Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Jaga periuk nasi'

Posted: 26 Aug 2012 02:23 PM PDT

Amaran keras FAS kepada pemain yang kian hambar

Shah Alam: Hidup atau mati 'Misi 33' Selangor dalam kempen Piala Malaysia tahun ini bakal ditentukan esok apabila skuad kendalian Irfan Bakti bertemu T-Team di Terengganu.

Malah, perlawanan ketiga Kumpulan D itu menjadi penentu kepada nasib pemain Selangor bersama gergasi bola sepak negara itu musim depan kerana prestasi mereka akan dinilai pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Ketika FAS tidak berpuas hati dengan keputusan kalah 2-1 kepada Sarawak dan seri 2-2 bertemu Pahang kelmarin, Irfan Bakti turut berdepan kesukaran apabila lima pemain tonggaknya tidak dapat bersama pasukan pada dua perlawanan awal.

Kini hanya kemenangan pada baki empat perlawanan peringkat kumpulan mampu menjadi penyelamat buat skuad Selangor untuk meneruskan 'Misi 33', dan bagi pemain - peluang terakhir untuk terus membarisi pasukan itu musim depan.

Lagi berita kerancakan Piala Malaysia, dapatkan akhbar BH di pasaran, hari ini

Selangor 'hilang bayangan' juara

Posted: 26 Aug 2012 02:16 PM PDT

Shah Alam: Satu mata daripada dua perlawanan peringkat Kumpulan D, Piala Malaysia tidak menggambarkan Selangor selaku juara 32 kali yang sedang dalam pemburuan gelaran ke-33.

Malah, ada desas-desus mengatakan kemungkinan anak buah Irfan Bakti tidak terlalu bersungguh-sungguh mahu menyempurnakan 'Misi 33', atau mungkin tidak berpuas hati dengan pengurusan sehingga membantah secara senyap di atas padang.

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin, pengurusan sudah membereskan semua pembayaran gaji dan bonus serta menjaga kebajikan pemain sebaik mungkin dan keputusan yang dicatat sudah tentu tidak menggembirakan.
"Pengurusan memang tidak berpuas hati dengan dua keputusan awal peringkat kumpulan ini," kata Hamidin ketika dihubungi semalam. "Kami sudah memberi yang terbaik dan tentu mengharapkan keputusan lebih baik.

"Perlawanan ketiga menentang T-Team Selasa ini adalah misi hidup mati Selangor jika mahu menempah tempat ke suku akhir. Selepas itu, baru kita boleh katakan 'Misi 33' sudah berakhir atau belum tahun ini."

Penentu masa depan

Hamidin turut menepis khabar angin yang mengatakan pemain tidak bersungguh-sungguh pada kempen kali ini. "Hakikatnya kita kehilangan lima pemain utama dan ini sudah tentu merencatkan perancangan Irfan," kata Hamidin.
"Tetapi saya pasti pada perlawanan ketiga nanti mereka akan bangkit kerana kempen kali ini akan menjadi penentu kepada masa depan pemain bersama Selangor. Saya yakin semua pemain bersungguh-sungguh mahu memastikan kontrak mereka disambung."

Mengenai pemain pinjaman dari Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang dilihat gagal menampilkan aksi sehebat ketika mewakili skuad bawah 22 negara, Hamidin berkata: "Perlawanan dengan Sarawak adalah yang pertama baginya. Dia baru saja berlatih empat atau lima kali bersama pasukan sebelum menentang Pahang.

"Saya yakin pada perlawanan ketiga nanti dia akan semakin serasi dengan pasukan terutama dengan penyerang import, Bosko Balaban. Amri dan Bunyamin akan kembali beraksi pada perlawanan keempat nanti yang kami harapkan akan mengubah corak permainan Selangor."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan