Kosmo Online - Sukan |
Posted: Bertarung di bulan Ramadan
IBU kota London bakal melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik buat kali ketiga selepas edisi 1908 dan 1948. Namun lebih istimewa, temasya kali ini berlangsung pada bulan Ramadan buat kali kedua dalam sejarah penganjuran Olimpik selepas edisi 1980 di Moscow, Rusia. Justeru, atlet-atlet dari negara Islam termasuk kontinjen Malaysia yang akan beraksi pada Sukan Olimpik kali ini sudah pasti menjadi perhatian kerana mereka perlu bertarung dalam keadaan berpuasa. Disebabkan itu, aspek pemakanan dan nutrisi menjadi faktor utama buat setiap atlet terbabit apabila mereka beraksi di pentas Olimpik 2012 yang bakal membuka tirainya Jumaat ini. Bagi mengupas lebih lanjut mengenai kedua-dua aspek itu, wartawan Kosmo!, SHANIKA ABDULLATIB menemu bual Ketua Unit Pusat Pemakanan Sukan Insti- tut Sukan Negara (ISN), Azimah Ahmad di Bukit Jalil semalam. KOSMO!: Seperti yang kita ketahui, Sukan Olimpik 2012 berlangsung pada bulan Ramadan. Jadi boleh ceritakan mengenai aspek pemakanan dan nutrisi kepada atlet-atlet negara beragama Islam yang bertanding di London? AZIMAH: Bagi temasya Olimpik kali ini, ISN telah membawa tukang masak sendiri untuk memudahkan penyediaan makanan di London. Bukan itu sahaja, sepanjang Olimpik, pakar nutrisi dan tukang masak kami akan bekerjasama membuat penyediaan dan penyesuaian makanan bagi atlet negara. Bagi temasya besar seperti Olimpik, para atlet tidak perlu risau kerana makanan yang disediakan juga tidak jauh beza dengan apa yang pernah mereka makan di sini atau ketika menyertai kejohanan di luar negara. Cuma apabila terlalu lama di sana, semua makanan akan nampak sama dan ini membuatkan mereka cepat hilang selera, sedangkan segala nutrisi seperti karbohidrat dan protein khusus untuk kalori datangnya daripada makanan. Jadi, tugas kami adalah untuk membantu atlet menyesuaikan diri dengan makanan yang disediakan kerana tiada ketetapan khusus jumlah keperluan nutrisi disebabkan ia bergantung kepada atlet itu sendiri. ATLET yang beragama Islam bakal berpuasa hampir 18 jam sepanjang berada di London nanti. Bagaimana pula persediaan atlet kita? SEBAGAI rekod, hanya 10 atlet Malaysia beragama Islam akan bertanding pada Olimpik nanti dan mereka telah diberi pendedahan mengenainya sejak awal lagi. Sejak mengetahui mereka akan bertanding pada bulan Ramadan, atlet kita, bahkan atlet muslim dari negara lain sudah menukar corak latihan mereka. Oleh kerana puasa di London nanti tempohnya lebih panjang iaitu hampir 18 jam, kita ada mengesyorkan beberapa jenis corak pemakanan yang mana atlet mampu memulihkan tenaga dengan segera. Rata-rata atlet memerlukan antara 2,500 hingga 3,500 kalori setiap hari dan untuk masa yang pendek itu, agak sukar untuk mereka mendapatkan jumlah kalori tersebut. Disebabkan itu, kami mencadangkan mereka mengambil biskut, jus buah-buahan serta serta makanan lain yang berkalori tinggi, termasuk snek serta jeli bertenaga. Waktu sahur juga menjadi aspek utama yang dititikberatkan oleh pakar pemakanan kerana makanan yang disediakan pada waktu itu mampu memberi tenaga yang diperlukan ketika mereka menjalani latihan. Kami juga mengesyorkan agar waktu latihan dilakukan awal pagi serta lewat petang kerana dua waktu itu mampu mengelakkan pembaziran tenaga yang amat diperlukan atlet untuk latihan serta perlawanan. CUACA panas juga dilihat bakal menjadi cabaran utama kepada atlet-atlet negara. Apa antara cabaran lain yang bakal mereka hadapi? SEBENARNYA atlet kita agak beruntung kerana mereka bertanding dalam cuaca panas yang mana mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Ia memudahkan atlet menyesuaikan diri berbanding sekiranya mereka perlu bertanding di negara beriklim sejuk. Cuma, waktu musim panas yang lebih panjang bakal memberi cabaran tambahan kepada mereka dan untuk itu, kehilangan air di dalam badan menjadi isu utama yang akan menjadi perhatian kami. Justeru, pengambilan air berkafein perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana jenis minuman itu akan menyebabkan proses dehidrasi berlaku dengan pantas. Bagi mengelakkan ia berlaku, minuman elektrolit iaitu minuman bertenaga disyorkan kepada atlet terutama dalam acara pelayaran, berbasikal dan badminton yang mana sukan tersebut berada dalam kategori high intensity. APAKAH ada kaitan antara psikologi dan makanan yang diambil oleh atlet? TIADA kajian yang tepat mengenai hubungan kedua-dua aspek itu tetapi saya dapati, ada beberapa makanan yang boleh menenangkan atlet kita. Antaranya, coklat dan pisang kerana kedua-duanya mempunyai kandungan potasium yang mana elemen itu membantu aliran darah menjadi lebih lancar, sekali gus membuatkan atlet lebih tenang. ANTARA lapan acara yang disertai atlet Malaysia, acara manakah diberikan perhatian lebih dalam aspek pengambilan nutrisi sepanjang Olimpik? MUNGKIN kita menumpukan perhatian lebih kepada penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang sedang mengandung dan jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan buku lali. Namun hakikatnya, kami melihat sukan pelayaran sebagai acara yang perlu diberi perhatian dalam aspek pengambilan nutrisi. Pelayar bukan sekadar perlu menempuh jadual padat dalam masa 10 hari pertandingan, keadaan angin laut juga menjadi punca dehidrasi. Berbanding acara lain, sukan layar memerlukan nutrisi yang lebih tinggi untuk memastikan atlet tersebut mempunyai tenaga sepanjang berada di tengah laut. Jadi, diet yang diperlukan oleh pelayar negara (Khairul Nizam Mohd. Afendy) perlu mencapai hingga 3,500 kalori. ADAKAH masalah penyediaan makanan bakal timbul di Perkampungan Atlet? SALAH satu keistimewaan Olimpik ialah dewan makanan di Perkampungan Atlet akan menyediakan pelbagai jenis makanan dari pelbagai negara. Jadi, cabaran utama pakar pemakanan kita di sana adalah memastikan atlet kita mengambil makanan pada jumlah yang diperlukan sahaja. Bukan sahaja makanan yang tersaji di dewan makan itu akan mempengaruhi diet atlet, minuman yang disediakan di sekitar Perkampungan Atlet juga dilihat mampu menjejaskan menu sihat para atlet. Sebagai contoh, minuman bergas yang disediakan mampu meningkatkan kandungan kafein di dalam tubuh atlet, sekali gus menjejaskan prestasi mereka. BAGAIMANA pula dengan situasi atlet Malaysia yang dikatakan agak cerewet memilih makanan? SEBENARNYA atlet Malaysia bukan cerewet tetapi susah hendak makan terutama apabila mereka terlalu penat. Keadaan menjadi lebih rumit buat pakar pemakanan untuk memastikan para atlet mendapat nutrisi yang mencukupi ketika mereka menghadapi pertandingan yang besar. Ini disebabkan banyak faktor termasuk tekanan dan letih selepas banyak menjalani latihan intensif serta pertandingan yang mencabar. Apabila itu terjadi, kebanyakan atlet memilih untuk tidur berbanding makan, sedangkan mereka perlu mengimbangi antara kedua-duanya. Jika mereka terlalu letih untuk mengambil makanan berat bagi menggantikan tenaga yang hilang, snek dan jeli bertenaga sering menjadi pilihan mereka. | ||
Teka-teki Harimau Muda belum terjawab Posted: Teka-teki Harimau Muda belum terjawabOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE MISTERI mengenai siapa lawan skuad Harimau Muda pada kejohanan jemputan – Java Cup 2012 – di Jakarta, Indo- nesia yang bakal membuka tirainya esok masih belum terjawab. Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar) memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima seba- rang makluman rasmi berhubung pemin- daan jadual daripada penganjur. Menurut beliau, ia mungkin hanya diketahui sebaik selesai mesyuarat pengurusan antara kesemua pasukan pukul 6 petang ini (7 petang waktu Malaysia). "Saya dikehendaki menghadiri mesyuarat itu petang esok (hari ini), mungkin selepas itu baru saya tahu siapa lawan kami," katanya semalam. Skuad Harimau Muda yang turut mendapat sentuhan lapan 'pemain import' iaitu tiga pemain Perak (Shahrulnizam Mustapha, Michal Kubala dan Hisyammudin Shaari), dua pemain Selangor (Amri Yahyah dan Ramez Dayoub), Mohd. Azrif Nasrulhaq (PKNS), Christie Jaya Seelan (ATM) dan Shukor Adan (Negeri Sembilan) mula dihimpit kontro- versi ekoran lawan mereka, Galatasaray dikatakan menarik diri daripada kejoha- nan tersebut pada saat-saat akhir. Selain Galatasaray, turut menyertai kejohanan Java Cup yang diadakan secara kalah mati itu ialah skuad kebangsaan Indonesia dan kelab England, Everton. Mengikut jadual asal, Harimau Muda bakal berdepan Galatasaray, Jumaat ini, manakala Indonesia pula berdepan Everton malam esok. Pemenang kedua-dua perlawanan itu bakal membuat perhitungan di pentas final pada Ahad ini. Enggan menganggap masalah yang itu sebagai satu serangan psikologi Indone- sia, Kim Swee sebaliknya tidak melatah, sambil menegaskan anak-anak buahnya bersedia untuk beraksi pada bila-bila masa. "Banyak sangat spekulasi yang saya dengar ketika ini. Ada yang kata Uruguay yang akan ganti Galatasaray tetapi Uruguay belum tentu datang. "Selain itu, ada juga yang kata Indonesia bakal mempertaruhkan dua pasukan iaitu skuad senior dan skuad belia. "Jadi, selagi belum ada hitam putih selagi itu saya enggan mengulas lanjut," katanya. | ||
Posted: Chong Wei ketepi soal cederaOleh HELMI TALKAH
"BUKAN masa untuk fikir mengenai kecederaan lagi." Demikian tegas jurulatih perseorangan badminton negara, Tey Seu Bock mengenai tahap kecederaan buku lali kanan yang dialami Datuk Lee Chong Wei menjelang Sukan Olimpik 2012 di London yang akan membuka tirai secara rasmi Jumaat ini. Seu Bock berkata, kini apa yang penting buat Chong Wei ialah fokus bagi menghadapi setiap perlawanan yang perlu diharu- nginya di bumi London nanti. "Jika saya katakan kecederaan Chong Wei sudah seratus peratus pulih, itu bohong. Dia masih ada berasa sakit-sakit lagi tetapi itu tidak membimbangkan dan masih dalam keadaan terkawal. "Yang penting, ia tidak mengganggu tumpuan Chong Wei bagi melakukan persiapan untuk Sukan Olimpik kali ini. Dia tidak boleh terlalu memikir- kan sangat mengenai kecederaan yang dialaminya itu. "Tidak kira apa jua situasi sekali- pun, dia perlu menghadapinya dengan sikap positif. Sukan Olimpik kali ini penting buat dirinya dan dia perlu kekal fokus dalam usaha meraih pingat emas," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! di United Kingdom kelmarin. Terdahulu, Chong Wei yang diletak- kan sebagai pilihan pertama, menerima tamparan hebat ketika melaku- kan persiapan menghadapi temasya Olimpik 2012 selepas mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi pada kempen Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei lalu. Ia merupakan kali kedua Chong Wei mengalami kecederaan tahun ini sele- pas dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kanannya ketika menen- tang seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi final Seluruh England 2012, Mac lalu. Ditanya sama ada tekanan kini dirasai Chong Wei sebelum acara badminton membuka tirainya di Arena Wembley, Sabtu ini, Seu Bock berkata: "Sepanjang menjalani latihan di University of Bath (United Kingdom), dia tidak menampakkan sebarang tanda-tanda tertekan. "Namun, mungkin situasinya akan menjadi berbeza apabila dia tiba di venue pertandingan. Kita kena ingat, Sukan Olimpik adalah sesuatu yang berbeza berbanding mana-mana kejohanan lain. "Sudah pasti tekanannya juga berbeza. Jadi, dia perlu terus kekal fokus agar tidak terlalu dibayangi dengan tekanan yang mungkin dirasainya nanti pada Sukan Olimpik kali ini." Chong Wei yang juga pemain No. 2 dunia itu diletakkan sebagai sandaran utama kontinjen Malaysia bagi memburu pingat emas pertama di London. Pada Sukan Olimpik kali ini, dia telah diundi dalam Kumpulan A dan hanya perlu menentang Ville Lang dari Finland. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan