Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Alonso juara perlumbaan dramatik

Posted:

Alonso juara perlumbaan dramatik

Oleh AIZAWATI AHMAD dan ZAZALI JAMIAN
Gambar ASWAD YAHYA dan DJOHAN SHAHRIN SHAH
sukan@utusan.com.my


Pelumba Ferrari, Fernando Alonso menunjukkan isyarat kemenangan sebaik sahaja melintasi garisan penamat pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, semalam.


SEPANG – Hujan membawa tuah buat pemandu Ferrari, Fernando Alonso apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia penuh dramatik di Litar Sepang, semalam, iaitu kemenangan pertamanya dalam tempoh lapan bulan.

Pemandu Sepanyol itu melengkapkan 56 pusingan selepas perlumbaan disambung semula setelah 51 minit dihentikan akibat hujan lebat.

Ia disifatkan perlumbaan paling panjang apabila Alonso menamatkan saingan dengan masa 2 jam 44 minit 51.812 saat.

Pelumba muda Mexico, Sergio Perez dari pasukan Sauber hampir melakar kejutan terbesar apabila menyaingi Alonso dalam beberapa pusingan akhir, namun terpaksa akur di tempat kedua.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

'Litar macam tasik'

Posted:

'Litar macam tasik'


Pelumba McLaren, Lewis Hamilton (depan) mendahului perlumbaan pada awal saingan namun ia terpaksa dihentikan pada pusingan kelapan akibat hujan lebat sebelum disambung semula 51 minit kemudian.


SEPANG - Perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia terhenti selama 51 minit semalam apabila bendera merah dikibarkan hanya selepas lapan pusingan berlangsung ekoran hujan lebat di Litar Antarabangsa Sepang.

Hujan lebat juga menyebabkan jarak penglihatan turun ke tahap minimum dan kebanyakan kereta hilang cengkaman akibat trek yang basah, sekali gus memaksa penganjur menghentikan perlumbaan dan menunggu sehingga cuaca kembali reda.

Selepas keadaan mulai cerah, perlumbaan disambung semula di belakang pengawasan kereta keselamatan. Pemandu McLaren, Lewis Hamilton menerajui saingan, diikuti rakan sepasukannya, Jenson Button. Sergio Perez dari pasukan Sauber ketiga.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen