Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Final pasti sengit’

Posted: 04 May 2012 11:16 AM PDT

LONDON: Pemain pertahanan, Jamie Carragher berpendapat permusuhan antara Liverpool dan Chelsea sudah tidak sehebat dulu namun ia tidak akan menghalang aksi sengit pada final Piala FA Inggeris, awal pagi esok.

Bermula pertengahan dekad lalu, pertembungan kedua-dua pasukan dianggap hebat dan aksi kali ini adalah perlawanan ke-31 sejak musim 2004-05. Malah mereka akan bertemu lagi pada perlawanan liga, awal pagi Rabu ini.


Final Piala Liga 2005 menyaksikan permusuhan antara Liverpool dan Chelsea semakin hebat apabila tindakan Jose Mourinho menyuruh penyokong Reds supaya senyap dengan meletakkan jari di bibir ke arah mereka yang kecewa apabila tewas 2-3.

Liverpool kemudian berjaya membalas dendam dengan kemenangan pada separuh akhir Liga Juara-Juara di Anfield meskipun Mourinho masih tidak berpuas hati dengan gol 'hantu' Luis Garcia.


Perlawanan awal pagi esok adalah pertemuan ketiga mereka musim ini dengan skuad kendalian Kenny Dalglish itu berjaya meraih kemenangan dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge.


Bagaimanapun Carragher menegaskan, itu tidak bermakna perhitungan Liverpool dan Chelsea di Wembley kurang tarikan.

"Permusuhan ini sudah bermula enam atau tujuh tahun lalu atas beberapa sebab," kata pemain berusia 34 tahun itu. "Permusuhan ini masih hebat namun ia tidak sehebat dulu.


"Mungkin Mourinho mempunyai sebab-sebab tertentu. Kami menentang mereka empat atau lima perlawanan dalam semusim.

"Chelsea sebuah pasukan yang hebat dan memiliki ramai pemain berkualiti. Kami menghormati mereka dan saya percaya mereka juga menghormati kemampuan kami.


Hanya Carragher dan Steven Gerrard yang mewakili skuad 2005 masih kekal bersama Liverpool manakala Chelsea memiliki Petr Cech, Paulo Ferreira, John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba.


Carragher tidak melupakan kesukaran yang dihadapinya untuk mengekang Drogba.


"Sengketa Drogba dan saya, Gerrard dan Lampard umpama satu epik di tengah padang. "Saya memiliki kenangan menarik tapi bagi final ini, saya hanya ingin mempamerkan persembahan terbaik." - Agensi




Gesa Sarawak keluar FAM

Posted: 04 May 2012 11:09 AM PDT

SEKSAAN ditanggung pasukan bola sepak Sarawak nampaknya semakin sukar dibendung apabila penyokong skuad Ngap Sayot itu mula memberontak dengan menggesa Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) keluar daripada naungan badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebagai tanda memberontak, mereka mewujudkan satu laman web dikenali petisyen.com yang meminta FAS keluar kerana menganggap hukuman dikenakan ke atas pasukan mereka bersifat zalim.


Laman web itu, mula diperkenalkan semalam dengan kata-kata 'Dengan hukuman FAM yang semakin bertambah ke atas FAS, kami minta FAS untuk keluar dari FAM. Ini adalah maruah bola sepak kita yang semakin tercalar. FAM perlu diajar dan belajar'.

Sehingga kini lawan web itu sudah menarik hampir 50 peminat selain turut memuatkan komen daripada mereka tidak berpuas hati dengan hukuman dikenakan.


FAS yang dipalit dengan istilah 'sudah jatuh di timpa tangga' akibat dua hukuman - selain hukuman dikenakan ke atas Timbalan Presiden, Abu Bakar Marzuki - yang digantung lapan perlawanan serta denda RM8,000 kerana mengeluarkan kenyataan menerusi media.


Sebelum ini, FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Taufik Tan Sri Abdul Razak mengenakan denda RM75,500 bagi dua kesalahan termasuk RM46,000 bagi kes terbaru kerana membabitkan kesalahan langkah kawalan keselamatan longgar ketika menentang Kelantan dalam saingan Liga Super pada 7 April lalu.

Pada masa sama, FAM turut mengarahkan Sarawak bermain dalam stadium kosong untuk empat perlawanan membabitkan aksi menentang Sabah pada 12 Mei, Selangor (16 Jun), Perak (23 Jun) dan Johor FC (30 Jun).


Hanya beberapa minit selepas laman web itu dihasilkan, satu-satunya persatuan bahagian iaitu Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA) tampil menyuarakan pandangan sama dengan menggesa FAS mengambil keputusan keluar dari FAM.

MuFA melalui Presiden, Abu Seman Jahwie berkata, tindakan FAM itu kejam dan tidak membina untuk sukan bola sepak di negeri itu.


"Tindakan ini bagaikan satu penderaan dan penghinaan kepada rakyat Sarawak. Lebih baik Sarawak tarik diri lebih awal daripada menyertai kempen bola sepak daripada terus dipermainkan mereka (FAM).


"Denda RM75,500 dan beraksi tanpa penonton untuk empat perlawanan sudah keterlaluan dan secara keseluruhan, FAS terpaksa menanggung kerugian RM500,000.


"Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Memang itu yang kami rasakan kerana tindakan FAM itu boleh diibaratkan seperti mendera FAS. Sudahlah didenda wang tunai, penonton pula disekat daripada berada di stadium," katanya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan