Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Aug 2012 09:20 AM PDT DUA jaringan sudah memadai buat pemain pinjaman, Mohd Afiq Azmi untuk menarik perhatian penyokong Red Warriors malah melalui dua jaringan itu, Kelantan berjaya meraih tiga mata pertama selepas menang tipis 2-1 ke atas Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin. Mohd Afiq yang dipinjam dari pasukan Kuala Lumpur mempunyai peluang untuk menyerlah bersama Red Warriors selepas muncul wira dalam memastikan pasukannya tidak kecundang di gelanggang sendiri.
Pemain berusia 23 tahun berasal dari Kangar, Perlis itu berkata, peluang yang diberikan ketua jurulatih, Bojan Hodak digunakan sepenuhnya bagi membalas kepercayaan sekali gus membantu pasukan meraih tiga mata pertama selepas dua perlawanan.
Sebelum ini Mohd Afiq juga mempamer aksi memukau selepas meledak empat jaringan dalam dua perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab dari Thailand, Pattani FC (tiga jaringan) dan T-Team (satu jaringan) bulan lalu.
Sementara itu Hodak berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan perlawanan namun masih ada kelemahan yang perlu dibaiki sebelum berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) esok.
Artikel ini disiarkan pada : 27/08/2012 |
Posted: 26 Aug 2012 09:16 AM PDT PERLIS yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 pada 2014 yakin mampu menjayakan temasya sukan itu dengan cemerlang biarpun ada pihak yang ragu-ragu dengan keupayaannya dalam menyediakan infrastruktur sukan dan penginapan di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (gambar) berkata, kerajaan negeri akan berusaha memastikan temasya sukan terbesar di negara ini berjalan lancar dan ia adalah antara cabaran yang bakal dihadapi.
"Saya menaruh harapan tinggi supaya setiap atlet Perlis yang bakal menggalas cabaran pada temasya itu nanti dapat memanfaatkan segala kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memungut sebanyak mungkin pingat," katanya.
"Bagi saya, atlet dan mereka yang terbabit dengan sukan dwitahunan itu tidak perlu menginap di luar Perlis (negeri lain) dengan alasan Perlis tidak cukup bilik penginapan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 27/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan