Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tevez, Rooney penentu

Posted: 29 Apr 2012 01:11 PM PDT

Sukan

MENJELANG detik getir pertemuan dua tetangga, Manchester City dan Manchester United di Stadium Etihad, hari ini ada persoalan hangat timbul apakah Alex Ferguson akan berundur sama seperti dilakukan Pep Guardiola dari Barcelona.

Mengerti pengurus The Red Devils itu dia tidak akan melakukan keputusan sama kerana dia sentiasa melihat kepada gambaran lebih besar, tambahan sudah diketahui betapa dia kerap mampu bangkit pada situasi paling tertekan untuk kembali semula ke landasan kemenangan.

Pertembungan ini bakal disaksikan 650 juta penonton secara global dari kira-kira 203 negara dan kelibat bintang seperti Wayne Rooney dan Carlos Tevez boleh menjadi penentu kemenangan pasukan masing-masing. City akan melonjak selaku pendahulu baru andai menang atas perbezaan jaringan.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Pendekar Pahang gah perkasa

Posted: 29 Apr 2012 12:56 PM PDT

Sukan

Pertahan mahkota kejuaraan dengan raih 11 emas

KUASA besar sukan silat, Pahang menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan status juara keseluruhan Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-16 di Stadium Badminton Cheras, semalam dengan menambah dua lagi pingat emas menjadikan jumlah keseluruhan 11 emas, 3 perak dan 4 gangsa.

Dua emas terakhir skuad Pantai Timur itu terhasil menerusi Azlina Abd Aziz dan Mohd Saiful Riduan Rahmat selepas berjaya mengatasi lawan masing-masing di final kategori Puteri Bebas serta Putera H. "Walaupun Pahang juara keseluruhan tapi saya masih kurang berpuas hati dengan pencapaian dipamerkan pesilat saya terutama acara silat olahraga. Pahang ada pesilat terbaik kerana mereka semua sudah lama dikumpulkan menjalani latihan sejak tiga tahun lalu," kata jurulatihnya, Mohd Hamidi Mohamad, sejurus selesai majlis penutup yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, hasrat Pahang menambah dua lagi emas pada saingan final kategori Putera C serta acara berpasukan Putera-Puteri gagal selepas tewas pada Selangor dan pasukan Gayong Fatani.

Tentera unggul di tempat kedua carta pungutan pingat dengan 6 emas serta 5 gangsa dan diikuti satu lagi wakil Pantai Timur, Terengganu (3-4-4). Sementara itu, pesilat Wilayah Persekutuan, Mohd Izzuddin Mohd Hanan diumumkan Putera Terbaik manakala Puteri Terbaik dimenangi Siti Zubaidah Che Omar dari Kedah.

Sementara itu, Muhyiddin mahu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) berusaha memantapkan dan menyemarakkan lagi aktiviti persilatan kerana ia mampu menjadi benteng mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
"Sebagai satu seni mempertahankan diri yang menjadi warisan budaya Melayu, sewajarnya seni silat tanah air disemarakkan lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti persilatan menggabungkan pelbagai persatuan dan perguruan silat di negara kita," katanya yang turut mengumumkan peruntukan tambahan RM150,000 untuk digunakan PESAKA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan