Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Penghujung dramatik

Posted: 30 May 2012 09:47 AM PDT

PEMAIN hoki negara mencatat keputusan membanggakan apabila menumpaskan naib juara tahun lalu, Pakistan 3-2 malam tadi untuk mencerahkan peluang menamatkan cabaran di kedudukan lebih baik pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012.

Kemenangan itu diperoleh pada hujung babak kedua menerusi Muhammad Razie Abd Rahim, seminit sebelum tamat perlawanan.


Begitupun sebelum itu, 10,000 penonton termasuk Sultan Azlan Shah resah apabila anak buah Tai Beng Hai ketinggalan 0-2 selepas hanya 12 minit saingan berlangsung apabila Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit keempat diikuti gol Shafqat Rasool, lapan minit kemudian.

Begitupun Malaysia bangkit memadam kelebihan lawan melalui Amir Farid Ahmad Fuzi sejurus sebelum rehat diikuti gol penyamaan penjaring terbanyak negara, Faisal Shaari pada m-48 untuk menamatkan kemarau lima tahun gagal menumpaskan juara Asia itu.


Kali terakhir Malaysia menumpaskan Pakistan di kejohanan sama pada 2007 apabila menang 3-2.


"Mereka bermain dengan baik untuk menghasilkan kemenangan ini. Bagaimanapun sekali lagi kita tertekan apabila membenarkan lawan menjaringkan gol mudah.

"Gejala ini perlu dihentikan jika mahu mencapai kejayaan pada baki dua perlawanan," kata Beng Hai selepas kemenangan itu.


Sementara itu, kapten Malaysia, Mohamad Shukri Mutalib menghadiahkan kemenangan itu kepada penonton di Ipoh yang dianggapnya begitu istimewa kerana tidak berhenti-henti memberikan sokongan padu.

"Penonton di Ipoh begitu luar biasa. Kami menghadiahkan kemenangan ini buat mereka. Selepas ini, kami perlu kembali tumpukan perhatian kepada perlawanan menentang New Zealand, esok ( hari ini)," katanya.


Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 1-2 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.


Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Gol New Zealand dijaringkan Andy Haward (62).


Argentina turut merakam kemenangan ketiga apabila mengatasi India 3-2 bagi melonjak ke tangga kedua. Enrique Matias Paredes, M Santiago Montelli dan Gonzalo Pelliat menyumbang buat Argentina manakala Sardar Singh dan Ragunath Vokkaliga, menjaringkan gol India.




Amer optimis tak tersisih

Posted: 30 May 2012 09:21 AM PDT

TONGGAK utama pertahanan tengah skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Mohd Amer Saidin yakin diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Timor Leste, 17 Jun ini biarpun mengejar masa untuk pulih daripada kecederaan belakang.

Khidmat Amer, 19, amat diperlukan jurulatih Ong Kim Swee bagi perlawanan pembuka tirai Kumpulan G kelayakan Piala Asia 2013 menentang Korea Selatan di Myanmar 23 Jun ini selepas seorang lagi pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas digantung perlawanan.


Biarpun bersama skuad seramai 25 pemain di Budapest, Hungary, pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya menjalani ujian pemulihan dengan jurulatih kecergasan, Rustov Bozik.

"Saya cedera ketika bermain menentang Balestier Khalsa dalam Liga Singapura pertengahan bulan lalu.


"Sekarang saya tidak dapat mengikuti latihan penuh kerana belakang saya bengkak. Namun keadaan saya bertambah baik dan yakin boleh beraksi sepenuhnya menentang Timor Leste," katanya. yang menjadi tonggak Harimau Muda A selepas Muslim Ahmad berhijrah ke Terengganu.


Amer berharap dapat beraksi untuk memikat hati jurulatih agar tidak terlepas daripada senarai skuad ke Myanmar.

Dalam dua aksi persahabatan di Budapest ketika tewas 0-5 dengan Ferencvaros TC dan seri 2-2 dengan pasukan pilihan Brazil, Kim Swee terpaksa menguji Shahrul Saad, Mohd Fandi Othman, Mohd Syazwan Tajudin dan pemain berusia 16 tahun Mohamad Raphi Azizan di posisi pertahanan tengah.


Sementara itu, pemain tengah yang turut bergelut dengan kecederaan, Gary Steven Robbart pula tidak mahu kejadian sama disisihkan daripada skuad di saat akhir berulang lagi selepas tidak beraksi dengan skuad juara Sukan Sea Indonesia tahun lalu.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan