Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Bangkit melawan

Posted: 11 Mar 2012 11:02 AM PDT

BURUAN tiga mata penuh yang sepatutnya tidak sukar untuk diraih skuad negara pada perlawanan kedua pusingan kelayakan Sukan Olimpik menentang Russia semalam bertukar menjadi mimpi buruk pada awal permainan.

Apa tidaknya, pada perlawanan yang menyaksikan skuad negara meraih kemenangan 6-2 semalam, anak buah Tai Beng Hai seakan tidak mempunyai sentuhan magis apabila ketinggalan 0-2 selepas 17 minit, kedua-duanya menerusi jaringan padang Pavel Golubev.


Tersentak dengan asakan Russia, barulah skuad negara berusaha untuk mencari gol penyamaan, namun mereka masih buntu untuk mencari gol pembakar semangat yang dimahukan.

Dan ternyata skuad negara masih memerlukan sentuhan penyudah pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Amin Rahim yang menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol pertama menerusi gerakan set piece itu pada minit ke-27.


Selepas ketinggalan 1-2 ketika memasuki babak kedua, Amin sekali lagi menjadi penyelamat apabila menyumbang gol penyamaan dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti m-43.


Skuad negara tidak perlu menunggu lama untuk menambah gol ketiga apabila penyerang sensasi negara, Faizal Saari menyempurnakan tugas dengan baik menolak masuk bola menerusi pukulan sudut penalti dua minit kemudian.

Muhammad Razie Rahim terus memastikan Malaysia berada pada kedudukan selesa dengan menjaringkan gol keempat m-52 menerusi pukulan sudut penalti.


Amin melakar hatrik dengan menyumbang gol kelima dua minit kemudian menerusi pukulan penalti pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Kolej Universiti Dublin.

Hafifihafiz Hanafi menjadikan kedudukan 6-2 apabila menjaringkan gol menerusi jaringan padang lima minit sebelum tamat.


"Kami tidak bermula dengan bagus dan terpaksa mengejar lawan untuk menyamakan kedudukan. Selepas ketinggalan 0-2 kami terpaksa menukar strategi.


"Kesilapan pemain kami sebelum itu ialah tidak menjaga setiap pemain lawan dengan baik. Apapun, pada akhirnya kita berjaya juga meraih kemenangan," kata Beng Hai.



Amin senjata utama negara

Posted: 11 Mar 2012 10:34 AM PDT

KETAJAMAN pukulan sudut penalti Muhammad Amin Rahim ternyata masih menjadi antara senjata utama skuad hoki negara bagi menghadapi saingan pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland.

Meskipun baru pulih daripada kecederaan pada bahagian mata ketika sesi latihan sebelum berlepas ke Dublin, Amin masih mampu membuktikan betapa kualiti yang ada padanya menerusi gerakan 'set piece' itu tidak pernah tumpul.


Contohnya ia dapat dilihat pada perlawanan pertama bertemu Chile kelmarin yang menyaksikan dia berjaya menyumbang satu gol meskipun hanya masuk sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki 12 minit.

"Bagi saya dapat menjaringkan satu gol meskipun masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan bertemu Chile sudah satu perkembangan yang bagus kerana saya baru saja pulih daripada kecederaan.


"Pada saingan inilah juga masanya untuk saya kembali menunjukkan kemampuan saya dan membantu pasukan menghadapi semua saingan pada pusingan kelayakan ini.


"Mengenai kedudukan saya dalam pasukan, terpulang kepada jurulatih sama ada mahu meletakkan saya dalam pasukan utama atau sebaliknya pada satu-satu perlawanan.

"Apapun saya akan cuba memberikan yang terbaik walaupun diturunkan dalam tempoh singkat. Kami perlu teruskan momentum ini sehingga tamat saingan," katanya.


Walaupun usianya sudah mencecah 32 tahun, Amin masih lagi dilabel pakar pukulan sudut penalti terbaik negara berbanding dua lagi pemain yang memikul tugas sama iaitu Muhammad Razie Abd Rahim serta penyerang sensasi negara, Faizal Saari.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan