Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei berpeluh

Posted: 04 May 2012 03:47 PM PDT

Sukan

CHONG Wei ketika berdepan Wei Feng, semalam.

CHONG Wei ketika berdepan Wei Feng, semalam.

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dipaksa berhempas pulas sehingga tiga set oleh rakan senegara, Chong Wei Feng sebelum mara ke saingan separuh akhir Grand Prix (GP) Emas semalam, dalam pemburuannya mencatat gelaran keempat berturut-turut.

Dalam saingan di Stadium Bandaraya Johor Bahru itu, Chong Wei tidak berdepan kesukaran pada set pertama apabila menang 21-18 ke atas pilihan kelapan itu tetapi dia tewas pada set kedua 15-21 sebelum bangkit 21-8 pada set ketiga.

Pilihan pertama itu akan berdepan pilihan ketiga, Tommy Sugiarto pada separuh akhir hari ini selepas pemain Indonesia itu mengetepikan cabaran Sourabh Varma dari India, 21-17, 21-14. "Saya buat sedikit kesilapan apabila beri ruang kepada Wei Feng untuk menang set kedua malah ketika set pertama juga dia menunjukkan corak permainan agresif. Ini perkembangan positif buat pemain itu yang meningkat mendadak," kata Chong Wei.

Beregu pilihan pertama kejohanan, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong juga tidak menghadapi kesukaran untuk menempah tempat ke separuh akhir apabila mengatasi gandingan Korea Selatan, Kim Dae Eun-Lee Sang Jong 21-14,21-12 dan akan menentang Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari pada separuh akhir hari ini.

Pasangan KLRC itu menewaskan Hoon Thien How-Teo Yi Ee dalam pertarungan tiga set 21-14, 20-22, 21-17.

"Menentang beregu Korea Selatan itu jelas kurang mencabar tetapi saya pasti menentang Mohd Zakry-Mohd Fairuzizuan esok (hari ini) bakal menjanjikan saingan sengit, sekali gus menguji keupayaan sebenar kami dalam persiapan menghadapi Piala Thomas," kata Boon Heong.
Pilihan utama beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga dipaksa bekerja keras sebelum mara ke separuh akhir selepas mengatasi rakan senegara, Ong Jian Guo-Lim Yin Loo dalam tempoh 32 minit sebelum menang 21-14, 23-21 dan akan bertemu pasangan Indonesia, Riky Widianto-Puspita Richi Dili yang menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Dae Eun-Ko A Ra 21-19, 21-13, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wanjeff

Mesej penting utk Dtk sblm ke London.

fik

saingan tak mencabar...byk negara hantar pemain pelapis..


Kelantan kecewakan Lions XII

Posted: 04 May 2012 03:18 PM PDT

Sukan

FINALIS Piala FA, Kelantan terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Super setakat ini, Lions XII selepas membenam pencabar itu, 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Di awal separuh masa pertama, tuan rumah terlepas peluang untuk mendahului Lions XII selepas sepakan penalti penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha ditangkap kemas penjaga gol lawan, Hyrulnizam Juma'at.

Selang 20 minit, giliran Lions XII mengasak gawang tuan rumah dan hampir berada di depan menerusi sepakan gunting kapten, Shahril Ishak namun ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat mengawal gawang Kelantan daripada dibolosi. Kemasukan Indra Putra Mahayuddin di pertengahan babak kedua, menyuntik ketajaman barisan depan The Red Warriors untuk S Chanturu menjaringkan gol cantik pada minit ke-73, sebelum menambah dua lagi menerusi Norfarhan Mohamad (77) dan Rizal Fahmi Rosid (86).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang turun tanpa khidmat ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris ketika berdepan Perak, seperti tidak menghadapi sebarang masalah apabila mendahului seawal minit pertama menerusi Joseph Kalang Tie sebelum Mohd Rafiuddin Roddin menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, Perak kembali menguasai perlawanan dan mendapatkan gol kedua menerusi penyerang import, Albert Dominique sebelum Hasmizan Kamarudin kembali mengikat kedudukan 2-2.

Di Stadium Likas, jaringan tunggal Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-20 membantu Sabahawks mengutip tiga mata penuh selepas membenam cabaran pasukan kelab, FELDA United 1-0.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

shukri

Kepada nadia, saya dapati peminat kelate tidak boleh menerima kekalahan memberi semangat positif untuk bermain dengan memastikan kemenangan.Sila ambil maklum, kelate tewas dgn selangor tahun ni, tewas piala FA tahun 2010 tiada berlaku rusuhan. Hanya sesekali berlaku rusuhan tidak perlulah diulang, lagi pun ianya dilakukan segelintir kecil penyokong yang juga berlaku kepada penyokong ns, sarawak, perak dan terengganu. Untuk membuat kesimpulan umum begitu adalah tidak adil.

tambangtaragang

kelate bakal juara Piala FA tahun ni..kompom punya!Tahniah Kepada pemain2 Kelantan..

jimmyfernando

memang betul pskn lionxii ni bukannya kuat sangat pskn Trgganu pernah tewaskan mereka ni di singapore dan semalam kelantan tewaskan mereka dgn jaringan yang agak banyak bolehlah katakan semalam tu Malaysia tewaskan singapura

benci kelantan fc

pulun kedah pulun !

paklah

tahniah skuad kijang,anda membuktikan bahawa anda sebuah lg pasukan elit yg berjaya buat masa ini..saya tetap penyokong hijau kuning

muhamad hamiza

perak dan red worrios pasti bankit ...kelantan nombor satu

zamdx dxeneration

Persembahan terbaik pd malam td..
Saya rasa semua setuju, gol menarik, teamwork yg bagus dan kesungguhan untuk menang ada pada diri setiap pemain.. Man of the match, s.chanturu..

nadia

mmg kene menangkn..kalau tidak nnt peminat kelantan merusuh ...xblh terima klu kalah..nway, tahniah kelantan

deen

TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH,ALL THE BEST TO KLATE TEAM.SAYA PASTI ANDA SEMUA PASTINYA INGIN MELIHAT MUTU SEBENAR PASUKAN KELANTAN DAN SEMEMANGNYA MALAM TADI ADALAH MALAM YG BETUL2 MEMBERI KEPUASAN KEPADA SELURUH PEMINAT KELANTAN KHASNYA DAN MALYSIA AMNYA.AYUH KELATE KITA GOMO SEMUA TEAM...BAYANGAN PIALA FA DH NAMPAK,LEPAS NI KITA KEJAR SUPER LEAGUE PULA,LEPAS TU KITA TUTUP MUSIM NI DGN MSIA CUP 2012 SBG JUARA.AYUH GOMO KLATE GOMO....

halim ullah

sabah akan trus maju kehadapan..go..go..SABAH

xpdckelate

TRW meme terbaik....lions bukenyo hebak sgt tapi team lain pandang tinggi sgt sebak tu xleh celen...harap team lain main bersunggoh-sunggoh dan mempertahankan kehebatan team liga super malaysia....gomo kelate gomo...

ali

Tahniah TRW....Tahun ni 3 piala ..Kita punya..

shukri

Tahniah kelantan, tahniah pemain kelantan, tahniah jurulatih kelantan, tahniah pengurusan kelantan dan tahniah penyokong bolasepak kelantan. Anda semua membuktikan bahawa pasukan lions xii boleh ditewaskan dengan jaringan yang besar dan permainan yang cemerlang. Diharapkan kemenangan pasukan kelantan menjadi pemangkin kepada semua pasukan lain seperti sarawak, sabah, kedah, negeri sembilan dan terengganu menggandakan usaha masing-masing untuk menjadi pasukan seterusnya yang dapat menewaskan lions xii. Kemenangan kelantan membuktikan gabungan pengurusan yang baik dapat membentuk sebuah pasukan bola sepak yang cemerlang. Tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa bekas Presiden KAFA dan diharap dalam masa terdekat Tan Sri dapat menerajui FAM. Presiden FAM sekarang sudah gagal membentuk pasukan bola sepak Malaysia yang cemerlang dan sepatutnya telah meletak jawatan lima(5) tahun yang lepas. Sayangnya beliau terhadap jawatan Presiden FAM sukar digambarkan walaupun gagal membentuk pasukan bolasepak Malaysia yang cemerlang dipersada antarabangsa, walaupun telah menerajui FAM selama 28 tahun.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan