Berita Harian: Sukan |
Posted: 31 May 2012 12:55 PM PDT Sukan PEMAIN Malaysia, Muhammad Firhan Ashari (depan) cuba melepasi kawalan pemain New Zealand di Ipoh, semalam. - Foto Muhaizan Yahya Seperti ketika menentang Pakistan kelmarin, Malaysia ketinggalan 2-0 di awal permainan tetapi jangkaan mampu bangkit berdepan pasukan ranking ketujuh dunia itu meleset, sebaliknya New Zealand mendahului 2-0 selepas 16 minit menerusi Ryan Archibald pada minit kelima dan Shea McAleese selang 11 minit. Malaysia cuba bangkit mencari jaringan tetapi beberapa peluang termasuk dari pukulan sudut penalti gagal dimanfaatkan, sebaliknya skuad Kiwi itu terus selesa apabila Nick Wilson menolak masuk hantaran silang Ben Coller pada minit ke-34 untuk gol ketiga. Skrip babak kedua tidak banyak berubah walaupun Hafifi Hafiz Hanafi merapatkan kedudukan apabila meloloskan diri daripada hadangan pemain lawan dan merembat masuk pada minit ke-45.Shay Neal yang menyudahkan gerakan Hugo Inglis, merentap semangat pemain negara untuk bangkit apabila melengkapkan kemenangan mutlak, sekali gus mengekalkan kedudukan pasukan itu di tangga teratas carta untuk layak ke final, Ahad ini. Sementara itu, juara lima kali, India melengkapkan jadual perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas musuh tradisi, Pakistan, hasil jaringan Sandeep Singh pada minit keempat dan Sowmarpet Sunil (m-59) manakala Sohail Abbas membalas untuk Pakistan (60). Terdahulu, Britain dan Korea Selatan berkongsi mata selepas seri 1-1 apabila wakil Asia itu mendahului 1-0 pada babak pertama melalui jaringan Yoon Sung Hoon pada minit ke-22 tetapi kelebihan itu dipadam Jonty Clarke pada minit ke-50. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmohd rizal bin hassan tiada yg mustahil untuk kalah kan team yg terbaik..pasukan hoki kita memang mempunyai semangat juang tinggi tapi tektik kena perkemaskan lagi. Kotak Kecil Kalau jatuh, kita bangkit semula. fadr7myan6 Ha..Malaysia begitu kuat ketika berada dalam pasukan Remaja tetapi merosot apabila beralih ke pasukan senior kebangsaan.. isza yg penting mereka dah cuba hingga ke titisan yg terakhir...good work... ruslano pemain sudah buat yang terbaik, menang kalah kena terima, tahniah buat semua pemain. sudin lambor Masa depan hoki kebangsaan perlu dirancang dengan lebih baik lagi agar tidak senasib sukan badminton. |
Tiada perubahan drastik kerana Olimpik makin hampir: BAM Posted: 31 May 2012 12:54 PM PDT Sukan WALAUPUN dilempar pelbagai kritikan susulan kegagalan di Piala Thomas minggu lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan tidak bercadang melakukan tindakan drastik serta rombakan besar-besaran dalam sistem latihan dan kejurulatihan dalam masa terdekat.Sebaliknya, orang nombor satu badan induk itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata, sistem latihan dan kejurulatihan termasuk barisan jurulatih kini kekal dengan tugas serta tanggungjawab masing-masing. "Kita memang memerlukan jurulatih yang mampu melahirkan jaguh dunia tetapi apa yang kita mahu fokus ketika ini adalah membentuk skuad pencari bakat di seluruh negeri bagi mengesan bakat berpotensi untuk diketengahkan."Lagipun, Sukan Olimpik kurang dua bulan lagi, dan tidak banyak yang boleh dilakukan dengan tempoh singkat ini. Jadi, tumpuan sepenuhnya harus diberikan bagi menghadapi temasya berprestij itu," katanya selepas mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam Sementara itu, pakar fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), Sandra Fiedler berkata, jaguh perseorangan, Lee Chong Wei tidak mungkin pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali kanannya dalam tempoh empat minggu seperti diramalkan sebelum ini. "Dia perlu diberi tempoh lima hingga enam minggu. Kecederaan itu boleh bertambah teruk jika dia membebankan dan memaksa dirinya. Namun, dia dalam keadaan fizikal yang baik, jadi pemulihan boleh dipercepatkan," katanya. "Saya mengandaikan mungkin ada ketakutan untuknya mengimbas kembali kejadian itu tetapi ia adalah sebahagian daripada latihan fisio yang dijalankan bagi memulihkan keyakinannya," katanya yang pernah membantu proses pemulihan Wong Choong Hann selepas pembedahan akibat tendon kakinya putus pada 2006. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenPutera080 Kedua-dua jurulatih hebat yang memberikan kejuaraan All England iaitu Misbun Sidek dan Rexy Mainaky dah disisihkan oleh BAM. Jurulatih yang ada sekarang belum tunjukkan apa2 bukti kemampuan. Tey Seu Bock hanya sambut Chong Wei dari Misbun..belum ada yang boleh dibanggakan..Malaysia perlu contohi China..barisan jurulatih semuanya pernah menakluki Kejohahan Dunia dan Olimpik..jadi semestinya mempunyai skill yang hebat untuk melatih pemain..kalau banding dengan jurulatih Malaysia yang ada sekarang bagai langit dengan bumi..Lagi satu biar orang yang urus BAM ni mesti tahu serba serbi mengenai badminton..maknanya berpengalaman luas sebagai jurulatih dan pemain..Ada pengalaman dan ada kemahiran pasti tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan pemain hebat. Sekarang ni pihak pengurusan pula nak merangkap sebagai jurulatih sedangkan tak reti pegang raket..tukar pengurusan dan tukar jurulatih..pasti ada sinar untuk badminton negara saei Senarai j.latih bagus yg telah disingkirkan oleh BAM kerana birokrasi orang mereka sahaja - Recky, jlth korea, Li Mao, Yap kim hock, Soon Kit dan Misbun. Senarai pemain yg berpotensi dan naktirikan - 2 Beregu KLRC salah satunya layak ke ALL England, Arif Latif, Misbun Ramadhan dan ramai lagi pemain dan beregu yg keluar dr BAM Izwan Sahari Saya pun setuju dgn Jebat Besut....dgr cerita training Haji Sidek lagi tough dari BAM...sebab tu anak2 berjaya....cuma waktu Misbun tgh top performance...badminton bukan acara Olimpik dan dia tak ada rakan yg setaraf utk team Piala Thomas.... ddydentz memang pasukan malaysia ne jaguh kampung sja? apai power parit sakai tukar strategik latihan... baru leh meningkat Far-East jebat besut: saye setuju ngan anda...keluarga sidek lah yang paling layak untuk memikul tugas ini....buang duit jer kalau kite ambil jurulatih dari luar...misbun dan adik2nya tuh pown sudah memadai untuk menjadi jurulatih....nama mereka dahulu pown masyur di persada dunia..... saiful setuju dgn jebat besut... ZUL tAIPING Pertama sekali Datuk Nazmi ni kena lepaskan jawatan beliau sebagai Presiden BAM, ganti orang baru timbalan pengurusannya juga mesti rela turun dari kerusi empuk mereka dan juga jurulatih yg ada kecuali Rashid, penolong jurulatih yang ada langsong tak pernah menang apa-apa kejohanan, yg jadi sdasaran pemain muda yang ada...SETIAP KALI KALAH ITULAH ALASAN PRESIDEN BAM..MALU NAK BACA, BUANG MASA SAJA mrismailahmad Tempoh yang semaikin hampir dengan Olimpik London tidak memungkinkan perubahan drastik dari segi pengurusan dan sistem kejurulatihan BAM. Saya bersetuju dengan pernyataan ini...Tetapi, walaupun Malaysia berjaya mencapai sasaran di London BAM masih dilihat gagal. Mana mungkin kejayaan di London mampu memadamkan siri-siri kegagalan sebelum ini khususnya sejarah hitam di Wuhan. Prestasi pemain tidak menggambarkan peruntukan kewangan yang BAM nikmati selama ini. Tentu ada yang tidak kena dengan BAM... Rata-rata kegusaran terhadadap keberkesanan peranan yang dimainkan oleh BAM dalam memartabatkan badminton Malaysia menjurus kepada kepincangan sistem pengurusan sedia ada. Mungkin ada yang bertanya kenapa ada pemain yang nekad meninggalkan BAM? Lebih mendukacitakan jurulatih hebat seperti DMS juga berbuat demikian. Oleh itu saya menyarankan BAM perlu mengkaji dari segenap segi bagi merialisasikan harapan peminat badminton negara. Faktor terpenting adalah sistem pengurusan sedia ada yang perlu dijadikan keutamaan utk diteliti. Peminat Badminton Kalau ia pun terlalu memikirkan Olimpik, jangan lah terlalu bergantung pada DLCW yg telah tercedera tu. Gandingan Koo dan Tan juga berpotensi utk dapat pingat emas utk negara. Cuma jurulatih bergu tu ja yg sesuka hati memecahkan gandingan mereka time Piala Thomas lalu. Kemana pemain Melayu? BAM kena buka peluang dan cari anak muda Melayu terutamanya di serata Malaysia. Buat pertandingan amal dari daerah ke daerah negeri ke negeri cari bakat yang mampu meraih gemilang seperti Misbun, Rashid dan lain2 pemain yang hebat sebelum ini. Mual dan muak tengok politiking BAM yang menjengkelkan. Nazri Hassan wahai BAM...jangan lagi cakap Daren Liew pemain muda, dia dah tua, 25 tahun dah. Memang dia tu tak kemana dah, patut buang dan jaga pemain muda lain. jebat besut ALASAN LAGI...nak cari pelapis baru?.....selama ni tak cari ke?......ni saje nak survive utk 2 - 3 tahun lagi!!........nak cari jurulatih bertaraf dunia??......karut marut..,Datuk Misbun tak dunia ke,malah sudah lagenda....alasan lagi...,lepas olimpik kalau gagal blah la!..tak payah dok sibuk buat perancangan basi tu.....Demi sukan badminton...bagilah pada yang layak.....dan ikhlas.....APA KATA KALAU KELUARGA SIDEK DI BERI TUGAS INI......RAKYAT 1 MALAYSIA SETUJU TAK???? wwe dalam keadaan chong wei sebegitu (akan pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu lagi), semua rakyat malaysia, tidak boleh mengharap sangat akan emas olimpik darinya. kalau kita mengharap sangat bermakna kita telah memaksa dan memberi tekanan kepada chong wei. terimalah takdir. kita telah merancang, kita ada visi, kita ada misi, tapi Tuhan yang tetapkan kesudahannya. terima realiti. Shahril negara kita masih ramai yang berbakat manjadi jurulatih....pada pendapat saya kita tidak perlu untuk cari jurulatih dari luar negara kerana hanya kita yang ada sifat kenegaraan....misbun yang paling layak....bagi saya yang perlu di tukar hanya pihak pengurusan BAM sahaja.... annacomel Alasan yang tak berapa kukuh...perubahan juga boleh dirancang dan dilakukan terhadap pegawai atau jurulatih yang tidak terlibat dengan olimpik..ataupun pegawai berkenaan mengambil kesempatan menjawat jawatan ini pergi ke london free mengiringi Dato Lee ...yang pastinya pegawai akan pergi lebih ramai dari pemain yang ditanggung sepenuhnya.kenyataan ini juga seolah-olah olimpiklah menjadi matlamat utama BAm tetapi dalam masa yang sama rangking bergu makin teruk,lelaki atau perempuan manakala pemain gantian untuk olimpik 2016 pun tidak dikenal pasti namanya lagi..sepatutnya bam ada perancangan awal ...ini menandakan kenyataan olimpik yang menjadi sasaran adalah dusta semata-mata.bagaimana untuk mengejar olimpik sedangkan kejohanan biasa-biasa pun macam tak menang kecuali DLCW. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan