Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Bila nak ubah’

Posted: 29 May 2012 09:25 AM PDT

"KALAU ada program, tentu ada hasilnya," ujar Cheah Soon Kit mengenai kegagalan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membentuk pasukan mantap pada kempen Piala Thomas, di Wuhan, China minggu lalu.

Soon Kit menganggap prestasi skuad Piala Thomas negara semakin merosot dan BAM tidak boleh menafikannya dengan menganggap pencapaian itu masih setara seperti dua tahun lalu.


"Ini masalahnya apabila mereka mengulangi perkara sama. Sampai bila baru boleh berubah," kata Soon Kit yang ditemui pada Pelancaran Program Biasiswa Badminton Remaja Senheng-Samsung, di Akademi Looi, Datuk Lee Chong Wei Sports Arena, semalam.

Bekas jurulatih kebangsaan turut berada dalam pasukan menjuarai Piala Thomas 1992 , alasan dilaungkan BAM langsung tidak berubah nada, sama seperti dua tahun lalu dan membosankan.


Beliau menyelar BAM yang dianggap gagal membentuk pasukan mantap bersaing merebut piala berprestej itu.


"Pasukan kita adalah pemain yang sama dua tahun lalu. Muka baru diserapkan juga adalah pemain yang sudah berada dalam skuad kebangsaan pada 2010.

"Waktu itu kita bermain di tempat sendiri tapi gagal, saya rasa ia disebabkan ketiadaan program dan perancangan untuk memenangi Piala Thomas sekali gus menjadikan kita bukan pesaing lagi.


"Saya tidak mahu mengkritik tapi sebagai seorang yang pernah menjadi pemain di bawah BAM dan jurulatih di sana, mereka kerap menggunakan alasan sama dengan mengatakan ada program yang baik, ada perancangan teratur tapi hasilnya kita makin merudum, kalah kepada Jepun, kemudian Denmark." Soon Kit juga menyelar BAM yang menggunakan alasan tumpuan kepada Olimpik dengan bergantung penuh kepada Chong Wei.

"Sepatutnya ada Chong Wei, pemain kita yang lain makin baik. Malah BAM seharusnya ada dua program berasingan, Olimpik London dan juga masa depan tapi mereka hanya mahu fokus pada Olimpik saja," kata Soon Kit.




Ujian getir

Posted: 29 May 2012 09:22 AM PDT

KELAB gergasi Hungary, Honved Budapest bakal memberikan ujian getir buat skuad Bawah 22 Tahun negara bagi perlawanan persahabatan terakhir di Budapest, hari ini jam 4 petang (10 malam waktu Malaysia).

Meskipun sudah dapat membayangkan kekuatan dimiliki skuad juara liga 13 kali kendalian Attila Supka itu, jurulatih negara Ong Kim Swee tidak gentar merombak kesebelasan utamanya untuk menguji pemain.


"Kami tewas kepada pasukan ini 1-4 pada perlawanan persahabatan tahun lalu, ketika itu saya mempunyai pemain seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Muslim Ahmad dan Fadhli Shas.

"Honved Budapest mempunyai kekuatan seperti Ferencvaros yang mempunyai kelebihan fizikal pemain dan kepantasan.


"Tapi saya tidak takut menerima apa saja keputusan perlawanan nanti kerana lebih penting, pemain diuji dalam perlawanan kompetitif," katanya.


Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad negara yang dalam persediaan menghadapi kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar, Jun ini tewas 0-5 di tangan juara liga Hungary 28 kali, Ferencvaros TC sebelum seri 2-2 dengan pasukan pilihan Brazil.

Antara pemain baru diuji Kim Swee dalam perlawanan itu termasuk pemain berusia 16 tahun Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Rozaimi Abd Rahman, Ashri Chuchu, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (tengah), Mohamad Raphi Azizan, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Mohd Syazwan Tajudin (pertahanan).


"Saya mungkin membuat beberapa pertukaran, mungkin juga di bahagian serangan pula. Saya sudah menguji Ahmad Hazwan Bakri dan mungkin memberi peluang kepada Syahrul Azwari Ibrahim dan A Thamil Arasu," katanya.

Selepas perlawanan dengan Honved Budapest, skuad negara akan ke Vion, Slovakia bagi satu lagi aksi persahabatan menentang FK Slovan Duslo Sala pada 6 Jun sebelum menentang skuad B-22 China di Guanyang dan pulang ke tanah air bagi menghadapi skuad B-22 Timor Leste pada 17 Jun.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan