Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Nasib malang Rusia

Posted:

Nasib malang Rusia

Nasib malang Rusia

WARSAW, Poland – Meskipun tewas, jurulatih Rusia, Dick Advocaat tetap menganggap skuad kendaliannya itu merupakan pasukan yang lebih baik berbanding Greece.

Kenyataan Advocaat itu dilafazkan selepas anak-anak buahnya tewas 0-1 di tangan Greece pada aksi terakhir Kumpulan A kempen Euro 2012 di Stadium Nasional di sini awal pagi semalam.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Rusia gagal mara ke peringkat suku akhir apabila sekadar menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di tempat ketiga di belakang Republik Czech dan Greece.

Sebelum ini, Rusia dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas kejayaan menewaskan Czech 4-1 pada aksi pertama sebelum seri 1-1 dengan Poland.

Bagaimanapun, detik malang menyelubungi kem Rusia ekoran kekalahan di tangan Greece itu.

Biarpun berkongsi empat mata dan memiliki kelebihan jaringan, namun berdasarkan peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Greece lebih layak ke peringkat suku akhir berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan.

Bagi Advocaat, beliau seolah-olah enggan meratapi kegagalan tersebut sebaliknya memuji persembahan barisan pemainnya pada pertemuan dengan Greece awal pagi semalam.

"Meskipun kami (Rusia) tewas di tangan Greece tetapi kami telah beraksi dengan baik pada babak pertama perlawanan.

"Namun, selepas Greece berjaya menjaringkan gol, segala-galanya telah berubah buat kami," kata Advocaat.

Menurut beliau, kegagalan jentera serangannya menyudahkan beberapa peluang terbaik bagi menjaringkan gol awal jelas telah mengundang padah kepada pasukan tersebut.

Sebaliknya, Greece terlebih dahulu di depan hasil jaringan Giorgos Karagounis dua minit sebelum babak pertama tamat.

"Kami tidak memiliki ketajaman penyudah bagi menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol," jelas Advocaat.

Ditanya mengapa masih mahu menerapkan corak permainan secara menyerang biarpun Rusia hanya perlu mencatatkan keputusan seri dengan Greece bagi membolehkan mereka ke peringkat suku akhir, Advocaat berkata: "Kami tidak mengharapkan keputusan seri.

"Kami beraksi pada kempen Euro kali ini adalah untuk mencatatkan kemenangan dan bukannya seri.

"Kami cuba untuk mengawal perlawanan, malah kami juga cuba untuk menentukan hala tuju perlawanan." – Reuters

La Roja mahu menang

Posted:

La Roja mahu menang

La Roja mahu menang


DEL Bosque (kanan) menyaksikan Fernando Torres (dua dari kiri) berlatih bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain pada sesi latihan sebelum bertemu Croatia.


GDANSK, Poland - Pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque menegaskan, pasukannya tidak akan terlibat dalam sebarang konspirasi bagi menyingkirkan Itali dalam kempen Euro kali ini.

Juara bertahan itu bakal berdepan Croatia dalam aksi terakhir Kumpulan C di PGE Arena, Gdansk awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan yang berkongsi empat mata kini hanya memerlukan keputusan seri bagi menyambar slot suku akhir.

Namun, del Bosque menegaskan yang mereka tetap mahu memenangi perlawanan itu bagi menyuntik moral pemainnya menjelang pusingan kalah mati kelak.

"Kami bersikap profesional, begitu juga Croatia. Kami akan bermain untuk menang, jadi sebarang dakwaan bahawa kami akan berkomplot semata-mata bagi menyingkirkan Itali adalah sesuatu yang tidak masuk akal," katanya.

Dalam saingan Euro 2004, Itali tersingkir pada peringkat kumpulan gara-gara keputusan seri 2-2 antara Sweden dan Denmark.

Dalam pada itu, del Bosque masih belum membayangkan siapa yang bakal menerajui jentera serangan skuad La Roja itu bagi menggempur benteng skuad kendalian Slaven Bilic awal pagi esok.

Ketika ini, prestasi semasa penyerang Chelsea, Fernando Torres dilihat cukup memberangsangkan apabila meledak dua gol ketika membelasah Republik Ireland 4-0 tempoh hari.

Namun, del Bosque tetap mempercayai kredibiliti Cesc Fabregas, sekali gus kekal berteka-teki mengenai senarai kesebelasan utamanya nanti.

"Fernando memang hebat tetapi saya masih mempercayai Fabregas seperti mana empat hari lepas," katanya. - Agensi

Rep. Czech berpesta juarai Kumpulan A

Posted:

Rep. Czech berpesta juarai Kumpulan A

Rep. Czech berpesta juarai Kumpulan A


DUA suasana berbeza yang menyaksikan pemain Republik Czech (baju merah) berlari keliling padang meraikan kejayaan manakala kekecewaan terpancar di wajah pemain Poland selepas gagal mara ke suku akhir.


WROCLAW, Poland - "Kami (Republik Czech) belajar daripada kesilapan." Demikian komen jurulatih Czech, Michal Bilek ketika diminta mengulas mengenai kejayaan skuad kendaliannya bergelar juara Kumpulan A dan sekali gus mara ke peringkat suku akhir Euro 2012.

Awal pagi semalam, anak-anak buah Bilek tampil dengan prestasi cemerlang apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Poland pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Miejski.

Kemenangan itu ternyata amat bermakna buat Czech apabila mereka mengesahkan slot ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas dipalit kekecewaan tewas 1-4 di tangan Rusia pada aksi pertama kumpulan minggu lalu.

"Kami (Czech) mempamerkan corak permainan yang menarik seperti menentang Rusia sebelum ini. Secara dasarnya, kami melakukannya ketika menentang Rusia.

"Begitupun, kami lupa untuk beraksi secara bertahan dengan baik dan disebabkan itu Rusia berjaya menjaringkan banyak gol.

"Namun, kami telah belajar daripada kesilapan. Buktinya, kami beraksi secara bertahan dengan baik ketika perlawanan kedua dan ketiga (menentang Greece dan Poland).

"Ia sekali gus membuktikan kualiti yang kami miliki.

"Poland merupakan sebuah pasukan yang hebat tetapi kami beraksi lebih baik apabila menguasai keseluruhan perlawanan.

"Kami sentiasa percaya dengan kemampuan kami biarpun ada ketika kami berada dalam keadaan tertekan.

"Kerjasama dalam pasukan telah berjaya mengatasi segala tekanan yang kami alami," kata Bilek.

Pada aksi awal pagi semalam, gol kemenangan Repbublik Czech hadir menerusi jaringan yang dilakukan Petr Jiracek pada minit ke-45 perlawanan.

Tiga mata penuh yang diraih pada perlawanan tersebut telah membolehkan anak-anak buah Bilek menamatkan saingan peringkat Kumpulan A selaku juara dengan mengumpul enam mata.

Turut mengiringi Czech ke peringkat suku akhir ialah Greece selaku naib juara kumpulan. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan