Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Impian hatrik berkubur

Posted:

Impian hatrik berkubur

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


LEE CHONG WEI


KUALA LUMPUR - Impian Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran hatrik Kejohanan All England tidak kesampaian apabila dia terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan perlawanan akhir dengan seteru utamanya, Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham semalam.

Selepas tewas 19-21 pada set pertama, Chong Wei yang memulakan perlawanan dengan kecederaan bahu kanan, kelihatan agak terbatas pergerakannya pada awal set kedua dan ketika dia ketinggalan pada kedudukan 2-6, pemain No.1 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan.

Perkembangan itu nyata anti klimaks dan mengecewakan ribuan penonton di stadium serta jutaan peminat badminton di serata dunia yang menanti-nantikan pertembungan epik antara dua jaguh perseorangan terbaik dunia masa kini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

PKNS FC juara berganda futsal

Posted:

PKNS FC juara berganda futsal

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


PASUKAN PKNS FC meraikan kejuaraan berganda selepas mengungguli kategori lelaki dan wanita pada perlawanan akhir Liga Futsal Kebangsaan 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID


KUALA LUMPUR - PKNS FC meraih kejuaraan berganda dalam kategori lelaki dan wanita pada saingan akhir Liga Futsal Kebangsaan 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Pasukan lelaki PKNS FC memperoleh kemenangan besar 7-2 menundukkan MPSJ FC manakala dalam kategori wanita mereka memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor.

Pengurus Pasukan PKNS FC, Sairollizam Saiedin berkata, kemenangan berganda itu adalah kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

"Ini adalah hasil kerja keras semua ahli dalam pasukan dan saya bangga dengan kejayaan yang mampu dicapai oleh PKNS FC.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan