Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zulfadli beri kata putus hari ini

Posted:

Zulfadli beri kata putus hari ini

KUALA LUMPUR - Juara remaja dunia Zulfadli Zulkifli berpuas hati dengan program yang diatur oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani latihan persediaan menghadapi Piala Axiata yang bermula 23 Mac ini.

Zulfadli, yang bernaung di bawah Kuala Lumpur Racket Club (KLRC), berkata, dia akan memberi kata putus kepada BAM hari ini mengenai tawaran latihan bagi menghadapi Piala Axiata dan pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China pada 20-27 Mei depan.

"Hari ini saya telah menerima surat tawaran BAM, setakat ini semuanya berjalan lancar. BAM telah menerangkan tentang program latihan yang telah ditetapkan dan selepas berbincang dengan KLRC, esok saya akan kembali untuk memberikan jawapan.

"Saya berterima kasih kepada BAM kerana telah beri kepercayaan terhadap kemampuan saya untuk mewakili negara dan saya pasti akan buktikan kemampuan saya kepada peminat badminton negara," katanya selepas mengadakan perbincangan hampir sejam dengan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh di Pejabat BAM, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Anuar wajib menang di Terengganu

Posted:

Anuar wajib menang di Terengganu


Marco Canola mendepakan tangannya selepas melepasi garisan penamat peringkat ketujuh LTdL 2012 dari Bentong ke Kuantan sejauh 205.8 kilometer, semalam. - UTUSAN/Mohd Najib Mohd Nor


KUANTAN - Tidak ada khabar gembira daripada pelumba pasukan Champion System, Anuar Manan pada peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Bentong ke Kuantan semalam.

Namun, ada janji yang menarik perlu ditunaikan pada baki tiga lagi peringkat iaitu perlu wajib muncul juara di salah satu peringkat tersebut.

Anuar yang hanya menduduki tempat ke-20 (empat jam 26.55 saat), semalam berkata, kalau boleh dia mahu memberikan kebanggaan buat rakyat negeri kelahirannya sendiri sambil melupakan kekecewaan yang berlaku di Kuantan.

"Saya mempunyai semangat yang tinggi dan bersedia, namun saya perlu melakukan sesuatu yang luar biasa sambil mengharapkan bantuan daripada Mohamad Adiq Hussainie Othman dan Aaron Kemps, selepas Jann Kirsipuu terkeluar daripada saingan," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen