Berita Harian: Sukan |
Santoso, Tago halangan awal Chong Wei Posted: 23 Jul 2012 09:43 AM PDT Chen Long atau Gade tunggu di separuh akhir Kuala Lumpur: Seperti diduga 'ranjau sepanjang jalan' menanti jaguh badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei dalam misi memenuhi harapan 28 juta rakyat menamatkan kemarau pingat emas pertama di Sukan Olimpik yang disingkap tirainya secara rasmi Jumaat ini. Pada undian yang dijalankan di Pusat Media Utama Olympic Park London semalam, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama dijangka melakukan perhitungan menentang bintang muda China, Chen Long di separuh akhir. Berdasarkan rekod pertemuan, Chong Wei memiliki kelebihan apabila menang enam daripada 10 pertemuan tetapi belum teruji dalam perlawanan kompetitif selepas cedera pergelangan kaki di Piala Thomas Mei lalu, menyaksikan sukar meramalkan sama ada dia mampu menjinakkan lawan itu atau tidak. |
Posted: 23 Jul 2012 09:43 AM PDT Kuala Lumpur: Sekalipun mudah mencatatkan kemenangan 4-0 pada perlawanan tahun lalu namun bintang Arsenal, Theo Walcott tetap berwaspada dengan ancaman skuad negara menjelang aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Walcott menyifatkan Harimau Malaya sebuah pasukan yang berbeza berbanding pasukan yang pernah ditewaskan Arsenal tahun lalu. "Malaysia bukan pasukan yang sama seperti tahun lalu. Corak permainannya semakin meningkat malah saya lihat Malaysia memiliki pemain yang cukup baik terutama dari segi kepantasan. Pemain tengah kelab itu, Mikel Arteta, berkata mereka sudah tidak sabar untuk turun bertemu skuad Malaysia di stadium yang mempunyai kapasiti 87,411 kerusi itu. "Ya... saya sudah bersedia untuk turun esok (malam ini)," katanya yang ditemui pada sesi Klinik Kejurulatihan Bola Sepak Kanak-kanak Emirates di Hotel Saujana, Subang, semalam. Rekod empat kali pertemuan dengan Arsenal menyaksikan Malaysia hanya menang sekali iaitu pada 11 Mei 1975 dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Mokhtar Dahari. Sementara itu, kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim meminta rakan sepasukan jangan mengungkit rekod pertemuan lalu dengan Arsenal tetapi fokus. "Kami menjanjikan yang terbaik malam esok (malam ini). Jangan ambil kira keputusan perlawanan lalu kerana kami ada misi tersendiri. "Tidak kira siapa lawan kami, semua pemain pasti mahu melakukan yang terbaik. Apa yang kami mahu tekankan adalah untuk meningkatkan prestasi pasukan buat menghadapi Piala AFF nanti," katanya, selepas sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan