Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kedah tidak boleh terlalu teruja

Posted: 22 Apr 2012 03:11 PM PDT

Sukan

  PEMAIN Kedah, Azmizi Azmi (kanan) cuba menghalang penyerang Kelantan, Norshahrul   dalam saingan  separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu, kelmarin.

PEMAIN Kedah, Azmizi Azmi (kanan) cuba menghalang penyerang Kelantan, Norshahrul dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu, kelmarin.

Masih ada baki 90 minit untuk mara ke final

BARISAN pemain Kedah tidak boleh terlalu teruja dengan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Kelantan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA kelmarin kerana masih ada baki 90 minit perlawanan yang perlu dilalui, dan hanya kemenangan di Stadium Darulaman akan memastikan mereka untuk melangkah ke final di Stadium Shah Alam.

Bagi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning, Wan Jamak Wan Hassan, barisan pemainnya berjaya menghampakan barisan serangan Kelantan di hadapan 25,000 penyokong tuan rumah di Kota Bharu tetapi satu kesilapan telah membuka ruang kepada lawan merobek gawang Kedah.

Namun pemain import dari Croatia, Vedran Gerc menjaringkan gol untuk memadamkan kelebihan lawan. "Kami menyedari memiliki kelebihan jaringan di gelanggang lawan tetapi kelebihan akan terpadam jika Kelantan menjaringkan gol pada separuh akhir kedua nanti.

"Anak buah saya perlu peka dengan kedudukan ini dan menggandakan usaha di Alor Star, 1 Mei depan," kata Wan Jamak.

"Kecemerlangan barisan pertahanan termasuk penjaga gol, Helmi Eliza Elyas berjaya menghampakan cubaan barisan penyerang lawan semalam (kelmarin), tetapi bahagian serangan dan tengah perlu meningkatkan persembahan demi memantapkan lagi permainan kita," katanya.

Wan Jamak berkata, rehat selama 10 hari sebelum separuh akhir kedua, memberi peluang kepada pemain untuk pulih daripada kecederaan dan menyediakan diri secara fizikal dan mental.
"Dalam masa dua hari lagi (Selasa), saya akan dapat mengetahui sama ada tonggak, Safi Alfatah dan pemain pertahanan, V Thirumurugan mampu beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua nanti. Kehadiran mereka pasti akan memantapkan lagi prestasi kita," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bedahjualbelacan

tu dia kedah hebat sungguh noh...contohi peminat kedah relax jer sabar dan lihat hasilnya dapat striker yg hebat dan prolicik mamtap

MatKelate

Melihat corak permainan kelantan dan terengganu, saya meramalkan final piala fa tahun ini ialah kedah dan sime darby.

mimimiki

TRW PASTI BANGKIT DI KEDAH NT...SAMA2 TGU!

mie

Tahniah kepada kedua-dua pasukan dgn permainan yang bagus dan penyokong2 pun tak bergaduh.

Peminat Bolasepak Malaysia

Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasukan kerana manunjukkan persembahan yang hebat di Kota Bharu tempoh hari. Tapi pada pengamatan saya Pasukan Kelantan akan dapat menewaskan Pasukan Kedah pada perlawanan timbal balik nanti.

hady faizal kassim

InsyAllah the red warrior pasti ke final nnt..saksikan d arena astro....


MB tak mahu campur tangan

Posted: 22 Apr 2012 03:10 PM PDT

Sukan

 
PASUKAN FRU penyokong pasukan Terengganu mengadakan demonstrasi di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, semalam.

PASUKAN FRU penyokong pasukan Terengganu mengadakan demonstrasi di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, semalam.

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak berminat mencampuri urusan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), walaupun kesal dan mengakui berlaku kemerosotan skuad Penyu dikendalikan Mat Zan Mat Aris.

Sambil menafikan akan mengambil alih pengurusan pasukan, Ahmad yang tampak kecewa dengan kekalahan 2-1 skuad Penyu ketika melayan pasukan Sime Darby FC pada pertembungan separuh akhir pertama Piala FA, mengarahkan seorang benteng pertahanan tidak diturunkan pada aksi akan datang kerana dua gol mudah dijaringkan pemain lawan berpunca daripada kesilapannya.

"Dua gol dijaringkan penyerang import pasukan lawan, Patrick Ronaldinho pada minit ke-52 dan gol kemenangan pada masa tambahan oleh pemain gantian, Syukur Saidin, berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan tuan rumah. "Saya secara peribadi minta jurulatih, Mat Zan tidak menurunkan pemain itu semasa berjumpa pemain di bilik persalinan pada rehat separuh masa pertama.

"Walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak, tetapi saya perlu bertanggungjawab atas kemerosotan mendadak pasukan dan akan panggil pengurusan serta jurulatih skuad Penyu, Selasa ini untuk berbincang bagi menyelesaikan kekalutan sehingga membangkitkan kemarahan kira-kira 1,000 penyokong berikutan tiga kekalahan skuad itu," katanya.

Mengulas kira-kira 1,000 penyokong tegar mengadakan demonstrasi mendesak Che Mat serta Mat Zan mengundur diri, Ahmad berkata, penyokong perlu rasional kerana tiada pasukan yang inginkan kekalahan pada setiap perlawanan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Melighani

Memang MB Terengganu mengambil berat kemajuan pasukan bolasepak Terengganu..,'rasa tanggungjawab' terhadap pasukan negeri ini patut dicontohi oleh ORANG ATASAN FAM.....

jai besut

benteng pertahanan pn masalah,penyerang pn bermasalah...lawan nk bt gol,buat lah,dah mmg tgas pnyerang lawan buat gol...benteng pertahanan kite kawal coz lawan mencari ruang n sentiasa mencari...sebenarnarnya benteng bkn mslah,pyerang yg bermasalah,xbuat gol....xde ideal...rangkaian pn xsepadan...berbeza dr thn 2011 lepas...satu game pling tgi pn bleh wat atu gol,2 ker yg di pngil pnyerang....lawan buat byk,kite bls byk....tulis pnjg lebar xde guna,pikir2 kan untuk kepentingan bersama....bukan main hentam player jer...k,salam

shukri

Jadual padat yang diatur oleh FAM telah berjaya mencapai matlamat untuk pasukan Terangganu gagal menunjukkan persembahan terbaik. Pengerusi J/K Pertandingan FAM gagal memberi pertimbangan sewajarnya kepada pasukan Terengganu untuk mempunyai rehat secukupnya sedangkan pasukan Terengganu telah terbukti sebagai salah satu pasukan terhandal di arena bola sepak tempatan. Pasukan Terengganu telah membawa bendera Malaysia di peringkat kelab di asia namun pengorbanan ini tidak dihargai oleh FAM dengan membuat perancangan sendiri supaya pasukan Terangganu bukan sahaja akan gagal diperingkat liga domestik tapi akan juga gagal diperingkat kelab asia melalui susunatur jadual perlwanan yang padat. Sayang sekali permainan politik dalaman didalam FAM akan memastikan pasukan Terengganu tersingkir di peringkat liga domestik dengan menyediakan jadual perlawanan yang tidak masuk akal. Saya mencadangkan keseluruhan J/K Pertandingan FAM meletak jawatan kerana kamu semua gagal membuat perancangan terbaik untuk pasukan bola sepak tempatan seperti apa yang berlaku kepada pasukan bolasepak negeri Terengganu.

akujugategar

Peminat-peminat terengganu banyak-banyak la bersabar. Adat permainan, ada kalah dan ada menang. Kalau nak menang je susah juga. Pemain semuanya nak yang terbaik tetapi kalau mentaliti penyokong / peminat masih di tahap rendah / masih di takuk lama teramat-amatlah sedih rasanya bagi saya yang juga penyokong tegar dalam bolasepak. Berubahlah, buat malu saja.

Wan Maliki

Nak menjadi juara mudah, nak kekalkan kejuaraan, susah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan