Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Welbeck wira England

Posted: 16 Jun 2012 11:51 AM PDT

KIEV: England kekal di landasan terbaik untuk menempah tempat ke saingan kalah mati Euro 2012 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan Sweden dengan kemenangan 3-2, awal pagi semalam.

Penyerang Manchester United, Danny Welbeck menjaringkan gol kemenangan England pada minit ke-78 selepas menerima umpanan cantik pemain gantian Theo Walcott, dalam aksi Kumpulan D.


England memulakan perlawanan itu dengan cemerlang apabila penyerang Andy Caroll menanduk masuk gol pertama pada minit ke-23 untuk Three Lions mendahului 1-0.

Namun jaringan sendiri Glen Johnson pada minit ke-49 diikuti tandukan Olof Mellberg pada minit ke-59 hampir meragut impian skuad Roy Hodgson.


Begitupun pertukaran James Milner yang diganti Walcott, mengubah rentak permainan England. Pemain sayap Arsenal itu meledakkan gol penyamaan pada minit ke-64 menjadikan kedudukan 2-2 sebelum melorongkan bola cantik yang dijaringkan Welbeck, bagi membolehkan England muncul pemenang perlawanan itu.


Kemenangan ini yang pertama buat England ke atas Sweden dalam kejohanan kompetitif dan mereka akan ke suku akhir jika memungut satu lagi mata pada perlawanan terakhir kumpulan menentang tuan rumah bersama, Ukraine di Donetsk, Rabu ini. - AFP




Les Bleus makin selesa

Posted: 16 Jun 2012 11:46 AM PDT

DONETSK (Ukraine): Perancis menafikan harapan Ukraine melakukan kejutan kemenangan kedua Kumpulan D serta mencerahkan peluang mara ke peringkat kalah mati Euro 2012, apabila menewaskan tuan rumah bersama itu, 2-0 dalam perlawanan yang diselubungi hujan lebat di Donetsk.

Pasukan bimbingan Oleg Blokhin yang menang mengejut ke atas Sweden dalam perlawanan pembukaan, bermula hambar menentang Perancis yang memburu tiga mata penting selepas dipaksa bekerja keras untuk seri 1-1 dengan England pada aksi pertama mereka.


Pengadil Belanda, Bjorn Kuipers mengarahkan kedua-dua pasukan meninggalkan padang selepas hanya lima minit permainan berlangsung akibat hujan berserta kilat menyelubungi Donbass Arena di Shakhtar Donetsk sekali gus menyebabkan permukaan padang dipenuhi air.

Selepas hampir sejam, kedua-dua pasukan kembali beraksi dan terikat tanpa jaringan hingga rehat tapi Jeremy Menez yang dipilih menggantikan Florent Malouda, meletakkan Perancis 1-0 pada minit ke-53 sekali gus membuatkan penyokong tuan rumah terdiam.


Sepakan kaki kiri Menez itu adalah gol antarabangsa keduanya untuk Perancis sebelum Yohan Cabaye menjaringkan gol peribadi pertama untuk pasukan kebangsaan negara itu, tiga minit kemudian.


Cabaye menyambar bola hantaran Karim Benzema sebelum merembat melepasi penjaga gol Ukraine, Andrei Pyatov.

Kemenangan itu yang pertama buat Perancis di kejohanan besar sejak muncul naib juara Piala Dunia 2006. Rekod tanpa kalah Les Bleus kini melebar kepada 23 perlawanan manakala Ukraine perlu bangkit selepas kejutan realiti yang mencetuskan kegembiraan rakyat negara itu apabila menang 2-1 ke atas Sweden pada perlawanan pertama.


Donbass Arena itu bergegar dengan sorakan penyokong tuan rumah setiap kali bola singgah di kaki Andrei Shevchenko, wira perlawanan ketika menentang Sweden. - Agensi




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen