Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Balotelli memukau

Posted: 29 Jun 2012 12:25 PM PDT

WARSAW: Mario Balotelli menyifatkan persembahan dipamer ketika menewaskan Jerman pada separuh akhir Euro 2012 sebagai 'malam terbaik dalam hidup saya'.

Penyerang Manchester City berusia 21 tahun itu menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk memastikan Itali menang 2-1 dan menghadiahkan kemenangan itu buat ibu angkatnya, Silvia.


Azzurri kini berdepan pasukan pilihan, Sepanyol pada perlawanan akhir.

"Ini malam terbaik dalam hidup saya dan saya harap, Ahad (awal pagi Isnin) akan menjadi lebih baik," kata Balotelli.


Selepas wisel penamat ditiup, Balotelli segera mencari keluarganya dan memeluk mereka di tempat duduk penonton. "Apabila tamat perlawanan saya berlari ke arah emak, ia saat paling indah," katanya. "Saya memberitahunya gol itu adalah untuknya. Sudah lama saya menanti saat ini terutama kerana ibu saya bukan lagi muda dan tidak boleh berjalan jauh dan saya perlu membuatkannya gembira terutama ketika dia hadir menyaksikan perlawanan ini. Ayah saya akan berada di Kiev untuk menyaksikan perlawanan akhir." Dua jaringan Balotelli itu membolehkannya menyertai senarai penjaring terbanyak Euro 2012 dengan tiga gol. "Saya akan cuba memenangi anugerah penjaring terbanyak," katanya. "Ada kalanya dalam bola sepak anda boleh mencuba banyak kali dan ia masih tidak mendatangkan hasil atau anda cuma mempunyai beberapa peluang saja dan ia masuk setiap kali. Saya bertuah kerana mendapat hantaran menakjubkan yang hanya Antonio Cassano boleh melakukannya manakala hantaran Riccardo Montolivo juga hebat." Dia meraikan jaringan kedua dengan membuka jersinya untuk bergaya. "Mereka tidak marah kerana saya dilayangkan kad kuning tapi apabila melihat bentuk badan saya, mereka berasa cemburu," katanya berjenaka.


Balotelli yang dikeluarkan pada pertengahan separuh masa kedua, menafikan mengalami kecederaan dan mengesahkan dia cergas untuk diturunkan pada perlawanan akhir. "Saya hanya mengalami kekejangan dan sedikit letih tapi saya memberitahu jurulatih supaya menunggu lima minit lagi tapi pada ketika itu proses untuk menggantikan saya sudah dilakukan. Tapi, saya tak kisah." Itali akan berdepan Sepanyol buat kali kedua pada kejohanan ini selepas seri 1-1 di peringkat kumpulan. Balotelli percaya meskipun Jerman mempamerkan prestasi suram, Azzuri layak ke final secara merit.

"Apabila Itali menang ia kerana pasukan lain bermain teruk," katanya. "Saya berpendapat kami lebih baik. "Kami kini akan bertemu Sepanyol, dua pasukan terbaik kejohanan ini," katanya. - Agensi


Acara santai meriah aksi

Posted: 29 Jun 2012 10:57 AM PDT

PESERTA dan pengunjung Karnival Futsal Harian Metro dan Karnival Bola Jaring Zon Selatan di Sports Prima Pandan berpeluang mencuba pelbagai acara riadah serta santai di sediakan di gerai Ambank yang juga penganjur utama acara ini.

Pengurus Jualan, Pembiayaan Pinjaman, Kad Kredit dan Perbankan Runcit Ambank Wilayah Selatan, Mejar (B) Jamalludin Mohd Dalal berkata, pihaknya turut menyediakan pelbagai hadiah menarik berupa cenderamata eksklusif kepada pengunjung yang mengambil bahagian.


Antara acara yang diatur seperti pertandingan sepakan penalti dan 'Wheel Of Fortune'.

"Bukan saja menyokong sukan ini, kami juga mahu pengunjung bersama-sama merasai kemeriahan dengan menyertai pelbagai acara santai diatur bukan saja kepada individu malah hiburan sekeluarga.


"Ambank juga menghantar dua pasukan untuk berentap bersama 333 pasukan lain bagi memburu kejuaraan, diharapkan kami layak untuk saingan hingga ke peringkat akhir," katanya.


Penyertaan pasukan 'Ambank Southern Region' A dan B itu membabitkan 16 pemain terdiri daripada kakitangan Ambank yang bertugas di negeri ini.

Jamalludin berkata, pengunjung yang singgah ke gerai Ambank juga berpeluang mendapat penerangan dan khidmat nasihat kewangan berkaitan pelbagai jenis produk pembiayaan serta perbankkan disediakan pihaknya.


"Sambil berhibur, pengunjung boleh singgah dan lihat produk yang kami tawarkan, mereka boleh berinteraksi dan mendapat maklum balas secara terus daripada kakitangan bertugas pada hari berkenaan.

"Kami mahu orang ramai mengetahui kelebihan yang bakal mereka peroleh dengan menyimpan atau menggunakan perkhidmatan pembiayaan ditawarkan Ambank." Antara produk ditawarkan Ambank ialah akaun simpanan 'Bijak Malaysia' yang turut menawarkan skim perlindungan insurans dan faedah tahunan lima peratus bagi pemegang akaun seawal usia bayi yang baru lahir hingga 55 tahun.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan