Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piala Thomas belum pasti

Posted:

Piala Thomas belum pasti

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my


Lee Chong Wei beraksi sambil menahan kesakitan ketika menentang Lin Dan pada final All England di Birmingham, kelmarin.


KUALA LUMPUR – Puncanya seperti tidak serius, bahu Datuk Lee Chong Wei sakit akibat 'salah tidur'. Namun kesan yang ditanggung lebih teruk daripada yang disangka kerana jaguh No. 1 dunia itu bukan saja terlepas hatrik All England, malah belum pasti dapat beraksi pada Piala Thomas, Mei ini.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock mengakui, kedudukan anak buahnya untuk membawa cabaran Malaysia pada kejohanan 20-27 Mei itu tidak menentu kerana keadaannya agak buruk ketika ini, namun dia perlu mendapatkan nasihat daripada doktor Institut Sukan Negara (ISN) sebelum membuat keputusan.

Kelmarin, Chong Wei berdepan detik paling mengecewakan dalam kariernya apabila terpaksa menyerah kalah kepada musuh ketat dari China, Lin Dan pada kedudukan 19-21, 2-6 kerana masalah bahu kanan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kita mahu robek gawang Ukraine

Posted:

Kita mahu robek gawang Ukraine

Oleh Zainul Azhar Asha'ari

DUBLIN, Ireland – Dengan kedudukan teratas setakat ini dikuasai Ireland dan Korea Selatan, Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan, kecuali memenangi setiap perlawanan dan mencari jaringan besar apabila berdepan Ukraine hari ini untuk memburu dua slot teratas hoki kelayakan Sukan Olimpik 2012.

Biarpun memulakan dua perlawanan pertama di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD) dengan kemenangan 5-1 ke atas Chile dan 6-2 ke atas Rusia, skuad negara masih berada di belakang kedua-dua pasukan itu menerusi perbezaan gol.

Ini kerana tuan rumah, Ireland dan Korea berjaya melakar kemenangan besar dalam perlawanan mereka. Setelah menewaskan Rusia 6-1, Ireland membelasah Ukraine 12-0, manakala Korea mencatat kemenangan 8-2 ke atas Ukraine dan mengatasi Chile 6-1.

"Kita tidak boleh lagi melakukan kesilapan seperti terlalu yakin apabila berdepan dengan pasukan yang dianggap mudah kerana sebenarnya pemikiran begini boleh memerangkap kita," kata Beng Hai.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan