Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Euro 2012: Super Mario!

Posted: 29 Jun 2012 01:23 PM PDT

Sukan

GOL pertama Itali hasil tandukan Balotelli.

GOL pertama Itali hasil tandukan Balotelli.

Azzurri calon pilihan juara Euro selepas jinak Jerman

ITALI menjadi calon pilihan pada final Euro 2012 di Kiev, awal pagi Isnin ini, selepas menjinakkan Jerman 2-1 di separuh akhir, awal pagi semalam.

Semuanya gara-gara penyerang sukar diduga, Mario Balotelli yang menjaringkan kedua-dua gol menerusi tandukan deras dan sepakan padu pada separuh masa pertama. Kecemerlangannya itu sekaligus memalukan pihak yang mengejek dan menghinanya kerana berkulit hitam.

Malah, dia menyelamatkan penyerang Eropah dengan memastikan kejohanan kali ini tidak mencatatkan satu rekod baru ketandusan gol.

Ringkasnya, Balotelli beraksi dengan cemerlang pada perlawanan separuh akhir Itali menentang Jerman, sekali gus menepati gelarannya sebagai Super Mario.

Jurulatih Itali, Cesare Prandelli yang menghambur pujian ke atas Balotelli percaya penyerang Manchester City itu mampu menyambung sengat di final nanti.
Ditanya sebagai pasukan pilihan di final, pengendali Itali, Cesare Prandelli tergelak dan berkata pasukan pilihan adalah Sepanyol kerana mereka sudah bersama untuk beberapa tahun dan mendominasi setiap perlawanan.

Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Euro 2012: Klose tangguh persaraan untuk tebus kecewa

Posted: 29 Jun 2012 01:16 PM PDT

Sukan

WARSAW: Penyerang veteran, Miroslav Klose menangguhkan persaraannya dua tahun lagi untuk beraksi pada Piala Dunia 2016 di Brazil bagi menebus detik kecewa pasukannya disingkirkan Itali pada separuh akhir, awal pagi semalam.

Kekalahan 2-1 Jerman kepada Itali di Warsaw menyebabkan skuad Joachim Loew mengalami kejutan, lebih-lebih lagi selepas Mario Balotelli menjaringkan dua gol pada babak pertama.

"Kami amat kecewa dengan kekalahan itu. Dalam usia saya sekarang, tiada lagi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia yang boleh saya sertai pada masa depan. "Oleh itu saya menangguhkan persaraan saya untuk menebus kekecewaan ini dengan bermain untuk Piala Dunia 2014 di Brazil," katanya mengakui jaringan penalti Mesut Ozil pada minit ke-92 sudah terlewat buat Jerman untuk memintas Itali.

Klose, 34, yang menjaringkan 64 gol dalam 121 penampilan untuk negaranya, berkata bilik persalinan Jerman menjadi tempat yang tidak menggembirakan selepas wisel penamat.

"Suasana begitu menyedihkan. Beberapa pemain menangis dan anda cuma boleh beritahu mereka supaya terus tabah," kata Klose yang cuma kurang empat gol berbanding Gerd Mueller yang memegang rekod selaku penjaring terbanyak Jerman. - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan