Kosmo Online - Sukan |
- Thailand lancar perang psikologi
- Rolland kembali sertai LTdL 2013
- Nurul Sarah tak letak sebarang sasaran
Thailand lancar perang psikologi Posted: Thailand lancar perang psikologi
JURULATIH Thailand, Winfried Schafer melancarkan perang psikologi menjelang aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini. Schafer berkata, kejayaan Thailand menjadi juara Kumpulan A selepas mengutip sembilan mata maksimum mampu memberikan kelebihan kepada pasukannya untuk menempah slot ke final. Selain itu, beliau juga tanpa berselindung mengakui jentera serangan Harimau Malaya hanya bergantung kepada Mohd. Safee Sali semata-mata. Meskipun mengakui Malaysia selaku juara bertahan cukup garang ketika beraksi di depan penyokong sendiri, Schafer kekal optimis untuk memburu kemenangan selesa pada pertemuan tersebut sebelum kembali membuat perhitungan di Stadium Supachalasai, Bangkok empat hari kemudian. "Saya tahu Malaysia cukup kuat bila beraksi di depan penyokong sendiri. "Mereka telah membuktikannya selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan B. Jadi, sudah tentu ia bukan tugas mudah buat kami untuk mengatasi mereka Ahad ini," katanya yang dipetik daripada laman rasmi Piala Suzuki AFF 2012 semalam. | ||
Rolland kembali sertai LTdL 2013 Posted: Rolland kembali sertai LTdL 2013PELUMBA-PELUMBA Europcar sudah bersedia untuk menghadapi cabaran pada LTdL 2013. JAGUH peringkat pendakian pada kejohanan lumba basikal Jelajah Perancis, Pierre Rolland dijangka kembali menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bersama pasukan Europcar pada 21 Februari hingga 2 Mac depan. Rolland dari Perancis yang menamatkan saingan di tempat ke-10 keseluruhan pada Jelajah Perancis itu mengumumkan program awal 2013 dengan mengutamakan jelajah di Malaysia ini berbanding perlumbaan di negaranya sendiri. "Saya jatuh cinta dengan LTdL selepas pertama kali mengambil bahagian pada 2011," kata Rolland. Ketika itu, dia sedang berusaha untuk cuba menonjol selepas dua musim yang kurang menyerlah bersama pasukan Bouygues Telecom, selepas mula menjadi pelumba professional bersama pasukan Credit Agricole pada 2008. Muncul dengan gelaran Raja Bukit di Criterium du Dauphine dan menjadi anggota pasukan kebangsaan Perancis pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China, dia dianggap pakar pendaki yang mampu menggegar. LTdL 2011 adalah permulaan semula dalam kariernya. Dia melakukan serangan hampir setiap hari, meskipun di laluan landai kerana menyedari peluangnya untuk meraih kemenangan begitu terbatas. Dia berkayuh ke Genting Highlands secara solo sebelum diekori pelumba lain pada baki lima kilometer terakhir dan terpaksa berpuas hati di tempat ke-12. "Jika saya lebih arif dengan bentuk pendakian itu, saya mungkin akan bertindak secara berbeza," katanya. "Saya mahu kembali ke Malaysia dan memenangi pendakian ke puncak legenda itu." Disebabkan mengalami kecederaan pada Februari tahun lalu, dia terpaksa melupakan perlumbaan Paris-Nice, perlumbaan yang dianggapnya amat penting dalam persiapan menghadapi perlumbaan klasik musim panas dan Jelajah Perancis. Sebaik memenangi peringkat pendakian di banjaran Alpine di La Toussuire dan menamatkan saingan di tangga kelapan keseluruhan Jelajah Perancis 2012, dia mengubah fikiran terhadap Paris-Nice, sebaliknya memilih LTdL. "Melihat semula Pierre Rolland di LTdL adalah satu penghormatan besar. Kemenangannya sebagai Pelumba MudaTerbaik Jelajah Perancis 2011 adalah suatu pencapaian besar dan saya mahu melihatnya memenangi saingan di Malaysia," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL 2013, Emir Abdul Jalal. | ||
Nurul Sarah tak letak sebarang sasaran Posted: Nurul Sarah tak letak sebarang sasaranOleh HELMI TALKAH
ATLET pecut wanita negara, Nurul Sarah Abdul Kadir tidak meletakkan sebarang sasaran pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 di Vientiane, Laos yang akan bermula 12 hingga 20 Disember ini. Menurut Nurul Sarah, agak sukar untuk dirinya kembali berada pada tahap prestasi sebenar selepas setahun tidak menjalani latihan. "Saya hanya kembali menjalani latihan sebulan yang lalu. Itu pun ada juga saya tidak turun berlatih kerana komitmen terhadap pengajian saya di UPM (Universiti Putra Malaysia). "Sebab itu, saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran kerana saya sendiri belum pasti. Namun, saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk membantu kontinjen negara," kata Nurul Sarah ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pada penampilan keduanya di temasya AUG edisi ke-16 kali ini, Sarah akan mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter. Nurul Sarah berkata, dia akan lebih memberi keutamaan terhadap acara 200m kerana ia merupakan acara kegemarannya. "Saya memang gemar acara 200m tetapi jurulatih (Harun Rasheed Othman) mahu saya memberi fokus yang lebih dalam acara 100m. Namun, seperti yang saya katakan saya akan cuba memberikan aksi terbaik. "Saya menjadikan AUG kali ini sebagai platform untuk beraksi pada Sukan Universiti Dunia di Rusia tahun depan. Itu adalah fokus utama dan saya harap, saya mampu menunjukkan peningkatan prestasi," katanya yang memiliki catatan peribadi terbaik 24.10 saat dalam acara 200m. Sebagai rekod, Nurul Sarah berjaya meraih pingat emas dalam acara 4x100m pada AUG 2010 di Chiangmai, Thailand dua tahun lalu bersama rangkaian pelari terdiri daripada Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed dan Norjannah Hafiszah Jamaludin. Diminta mengulas mengenai barisan pencabarnya pada AUG di Vientiane, Nurul Sarah berkata: "Sudah pasti cabaran akan hadir daripada atlet-atlet Indonesia dan Thailand. "Saya menjangkakan alet dari kedua-dua negara tersebut yang melakar kejayaan di Chiangmai akan sekali lagi beraksi untuk AUG kali ini." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan