Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Makin getir

Posted: 24 Aug 2012 12:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia malam ini menjanjikan saingan lebih getir - terutamanya bagi pasukan yang tewas pada perlawanan sulung Rabu lalu.

Tiada kompromi, pertemuan adik-abang

Posted: 24 Aug 2012 12:33 PM PDT

Johor Bahru: Johor FC tidak akan berkompromi sebaliknya bertekad memburu kemenangan pertama apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin dalam pertembungan 'adik dan abang' menentang Johor dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia, malam ini.

Malah, skuad Lebah kendalian Sazali Saidun sudah ada resipi tersendiri bagi memerangkap kerakusan barisan bimbingan Fandi Ahmad selepas kelibat dua pemain yang digantung pada aksi pertama menentang Lions XII - Mohd Khairul Ismail dan Mohd Syazwan Zainon kemungkinan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan.

Perlawanan yang amat dinanti oleh kedua-dua penyokong itu pasti menarik tatkala bakal menggamatkan kembali `Sorakan Larkin' yang sekian lama menyepi selepas Johor FC dan Johor buat pertama kali beraksi dalam saingan kompetitif.
"Perlawanan menentang Johor sering diadakan namun ia sekadar aksi persahabatan tetapi berbeza pada kali ini apabila Johor FC dan Johor terpaksa bertembung buat pertama kali bagi memburu kemenangan untuk menjamin kedudukan terbaik dalam Kumpulan A ketika Lions XII yang beraksi di laman sendiri dilihat tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan PKNS Selangor.

"Mohd Khairul sudah boleh beraksi tetapi saya dalam dilema kerana aksi Azi Shahril Azmi juga begitu konsisten pada perlawanan pertama dan kemungkinan rombakan kecil bakal dilakukan bagi memantapkan posisi tengah," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen