Harian Metro: Arena |
‘Saya cukup masak’ Posted: 26 Oct 2012 09:40 AM PDT JURULATIH Harimau Muda, Ong Kim Swee sudah cukup bersedia menghadapi apa saja kemungkinan pada masa depan selepas dihimpit cabaran demi cabaran yang langsung tidak menghalangnya membantu anak buahnya melakar kejayaan. Pujian wajar diberikan kepada pengendali berusia 41 tahun itu kerana ketika berdepan masalah serta tekanan, Kim Swee tidak pernah mengecewakan peminat tempatan apabila terbaru membimbing anak buahnya menjuarai Kejohanan Jemputan Newspaper Cup di sebalik kehilangan kebanyakan tonggak utama kerana kecederaan serta di panggil menjalani latihan bersama Harimau Malaya.
"Saya sudah cukup masak menghadapi masalah kecederaan serta pemain dipanggil skuad utama. Memanglah saya akui kadangkala agak tertekan dan mengeluh tapi saya cuba ubah tekanan itu kepada satu cabaran.
"Cabaran demi cabaran ini menguatkan lagi semangat saya dan sudah bersedia menghadapi apa saja kemungkinan selepas ini," luah Kim Swee.
Lebih parah, Kim Swee turut berdepan masalah kecederaan membabitkan pemainnya sehingga menyaksikan hanya bergantung kepada 14 pemain saja untuk menggalas cabaran di Vietnam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 |
Posted: 26 Oct 2012 09:36 AM PDT GREATER NOIDA, (India): Penyandang juara dunia, Sebastian Vettel mengungguli kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix India, semalam, ketika dia cuba untuk memenangi trofi keempatnya berturut-turut dan kemenangan bersejarah yang ketiga bagi takhta pemandu. Pemandu Red Bull berusia 25 tahun itu merampas pendahulu kejohanan di perlumbaan terakhir di Korea Selatan dan berusaha untuk menjadi juara dunia tiga kali Formula Satu paling muda, apabila mencatat masa terpantas satu minit 26.221 saat pada sesi kedua.
Pemandu Jerman, Nico Rosberg keempat dalam kereta Mercedes di depan Kimi Raikkonen dari Lotus dan dua pemandu McLaren dari Britain, Lewis Hamilton serta Jenson Button.
Kemenangan di Singapura, Jepun dan Korea Selatan melonjakkan Vettel untuk mendahului tipis enam mata dalam senarai kedudukan tapi dengan persembahan jitu serta keyakinan tinggi menyaksikan pemandu Jerman itu mampu meraih takhta menerusi empat perlumbaan terakhir.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan