Kosmo Online - Sukan |
Posted: Denmark tetap merendah diri
KOLOBRZEG, Poland – Tiada siapa meramalkan Denmark mampu mengecewakan Belanda pada aksi pembukaan kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 Ahad lalu. Tampil sebagai pasukan bukan pilihan, Denmark tiba-tiba melakar kejutan untuk memusnahkan Belanda, antara pasukan yang dianggap pilihan pada Euro kali ini. Meskipun sudah membaham gergasi seperti Belanda, namun Denmark tetap mengambil pendekatan merendah diri menjelang pertemuan menentang Portugal pada aksi kedua Kumpulan B di Arena Lviv, Ukraine tengah malam esok. Penyerang Denmark, Nicklas Bendtner berkata, mereka lebih selesa dilabel sebagai underdog untuk baki dua perlawanan peringkat kumpulan selepas ini iaitu menentang Portugal dan Jerman. "Saya fikir, orang ramai akan terus menganggap kami (Denmark) sebagai sebuah pasukan yang tidak akan layak ke peringkat suku akhir. "Namun, kami tidak akan mengambil mudah tanggapan tersebut kerana kami berada pada landasan terbaik untuk melakukan apa sahaja yang kami mahu. "Apa yang paling penting, kami perlu fokus untuk menghadapi perlawanan berikutnya," kata Bendtner. Penyerang Arsenal yang dipinjamkan ke Sunderland musim lalu itu gagal mencetuskan impak apabila sekadar melakukan satu percubaan tepat ke arah gawang Belanda pada aksi pembukaan, Ahad lalu. Sebaliknya, Denmark lebih banyak bertahan sebaik Krohn-Dehli meletakkan pasukan itu di depan. "Kami sangat berpuas hati dengan kemenangan yang dilakar ke atas Belanda. Berdasarkan beberapa faktor, ia merupakan kemenangan yang baik bagi kami. "Kini, kami perlu fokus untuk baki dua perlawanan berikutnya. Apa yang penting, kami harus meneruskan rentak kecemerlangan selepas kejayaan menewaskan Belanda," jelas Bendtner. Menurut Bendtner, dia menjangkakan tugas sukar menanti Denmark apabila berdepan Portugal. "Portugal tewas pada perlawanan pertama mereka ketika menentang Jerman. Jadi, sudah pasti mereka mengharapkan kemenangan apabila menentang kami," tambahnya. – AGENSI | |
Posted: Ramuan terbaik GreeceSALPINGIDIS (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas meledak gol penyamaan buat Greece ketika menentang Poland di Stadium Nasional, Warsaw, Jumaat lalu. Greece dan Poland seri 1-1. WARSAW - Jurulatih Greece, Fernando Santos dijangka menyenaraikan penyerang, Dimitris Salpingidis dalam kesebelasan utama skuad kendaliannya itu menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang Republik Czech tengah malam ini. Kelibat Salpingidis, 31, berjaya mencuri tumpuan Santos apabila dia yang masuk sebagai pemain gantian, berjaya meledak gol penyamaan Greece ketika seri 1-1 dengan Poland pada aksi sulung Jumaat lalu. Meskipun Santos tidak gemar mendedahkan kesebelasan utamanya sehinggalah perlawanan bermula, namun gol penting yang dijaringkan penyerang veteran Greece itu telah membuatkan dia menjadi calon yang paling layak untuk mengemudi jentera serangan Greece. Pada 19 Jun 2010, dia menjadi pemain pertama Greece meledak gol dalam kempen Piala Dunia bagi membantu Greece membenam Nigeria 2-1 di Afrika Selatan. Sebelum itu, dia yang kini beraksi bersama kelab PAOK Salonica muncul wira juara Euro 2004 apabila meledak gol kemenangan ketika menentang Ukraine pada aksi playoff Piala Dunia 2010. Salpingidis meneruskan rentak cemerlang itu apabila turut meledak gol kemenangan ketika menentang Israel pada aksi playoff, sekali gus membolehkan Greece mara ke Euro 2012. "Saya tidak meletakkan sasaran hanya untuk menjaringkan gol dalam kejohanan-kejohanan besar sahaja. Saya rasa, tuah menyebelahi saya. "Saya tujukan gol ketika menentang Poland itu buat ibu bapa saya yang turut hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada saya. "Satu penghormatan buat saya apabila masih diberi peluang untuk mewakili dan menyarung jersi skuad kebangsaan pada kempen Euro kali ini," kata Salpingidis. Kini Salpingidis menetapkan sasaran peribadi untuk membantu Greece mara ke peringkat suku akhir. "Dua perlawanan akan datang iaitu menentang Rusia dan Republik Czech merupakan perlawanan yang sukar. "Kami akan cuba sehabis baik dan jika kami berjaya mara (ke pusingan suku akhir), saya akan berasa cukup gembira," jelasnya. - AFP | |
Strategi Sepanyol kurang menjadi Posted: Strategi Sepanyol kurang menjadiFABREGAS (kanan) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan jaringannya ketika aksi menentang Itali di PGE Arena, Gdansk, Poland awal pagi semalam. Sepanyol dan Itali seri 1-1. GDANSK, Poland - Penyandang juara, Sepanyol nyaris dimalukan Itali ketika membuka tirai Kumpulan C di PGE Arena di sini awal pagi semalam. Semuanya gara-gara pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque yang menurunkan pemain tengah, Cesc Fabregas sebagai penyerang sehingga menyaksikan skuad La Roja itu sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. Meskipun Fabregas berjaya memadam jaringan pembukaan penyerang Itali, Antonio Di Natale, del Bosque akhirnya mengeluarkan bintang Barcelona itu pada penghujung babak kedua untuk digantikan dengan Fernando Torres. Biarpun ramai pemerhati bola sepak terkejut dengan percaturan tersebut, namun del Bosque mempunyai alasannya tersendiri. "Dia (Fabregas) pemain yang istimewa dan mampu beraksi sebagai penyerang dan ia sesuatu yang wajar semasa berdepan lawan yang agresif seperti Itali. "Saya hanya menurunkan Torres apabila menyedari kami sudah menguasai perlawanan, cuma nasib kurang menyebelahi kami. "Bagi saya, ia adalah keputusan seri yang berbaloi memandangkan Itali sememangnya pasukan yang kuat," jelas del Bosque. Del Bosque turut memuji kredibiliti Tor- res meskipun penyerang Chelsea itu dilihat beberapa kali mempersia-siakan peluang di depan pintu gol lawan. "Peranan Fernando cukup penting buat pasukan dan gagal menjaringkan gol bukan bermakna dia tidak bagus," katanya. Dalam pada itu, perancang Sepanyol, Andres Iniesta mengakui perasaannya bercampur baur sebaik diumumkan seba- gai pemain terbaik perlawanan. "Alangkah indahnya jika kami berjaya melakar kemenangan. "Kami beraksi dengan baik ketika menentang Itali, dan saya percaya kami mampu mengulanginya dalam baki dua lagi perlawanan selepas ini," katanya. Sepanyol bakal berdepan Ireland dalam aksi kedua Kumpulan C di stadium yang sama awal pagi Jumaat ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan