Kesebelasan terkuat Raja gagal menumpaskan pasukan ranking 171 duniaKuala Lumpur: Memalukan!
Itu ungkapan ringkas dan tepat yang boleh disimpulkan selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kegagalan menumpaskan pasukan 171 ranking dunia itu - yang juga eksperimen terakhir daripada Rajagobal, sebelum empat hari menjelang sepak mula Piala Suzuki AFF 2012 bertemu Singapura, Ahad ini.
Rajagobal menurunkan kesebelasan terkuat pada firasatnya - Farizal Marlias, Bunyamin Umar, Aidil Zafuan Radzak, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Khyril Muhymeen Zambri, Safiq Rahim, Amar Rohidan, S Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali.
Namun, persembahan babak pertama begitu membosankan dengan satu-satunya percubaan tepat dihasilkan skuad negara ialah gol pertama menerusi tandukan kemas Khyril Muhymeen yang menyambut sepakan sudut Safiq pada minit ke-22.
Bangladesh yang ternyata memang bukan lawan skuad negara hanya melakukan percubaan tepat pertama pada minit ke-45 hasil rembatan jarak jauh bek kiri, Waly Faisal yang bagaimanapun mudah diselamatkan Farizal.
Terdesak untuk mempamerkan persembahan lebih menghiburkan buat 2,000 penyokong yang hadir, Rajagobal melakukan empat pertukaran serentak sebaik babak kedua bermula, memasukkan Zaquan Adha Radzak, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Hazwan Bakri dan Shakir Shaari menggantikan Safee, Norshahrul, Kunanlan dan Safiq.
Dua lagi pertukaran dibuat Rajagobal, memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan Irwan Fadzli Idrus menggantikan Zaquan Adha yang cedera pada minit ke-56 dan Zubir minit ke-73, namun aksi skuad negara terus buntu tanpa mampu menghasilkan percubaan berbahaya bagi menambah jaringan.
Bangladesh kemudian terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-78 selepas Pranotosh Kumer Das dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.
Namun skrip sama seperti ketika seri 1-1 dengan Hong Kong berulang apabila Bangladesh berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 menerusi sepakan penalti Md Jahid Hasan Ameli selepas Irwan Fadzli menjatuhkan Mithun Chowdhry.
Sebagai perbandingan, Thailand mudah membelasah Bangladesh 5-0 di Bangkok, Sabtu lalu.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
Singa Utara
Malaysia ke arah kuasa besar bola sepak dunia
MAMAN HENSEM
sgt kecewa, mmg Raja sembunyikn senjata..mmg Raja suka buat uji kaji..sbb dia x ptgkn rangking Msia naik / turun.. so kalah / mng x kisah...yg ptg PERTAHANKN TITLE JUARA ASIA TENGGARA..klu tengok game smlm ms 1 da bole menang bsr bangla main tmpt sdri saje.tapi Msia x nak gol..yg ptg x ada sindrom main takut cedera wakil negara, sbb majikan nanti x byr gaji klu cedera...Msia Boleh
waza6040
Pemain semua mcm hilang nafsu je nak main bola semua antaran tak kemas ,serangan drp wing pun x banyak ,bgh tengah pun x bernafsu langsung nak buat gol dah tu lembik pulk terutama sparuh masa kedua .tak tau nak bagi tonik apa sebelum bermula AFF.DRG je yg tau ......
Mat Bangla
Aiyyoo..RajaGopal ..kamu kasi jatuh kemaluan Harimau Malaya lah...kamu punye pemain gaji puluhan ribu dan professional pulak ..kami punya pemain gaji murah dan main kampong Bangla..saja...semalam saya lihat masa pertama saja & masa kedua saya kasi tutup TV sebab kamu jurulatih yang memalu kan Msia...bila bole letak jawatan macha....
Anak Lahad Datu
sayang Harimau Malaya...! tolong perbaiki kelemahan yang sangat ketara terutama di bahagian Tengah. Kelihatannya bahagian perancang gagal, gagal, gagal..! berfungsi dengan baik, tidak kreatif, agak lembab. bukan setakat perlawanan semalam, sebaliknya sejak lawan vietnam, thailand dan hong kong. kawalan bola lemah, hantaran tidak tepat dan corak hantaran jauh ala-ala bola sepak inggeris adalah tidak sesuai untuk Team Harimau Malaya........Dato Rajagopal tolong perbaiki kelemahan ini. saya sayang TEAM MALAYSIA..!
Muhammad Amirul Afiq
Apa lagi alasan rajagopal ????? ! kami dah naik muak dengan alasan anda . eksperimen yang tiada penghujung .kenapa tak panggil player yang prestasi semakin meningkat ? jangan pegang pada label ' saya kenal pemain saya ' jika tidak mmpu memajukan nama harimau malaya ! . fikir fikirkanlah sebelum AFF ..
pen
apsal x test player klantan..piya, azwan roya, norfarhan..harap safiq rahim.
tam
kecewa mlihat perlawanan smlm..
hilang bola dgn cpt...
xada persfahaman lnsung...
kekalkn pemain yg sdia ada untuk mcari persfahaman...berhenti mguji pemain...
jagaiah al apparow
kita perlu sokong ini kerana kalah kepada pasukan bawahan kita anggap harimau tak ada taring, harimau juga boleh hidup tanpa taring seperti mana kita lalui saat-saat sebelum ini. Doa kita diperlukan kepada semua pemain dan pengurusan kalau kita kalah pun edisi ini rangking kita tidak akan berubah . Kalau rangking kita nak tinggi kita perlu lawan rangking atasan dari kita tetapi apabila ada perlawanan persahabatan sahaja panggil India,Singa nepal hong kong bangla tak ada negara lain kah........... cuba renung dari atas hingga bawah.... Fikirkan boleh..... kita boleh
Salah satu sebab persembahan pemain merosot adalah disebabkan pemain tidak mahu kecederaan ditimpa memandangkan harga terlalu tinggi bagi mereka untuk menwakli kelab dan negeri dalam liga M akan datang. Doa saya marilah kita sama-sama mendoakan pasukan kita akan mencapai satu keputusan baik dalam setiap perlawanan dan edisi ini. Doa satu malaysia diperlukkan sebagai tonik kepada keseluruhan pemain dan pengurusan malaysia
rie
inilah hasil DRG yg selama ini buat experimen.. DRG dah tak relevan sbg coach.... Tukar je yg baru lepas ni..... Permainan harimau malaya langsung ntah ape2....dah nmpak sama taraf dgn bangla...patut pun seri.... Sebab sama taraf... Aku setuju dgn artikel ni...di tulis.. Memalukan... Memang betul sangat....pemain pass out...permainan out... Ape kerja coach selama ini... Cuba fikirkan
Putar Alam
Kepada Syahril mazlan, keyword apa yg terbaik yg boleh digunakan utk menggambarkan keputusan perlawanan semalam? "SYABAS HARIMAU MALAYA"? Mungkin itu keyword yg terbaik kot kalau mengikut kata2 anda...
pemerhati
Lawak kan.. selama 2 tahun mencuba dan bereksperimen, balik2 muka tu jugak yg. M'sia ada.. nampak sgt DRG pandang sebelah mata je pada liga M.. main x bagus dlm liga pun xpe sbb. tempat dlm skuad kebangsaan dh terjamin utk. pemain2 'kesayangan' beliau ni.. buat pemain2 lain yg teringin nak wakili team M,sia bolehlah mula mohon jadi pemain 'naturalisasi' buat negara lain sbb selagi DRG jadi coach jgn. mimpi la nk main dlm team M'sia.. 'bayu pangkor' x menjadi lepas ni boleh la cuba bayu Paris pulak..
man
hahaha..cerita pong pang..eksperimen bagai nye la..lupekan je la..bukan nk mengata..tp jgn confident sgt + pandang rendah pada negara laen..kan da kne ekspermen balik..
akoudin
Rasanya DRG tidak perlu dipersalahkan.. kerana beliau perlu berhati-hati dalam memilih pemain semasa perlawanan sebenar nanti... pemain juga harus dipertanggungjawabkan... mereka perlu lebih kreatif, rajin berusaha dan sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.. sikap cuai perlu dielakkan..
Amir Mahmod Bin Senin
Msia akan terus melakukan ekspiremen apabila bertemu Sin,Laos n Indon.....Saya lebih yakin kalau Harimau Muda main...Tengak pemain Msia semalam tiada karektor untuk jadi Juara..sedangkan pasukan lain bertekat bermain mati-matian.Pemain Msia kejar bola pun malas....
Kuman
Stadium ada penonton ke nanti....
Harimau Muda
Seperti dijangka "skuad terbaik Harimau Malaya" kata DRG, layu bermain malam tadi.. Tengok permainan semalam pun hilang arah.. Taktikal ntah kemana, hantaran pun ntah apa2... nak tengok pun malu.. Seperti biasa alasan dangkal DRG dan pemain, kita nak simpan kuku... buat2 x kuat nanti masa tournement baru power!!!! dia ingat peminat2 semuanya budak2 ke yg boleh terima alasan mcm ni... Yg pasti Singapura & Indonesia dah boleh lega dgn prestasi "Juara Bertahan" yg longlai dan x bersemangat langsung nak mempertahankan kejuaraan.. Yg pasti tahun ini akan menyaksikan juara baru utk AFF!!!... Kepada peminat jangan terlalu menaruh harapan tinggi nanti kecewa di kemudian hari... Sokong OKS untuk ambil alih jawatan DRG!!!!
mohd hazren bin mat hashim
inilah padahnya bagi habuan dato,tanah,duit bila menang baru sepenggal..pasni takpayah susah payah nak berkerja keras..semua dah dapat.
Kalau macam ni cara dok main, jangan dok mimpi la nak maintain AFF suzuki cup. Tu la....selalu sangat dok buat eksperimen....la ni amik player bangla main malaysia. Jurulatih perlu ditukar supaya ada pembaharuan
clement
adakah kemenangan piala AFC satu nasib??. 1 rombakan menyeluruh harus d titikberat sekarang bermula dari pihak pengendalian dan pemain2 yg mewakali negara. Cadangan saya kita guna orang yg berpengetahuan professional dari luar negara untuk membuat pemilihan pemain2 di seluruh negara dan saya percaya ianya akan dibuat dengan adil dan saksama harap2 pihak FAM memandang serius keadaan bola sepak negara kita sekarang.
DRG, ramai yg menyayangi dan mengambil berat HM.. tidak hairan ramai yang memberi komen agak keras.. Kerana kami sayangkan HM.. dan kami sayangkan Malaysia.. bukan niat memberi tekanan, tetapi cubalah berikan sesuatu yang manis kepada kami yang mempercayai kebolehan anda (pasukan HM)... Tewas setelah bertarung jauh lebih bermaruah daripada tewas kerana longlai.. ALL THE BEST!!
KAMI DOAKAN HM DPT MEMPERTAHANKAN PIALA AFF..
ABDUL MANAF BOHARI
Inilah padahnya hingga saat akhir buat experimen. Inilah padahnya jika masa begitu panjang DRG tak sure pemain mana yang utama dan boleh beri impak. Prestasi masa ini tidak cukup kuat untuk menarik minat penonton untuk masuk stadium. Hairan juga kenapa panggil balik player yang pernah sarung jersi negara sebelum ini, walhal sebelum ini dah terbukti mereka tidak boleh buat apa. Kalau macam ini, keadaan sama berulang kepada team kebangsaan (sebelum era DRG).
syahril mazlan
Mmg diakui prestasi skuad kita merosot sejak kebelakangan ni. Sebagai rakyat Malaysia, tak kira lah, kuat ke lemah ke, kita tetap kena sokong.
Tapi masalahnya, apabila laporan media yang terlalu keterlaluan terpampang di muka2 akhbar dan internet, penyokong akan hilang semangat kesukanan.. Contohnya : Key word "MEMALUKAN".. Kenapa mereka yang berhempas pulas mewakili negara dilabelkan sebegitu rupa?? Harap pihak media pertimbangkan approach yang patut diambil untuk menaikkan semangat patriotik dan kesukanan semua pendokong / penyokong ahli2 sukan kebangsaan..
Terima kasih.
wady
alahai...tgk game smlm ssh nak kata..amat mengecewakan..
wanjeff
bagaikan hilang arah tak tau macamana nak main...bermain seolah-olah selama ini tak pernah berlatih...kalau inilah caranya, kirim salam saja kpd Piala Suzuki. bagi pemain2 smua pegi beli enjin sangkut Suzuki dan beli sampan g kelaut tangkap ikan...
awang malaya
DRG akan buat eksperimen yang terakhir dengan singapore dan seterusnya....
hrk
kita patut beri peluang HM buktikan kemampuan di piala aff nanti...
Zamzal
Tok Raja,!..Kalau nk pilih pemain, pilihlah dari pasukan yg kuat. Jangan pilih dari pasukan yg lemah....
izhar mahat
janganlah mengharapkan keajaiban dari pasukan bolasepak kita, yang pastinya prestasi semakin hari semakin ketinggalan....
peminat bola negara
Satu lagi persembahan yang amat mengecewakan. Apakah lagi alasan coach. Eksperimen lagikkah? Sejarah hitam terpalit, keputusan seri dengan bangladesh adalah memalukan. Pihak lawan di Aff cup mesti berasa yakin untuk menundukkan team malaysia. Coach mesti bertanggungjawab sekiranya team malaysia gagal di Aff cup. PLEASE SHOW THE TRUE TALENT OF MALAYSIA TEAM. YOUR TEAM KALAH BAIK YOU RESIGN SAHAJA.
zaki bin zakaria
klo begini la cara permainan raja "eksperimen" terapkan lbh baek lupakan saja nk perthnkan piala suzuki 2..RAJA "EKSPERIMEN" SILA LETAK JAWATAN SEKIRANYA M'SIA BUNGKUS DLM KUMPULAN LG..
mie
apa lagi nk di kata..memalukan cara permainan malaysia...DRG anda telah memalukan negara.
mdesamahli
Sepatut nya jurulatih harimau malaya tidak sepatutnya membuat xperimen hingga ke perlawanan persehabatan terakhir.....ini menyebabkan tiada kesefahaman di antara pemain.....Sepatutnya dua perlawanan persehabatan terakhir itu jurulatih sudah ada satu pasukan yang mantap dan bersedia......klu sudsh xprimen sampai perlawanan persehabatan terakhir....macamana kesefahaman nak ada....amat kecewa cara jurulatih memantap harimau malaya.
Mohd Rani Mohd Tahir
Apa-apapun perlu menang perlawanan pertama menentang Singapura sebagai penyuntik semangat. Malaysia boleh!!!!
salim messi
Raja apa komen anda?ni masih skuad eksperimen lagi kerr??? x abis2 eksperimen, kalau main macam ni lah BUAT MALU JER!!!! (budak sekolah lagi bagus) compom memang xde harapan ler nak menang AFF 2012..usah bermimpi di siang hari.....jangan bagi banyak alasan raja,sebelum ni cakap bukan main lagi berlagak sombong.nah amik kau,sekarang ni baru nak glabah...
roslan lan
Datuk Raja, tolong jengok-jengoklah sikit pemain dari negeri di bawah bayu, jgn asyik-asyik muka tu jer...
ayam
manela tau mereka saje simpan kemampuan sebenar supaye nampak mcm lemah sebagai perang psikologi sebelum AFF....... xpon datuk K saje je supaye xde sorng pon injured sebelum AFF... kalau ade injured, kan masalah tuh.... Marilah kite bersangka baik kwn2 sume..... GO HARIMAU MALAYA!!!
apa sudah jadi? yang pasti group aku dah cancel turun stadium bukit jalil ahad ni.
melighani
ltu lah skuad 'terbaik' yang disediakan dari tahun 2011malalui eksperimen2 DRG..Jika di negara2 yang taraf bolasepaknya maju..,pasukan kebangsaannya akan didominasi oleh 3@4 pemain dalam kesebelasan utama di atas padang dari pasukan yang menonjol@menjuarai kejuaraan domistik secara konsisten utk 2@3 tahun di negara tersebut. Mereka ini selalunya akan menjadi 'play maker' dalam team d atas padang..Penganlisis bolasepak tanah air sering mengutarakan di media2 kenapa 'kebolehan' kuasa bolasepak tanah air masa kini tak 'diserapkan' kedlm pasukan kebangsaan..Kenapa DRG tak mahu buat eksperimen untuk ini..@ mungkin pemain kebangsaan sekarang ini tak mampu untuk 'mengikuti pergerakan2' pemain dari pasukan kuasa bolasepak tanah air masa kini. Buat lah perubahan wahai FAM..
Roti Planta
Berdasarkan prestasi semasa dan kualiti pemain yang mewakili negara maka keputusan mengikat Bangladesh 1-1 adalah kejayaan besar bagi Rajagopal. Peminat perlu berbangga dengan pencapaian tersebut.
iskendar
syabas HM kerana tidak tewas. Itulah lawan kita yang setaraf.
anti putar alam
rajagopal adalah jurulatih Malaysia yang paling pintar di abad ini.taktikalnya untuk mengelirukan musuh amat menjadi.ramai musuh2nya menjadi keliru dan yang paling menakutkan hingga menggelatarkan lutut pihak lawan ialah senjata rahsia yg akan digunakan rajagopal semasa kejohanan AFF nanti.sama2 kita tunggu kehebatan HARIMAU MALAYA .cukup mendebarkan!
Mabaloh Im.Tokoh
Mesej semakin jelas yg dipamerkan oleh pasukan bolasepak negara.Sehari sebelum friendly match ,couch DRG dlm satu kenyataan di berita harian yang mengatakan bahawa "inilah pasukan yg terbaik". Semoga tuah menyevelahi pasukan bolasepak negara.
jim
go harimau malaya go..
zainal
letak jawatan sj lah raja....bubar pemain dan cari pemain lain yg layak...permainnan yg paling memalukan di dunia mlm td....
kuda kepang
kecewa...! harapkan boleh belasah, rupanya seri... pertahanan masih senang bolos, midfield mcm xde idea, striker lemah, main mcm xde komunikasi. patutnya saling jerit satu sama lain utk kekal fokus. mcm ni boleh jd champion lg ke?
fendi
hmm...rasanya tidak salah melakukan eksperimen tapi tidak melibatkan perlawanan antarabangsa..kalau nk buat eksperimen buat secara tertutup lawan skuad negeri ke...
WR
lepas persembahan semalam, saya mula tertanya sama ada kemenangan kita dlm sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 hanya disebabkan nasib baik semata-mata...
tok janggut moden
firasat aku...jika gagal mempertahanlan piala aff..drg dah bolehlah lepaskan jawatan..
0 ulasan:
Catat Ulasan