Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


AGM KOM tangguh

Posted:

AGM KOM tangguh

AGM KOM tangguh

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

SHAHIDAN masih belum mahu mengumumkan tarikh AGM KOM ekoran masalah dengan laporan audit.


GARA-GARA masalah dengan laporan audit, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terjejas.

"Ada masalah dalam laporan audit."

Demikian penjelasan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung tarikh sebenar AGM badan induk sukan olahraga negara itu.

Shahidan berkata, pihaknya tidak boleh membuat keputusan berhubung tarikh sebenar AGM selagi laporan audit KOM masih belum siap sepenuhnya.

Katanya, ketika ini terdapat beberapa masalah dalam laporan tersebut namun beliau memberi jaminan perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Ada sedikit masalah dalam laporan audit dan sebab itu saya masih belum boleh membuat keputusan mengenai tarikh AGM.

"Apabila semuanya sudah selesai, baru saya boleh umumkan," kata Shahidan ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM di Bukit Jalil semalam.

Pada Februari lalu, KOM telah menyerahkan laporan kewangan tahunan kepada sebuah syarikat audit bagi membolehkan AGM diadakan.

Bagaimanapun, Shahidan tidak mendedahkan masalah yang berlaku dalam laporan audit badan induk itu.

Sebaliknya, beliau memberikan gambaran awal bahawa AGM KOM akan berlangsung selewat-lewatnya Jun depan.

"Selepas laporan audit siap sepenuhnya, ia akan dibentangkan kepada ahli-ahli majlis KOM.

"Jika ahli-ahli majlis berpuas hati dan

bersetuju dengan laporan audit tersebut, barulah saya akan mengumumkan tarikh sebenar AGM.

"Saya memang mahu membuat AGM secepat yang mungkin dan jika tidak ada apa-apa halangan ia akan berlangsung sebelum tarikh yang sepatutnya (30 Jun depan).

"Namun, jika pilihan raya umum turut berlangsung pada tarikh tersebut, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Mungkin AGM KOM perlu ditangguh terlebih dahulu bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum," jelas Shahidan.

Mengikut surat yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sukan kepada KOM sebelum ini, badan induk itu diberi tempoh sehingga 30 Jun depan bagi mengadakan AGM.

Ia bagi membolehkan Pesuruhjaya Sukan meluluskan perlembagaan baharu yang dimohon oleh KOM.

Jika gagal, KOM perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pesuruhjaya Sukan bagi memberi penjelasan lanjut berhubung kegagalan tersebut sebulan sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Kali terakhir KOM mengadakan AGM adalah pada Januari tahun lalu.

Koo-Tan perlu ke separuh akhir

Posted:

Koo-Tan perlu ke separuh akhir

Koo-Tan perlu ke separuh akhir

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

SASARAN mara ke separuh akhir diletakkan ke atas gandingan Kien Keat (kiri) dan Boon Heong pada Terbuka India.


BEREGU lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong perlu mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2012 yang akan bermula hari ini.

Itu sasaran yang telah diletakkan ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her ke atas beregu utama negara itu.

Bagi Kim Her, sudah tiba masanya buat Kien Keat- Boon Heong untuk menghasilkan keputusan yang positif selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila sering kali terkandas pada pusingan awal kejohanan yang disertai mereka sebelum ini.

Meskipun tugas tersebut dianggap berat buat beregu negara itu, namun Kim Her berkata, berdasarkan komitmen serta peningkatan prestasi yang ditunjukkan kedua-dua pemain berkenaan sepanjang tiga minggu menjalani latihan bagi menghadapi Terbuka India kali ini, beliau percaya matlamat tersebut mampu dicapai.

"Saya nampak banyak peningkatan yang dipamerkan Kien Keat-Boon Heong sepanjang menjalani latihan. Mereka telah bekerja keras dan bersungguh-sungguh bagi memastikan keputusan yang positif.

"Sebab itu, saya yakin mereka boleh mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menuru Kim Her, sasaran untuk mara ke peringkat separuh akhir penting bagi memastikan Kien Keat-Boon Heong dapat mengekalkan tahap konsistensi mereka sebelum beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

"Kien Keat-Boon Heong telah mempamerkan banyak peningkatan dan sebab itu saya membuat keputusan untuk meletakkan sasaran buat mereka.

"Mereka beraksi dengan baik ketika aksi kelayakan Piala Thomas (Februari) dan juga Seluruh England (bulan lalu), namun pada Piala Axiata prestasi mereka sedikit merosot.

"Begitupun, sepanjang tiga minggu menjalani latihan bagi menghadapi Terbuka India kali ini, saya dapat lihat kesungguhan mereka untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang," jelas Kim Her.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Setiausaha Kehormatnya, Ng Chin Chai mengeluarkan kenyataan bahawa badan induk itu tidak mahu memberi tekanan kepada Kien Keat-Boon Heong dengan meletakkan sasaran dalam setiap kejohanan yang disertai mereka.

Bagi BAM, sudah cukup sekiranya bekas beregu No. 1 dunia itu mempamerkan peningkatan prestasi sebelum beraksi pada Sukan Olimpik 2012.

Namun, kini segala-galanya telah berubah apabila Kim Her sudah mula meletakkan sasaran kepada Kien Keat-Boon Heong dan ia akan berterusan untuk kejohanan-kejohanan seterusnya sebelum Sukan Olimpik 2012 bermula.

Pada aksi pusingan pertama esok, Kien Keat-Boon Heong akan berdepan pasangan England, Chris Adcock-Andrew Ellis sebelum dijangka menentang Liu Xiaolong-Qiu Zihan dari China jika layak ke pusingan kedua.

Jika mara ke suku akhir, beregu negara itu diramal berdepan satu lagi pasangan China, Chai Biao-Guo Zhendong sebelum dijangka membuat perhintungan dengan musuh tradisi mereka, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan seandainya layak ke separuh akhir.

Kelantan tak rela diratah lawan

Posted:

Kelantan tak rela diratah lawan

Kelantan tak rela diratah lawan

Daripada YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


HODAK (tengah) ditemani Indra Putra (kiri) meninjau keadaan Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam semalam.


HO CHI MINH CITY, Vietnam – Wakil Malaysia dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan tidak akan memberi laluan mudah kepada wakil Vietnam, Navibank Saigon pada aksi kelima Kumpulan H di Stadium Thong Nhat di sini malam ini.

Biarpun turun tanpa kelibat ketua pasukan Mohd. Badri Radzi atau Piya yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan bertemu Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu, ia tidak menjejaskan tumpuan The Red Warriors menjelang pertemuan tersebut.

Sebaliknya pengendali Kelantan, Bojan Hodak mengakui yang beliau sudah menemui ramuan terbaik untuk dihidangkan pada perlawanan tersebut.

"Tempat Piya akan diisi oleh Indra Putra (Mahyuddin). Saya yakin Indra mampu menggalas tugas tersebut berdasarkan pengalaman dan kelebihan yang dimiliki oleh pemain berkenaan.

"Pasukan lawan (Navibank) mempunyai jentera tengah yang kuat. Jadi, saya akan kuatkan jentera tengah kita bagi memastikan Kelantan menguasai bahagian ini," katanya pada sidang media semalam.

Mengulas mengenai peluang pasukannya pada perlawanan tersebut, Hodak optimis The Red Warriors mampu meraih tiga mata seterusnya mencerahkan peluang layak ke pusi- ngan seterusnya.

"Walaupun sedikit kepenatan selepas mengharungi perlawanan yang hebat minggu lalu, saya harap ia tidak menjejaskan tumpuan semua pemain.

"Kemenangan cukup penting buat kita sebelum menanti kunjungan Ayeyawady United pada perlawanan terakhir di Kota Bharu nanti," ujarnya.

Sementara itu, rakan sejawat Hodak, Pham Cong Loc berkata, beliau akan mempertaruhkan barisan terbaik pada pertemuan ini.

"Kami mempunyai misi yang sama seperti Kelantan iaitu untuk meraih kemenangan. Jadi, saya harap pemain tidak memberikan laluan mudah buat Kelantan pada perlawanan ini.

"Hanya kemenangan sahaja yang akan menjamin tempat kami ke pusingan seterusnya," tegasnya.

Selepas mengharungi empat perlawanan Kelantan, Navibank Saigon serta Ayeyawady United berkongsi tujuh mata, namun dibezakan dengan jumlah jaringan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan