Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Trofi terakhir Guardiola untuk Barca

Posted: 26 May 2012 04:19 PM PDT

Sukan

PEP Guardiola menghadiahkan trofi ke-14 dan terakhir buat dirinya selaku pengendali Barcelona apabila menewaskan Athletic Bilbao 3-0 dalam final Piala Raja Sepanyol, semalam.

Trofi ke-14 itu menyamai pencapaian Johan Cruyff yang pernah mengendalikan Barca selama lapan tahun, sebelum dia menyerahkan tugas kepada pembantunya, Tito Vilanova untuk mengetuai kempen Barca musim depan.

Jaringan Pedro dan dua gol Lionel Messi menebus kekecewaan tunduk kepada Real Madrid 1-0 di final tahun lalu. Sepanjang memegang tugas, Guardiola menghadiahkan tiga kejuaraan La Liga berturut-turut, dua trofi Liga Juara-Juara 2009 dan 2011, dan dua Piala Raja Sepanyol, tetapi tewas di pentas separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini serta di belakang Real dalam saingan La Liga.

"Memenangi 14 gelaran sepanjang empat tahun adalah sukar dan kami sangat berpuas hati," kata Guardiola. "Saya tahu kami meninggalkan banyak kenangan manis dan peminat juga akan mengingati mereka mengecap saat gembira ini."


Impian emas belum berakhir

Posted: 26 May 2012 04:17 PM PDT

Sukan

Rosman anggap Azizul taruhan terbaik gapai emas Olimpik di London

"BUAT masa ini, skuad basikal berada di tahap terbaik, malah Azizul (Hasni Awang) juga kembali beraksi dengan baik selepas kecederaan tahun lalu.

"Jadi Malaysia masih ada peluang untuk mendapat pingat emas di Olimpik. Sama ada berjaya atau tidak, bergantung kepada prestasi atlit itu sendiri," kata bekas pelumba pecut negara, Rosman Alwi ketika dihubungi, semalam.

Selain Azizul yang akan beraksi dalam acara kegemarannya keirin dan pecut 200 meter, skuad basikal negara ke Olimpik London 2012 turut disertai pelumba wanita, Fatehah Mustapha (keirin) yang merangkul emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-32 di Kuala Lumpur, Mac lalu dan dua pelumba skuad lebuh raya.

Rosman yang pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1987, mengingatkan atlit berbasikal negara supaya bijak menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan kecederaan sebelum aksi sebenar bermula, kira-kira dua bulan lagi.

"Saya harap mereka pandai jaga diri sebelum perlumbaan. Apa yang lebih penting, mereka perlu terus berusaha dan ada sasaran peribadi," katanya.
Impian emas kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik London 2012 tampak samar selepas jaguh badminton, Lee Chong Wei mengalami kecederaan tendon buku lali kaki kanan yang memerlukannya sehingga enam bulan untuk pulih.

Azizul, bersama-sama pelumba pecut simpanan Josiah Ng dan Fatehah akan berlepas ke Ghent, Belgium untuk menyambung latihan dan menyertai beberapa kejohanan pemanas badan hujung Jun depan, sebelum temasya London 2012 bermula.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan