prestasi memberangsangkan Saarvindran yang meledak dua gol ketika menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2 dalam satu aksi persahabatan Sabtu lepas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan