Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Mana bukti?

Posted: 15 Jul 2012 07:33 PM PDT

KAFA cabar Bunyamin serah kes kepada FAM bukan media

Kota Bharu: Muak dengan 'serangan' ke atas Mohammed Ghaddar, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta pemain Selangor, Bunyamin Omar tampil dengan bukti kukuh mengenai dakwaan provokasi penyerang The Red Warriors ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV , 29 Jun lalu. Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim semalam berkata, jika benar sebagai didakwanya, pemain Bunyamin perlu mengemukakan bukti kukuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Kita tidak mahu kes ini diadili media kerana kita mahu menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyiasat kes ini sehingga keputusan dikeluarkan," katanya.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

Serena lenyap impian Cirstea

Posted: 15 Jul 2012 12:57 PM PDT

Jumpa Vandeweghe final gelanggang permukaan keras

Stanford (California): Pilihan utama dan juara bertahan, Serena Williams memusnahkan impian Sorana Cirstea 6-1, 6-2 pada pertarungan sejam kejohanan gelanggang permukaan keras Stanford, kelmarin untuk layak ke final kedua berturut-turut buat dirinya. Pertemuan final antara dua pemain Amerika Syarikat di laman sendiri sejak 2004 itu akan menemukan Serena dengan pemain California, Coco Vandeweghe yang menewaskan pilihan kelima, Yanina Wickmayer 6-2, 3-6, 6-2 untuk mara ke final WTA buat kali pertama.
Vandeweghe yang beraksi dalam undian utama selepas beberapa pemain menarik diri, menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Jelena Jankovic pada pusingan pertama.

Serena, 30, kini hampir pasti untuk menyertai pencapaian kakaknya, Venus dengan 43 kejayaan meraih piala andai dia bergelar juara pada pertembungan dengan lawannya yang berada di ranking ke-120 dunia itu.

"Minggu yang pelik," kata juara Grand Slam 14 kali itu. "Saya rasa seperti hampir separuh daripadanya saya tidak berada di sini... tetapi begitulah. Ahad dan satu lagi final."

Menurut Jelajah WTA, Vandeweghe, 21, yang dilatih sendiri oleh ibunya minggu ini, bakal menganjak ke sekitar ranking ke-75 berdasarkan prestasi yang ditonjolkannya di kejohanan itu. AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan