Berita Harian: Sukan |
Loew gelisah Belanda ‘marah’ Posted: 10 Jun 2012 02:17 PM PDT Sukan PEMAIN Jerman meraikan jaringan Mario Gomez (tengah) menewaskan Portugal, kelmarin. Jerman menewaskan Portugal 1-0 menerusi tandukan penyerang, Mario Gomez pada babak kedua, kelmarin yang memberi mereka penguasaan awal selaku pasukan pilihan hangat kejohanan kali ini. Namun, selepas finalis Piala Dunia, Belanda dikejutkan Denmark yang menang 1-0, Loew bimbang terhadap Belanda kendalian Bert van Marwijk yang perlu menewaskan Jerman di Kharkiv, Ukraine, Rabu ini jika mahu mara. "Saya lebih suka jika mereka seri (menentang Denmark), sebuah pasukan Belanda yang kuat kini perlu menang," kata Loew, 52. "Belanda ada banyak peluang....saya terkejut mereka gagal menjaringkan sebarang gol, tetapi buat kami, ia menarik."Selepas mengalami kekalahan mengejut 5-3 kepada Switzerland di Basel bulan lalu dan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Israel pada hujung Mei, Loew berkata, pasukannya menampilkan pertahanan ketat mengekang serangan Portugal. Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dikawal ketat sepanjang perlawanan, tetapi Jerman bernasib baik apabila rembatan Pepe pada hujung babk pertama mengenai palang gol dan melantun di atas garisan gol sebelum bola dikeluarkan. "Ia perlawanan yang begitu sengit," kata Loew, "Tetapi ia memberikan kami satu permulaan yang bagus. - AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Posted: 10 Jun 2012 02:13 PM PDT Sukan KRAKOW: Pengurus England, Roy Hodgson yakin anak didiknya diketuai Steven Gerrard sudah bersedia berdepan cabaran apabila menentang bekas juara dunia, Perancis dalam saingan Kumpulan D, hari ini sambil menegaskan skuadnya tidak akan menghampakan negara.Perancis pimpinan Laurent Blanc akan hadir dengan reputasi 21 perlawanan tanpa kalah dan pilihan hangat langsung tidak membuat pengurus The Three Lions itu gentar apabila berkata situasi itu sekadar akan mencipta inspirasi tambahan untuk pasukan. "Pemain berasa kami dapat menewaskan Perancis dan ia tidak perlu dipersoalkan," kata Hodgson. "Kami sudah melihat gelagat dan kemampuan ramai pemain lawan itu dalam Liga Perdana Inggeris dan tahu cara menyekat mereka." Sementara itu, pengendali itu akur bakat berbeza antara Danny Welbeck dan Andy Carroll membuatkan dia sukar membuat pilihan yang mana harus berada dalam kesebelasan pasukan berdepan Perancis.Penyerang Manchester United, Welbeck dipercayai memiliki kelebihan berbanding Carroll dalam persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama untuk perlawanan di Donetsk tanpa kehadiran Wayne Rooney yang digantung perlawanan. Welbeck yang lebih banyak pergerakan menyerlahkan bakatnya dengan menghasilkan gol ketika persahabatan menentang Belgium awal bulan ini, dengan kepantasan yang dimilikinya lebih sesuai dengan perancangan England yang mengamalkan corak permainan serangan balas. "Anda tidak boleh membandingkan Welbeck dan Carroll dari segi kualiti kerana mereka adalah pemain berbeza. Tetapi, kedua-duanya mempunyai kualiti yang penting," katanya. - AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenapai malouda jgn harap la nak menang ngan france...
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan