Republika Online

sumber :-

Republika Online


Mourinho Kembali Ke Inter?

Posted: 28 Mar 2012 01:07 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, -- Pelatih Real Madrid saat ini Jose Mourinho menolak jika dikatakan telah mengesampingkan kembali ke "rumanhnya" di Inter Milan. Pelatih asal Portugal ini pernah membawa La Beneamata tiga kali juara Serie A pada 2010 sebelum memutuskan untuk hijrah ke Santiago Bernabeu.

Pelatih yang dijuluki The Special One ini dikabarkan akan hengkang dari Real Madrid akhir musim. Dan pernyataannya baru-baru ini membakar spekulasi kembalinya membesut I Nerazzurri. Mourinho mengakui dirinya sangat mungkin bergabung kembali dengan Inter, dengan satu syarat jika mantan direktur teknis sekaligus mantan pelatih Inter Milan periode 70-80-an Gabriele Oriali juga kembali.

"Inter adalah rumah saya, kembali ke rumah selalu memungkinkan. Sama dengan 'Lele' dia juga harus kembali ke rumah," katanya kepada Sky Sport Italia, Rabu (28/3).

Senin lalu (26/3), Inter Milan baru saja menunjuk mantan manajer pemain muda Andrea Stramacciono menjadi manajer hingga akhir musim, pasca pemecatan manajer Claudio Ranieri yang bertahan di tengah musim yang mengecewakan.

Mou mengatakan turut bersedih dengan apa yang dialami Ranieri, namun menegaskan kondisi sepak bola berjalan sebagaimana seharusnya. Saat ada hal-hal yang salah dengan permainanan anak asuhannya, pelatih selalu disalahkan.

"Seperti semua fans Inter, saya ingin Stramaccioni melakukan tugasnya dengan baik," ungkapnya.

Wow! Empat Pemain Indonesia akan Adu Nasib di Juventus Junior

Posted: 28 Mar 2012 12:34 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA -- Empat orang pemain Indonesia akan menjajal kesempatan mengikuti seleksi Juventus junior. Keempat pemain ini adalah Triaji Nugroho, Afif Afiandi, Hendra Pamugkas, dan Darryl Darrent. Mereka adalah pemain berusia 17 tahun yang kini sedang menempa ilmu sepak bola di Liverpool Collage.

"Mulai hari ini mereka akan dilatih oleh pelatih dari Italia. Mereka akan dipersiapkan untuk disalurkan ke sejumlah tim junior, salah satunya Juventus," ujar Rayana Djakasurya yang jadi promotor keempat keempat pemain.

Rayana menambahkan, pihaknya sudah menjalin kontak dengan Juventus Junior. Namun diterima atau tidaknya Afif Afiandi cs tergantung pada performa mereka yang kini sedang diuji oleh pelatih dan pemandu bakat asal Italia. "Kita harapkan mereka bisa disalurkan ke Italia, Spanyol, atau Inggris," ujarnya.

Menurut Rayana, pemain Indonesia perlu sejak dini menimba ilmu di sepak bola Eropa. Hal itu, lanjut dia, akan lebih bermanfaat ketimbang menawarkan pemain level senior untuk mengadu nasib di klub asing.

Dia menilai, dengan banyaknya pemain disebar ke klub Eropa akan meningkatkan kualitas sepak bola Indonesia. "Karena pemain bisa mempelajari seluruh paket dari sepak bola modern. Yang paling penting mereka mempelajari budaya disiplin sepak bola," urainya.

Budaya inilah yang dinilai Rayana belum dimiliki pemain sepak bola Indonesia. Sehingga tak heran prestasi timnas jalan ditempat. "Mereka harus belajar mengatur makan, tidur tepat waktu, dan hal kedisiplinan yang lain. Selama ini hal itu tidak diperhatikan oleh klub Indonesia," tegasnya.

Menurut Rayana akan lebih efektif jika pemain sepak bola Indonesia yang akan menjalani program di luar negeri, di sebar ke klub berbeda. Menurutnya, jika pemain Indonesia dikirim dalam satu tim dan berkompetisi di luar, hal itu tidak banyak membantu mereka merubah budaya.

"Mereka harus terbiasa dengan budaya disiplin yang selama ini diterapkan pemain Eropa," pungkas Rayana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Azzuddin lepas, Annuar sangkut

Posted: 27 Mar 2012 10:19 AM PDT

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu.

Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.


"Merujuk kepada Artikel 88 bagi peraturan 2010-2014 FAM yang hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung boleh membuat kenyataan, kita tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadap Datuk Azzuddin.

"Kami sudah berbincang dan meneliti kenyataan yang dibuat Datuk Azzuddin dan ternyata kenyataannya tidak melanggar kod Tatatertib 4.5.8 FAM.


"Kenyataan beliau tidak menjurus kepada unsur-unsur menghina atau menjejaskan imej Persatuan Bola Sepak Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


Sebelum ini jawatankuasa itu didesak supaya berlaku adil dengan mengkaji untuk membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin yang mengkritik kegagalan skuad Olimpik negara pada 16 Mac lalu selepas Annuar disabitkan dengan dua pertuduhan kerana mengkritik kemerosotan prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun kes Annuar tetap dibicarakan dengan pihak Jawatankuasa Tatatertib sedia menangguhkan hari perbicaraan yang sepatutnya diadakan esok bagi memberi ruang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu membuat pembelaan.


"Tan Sri Annuar sudah menghantar surat meminta menangguhkan perbicaraan itu kerana tidak dapat hadir atas sebab perlu menghadiri satu majlis bersama Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) jadi kami setuju menunda kepada 4 April.

"Sebenarnya kami boleh meneruskan perbicaraan itu tanpa memanggilnya kerana beliau sudah menjawab surat pembelaan namun kami masih bertimbang rasa dan tetap memberi peluang kepadanya untuk hadir pada hari perbicaraan," kata Taufek.


Namun ketika ditanya, adakah kehadiran Annuar diperlukan kerana hujah pembelaannya dalam surat yang dihantar sebelum ini tidak boleh diguna pakai, Taufek menjawab: "Saya tidak boleh komen perkara itu, tunggu 4 April, jawatankuasa akan menilainya."


Taufek kemudian turut ditanya adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin akan dibicarakan kerana secara lantang bersuara supaya FAM bersikap lebih terbuka tapi beliau menjelaskan kenyataan Zainol itu sekadar pandangan peribadi serta tidak perlu dikenakan tindakan.


Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib semalam turut membicarakan kes salah laku pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM3,000 atas kesalahan menarik telinga penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad dan menolak pipi S Sivanesan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Super pada 21 Januari lalu.



Kedah menjadi

Posted: 27 Mar 2012 10:12 AM PDT

PEMAIN import dari Ghana, Hamidan Mohammed membuktikan khidmatnya masih diperlukan Kedah apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan T-Team, 2-1 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Kedah yang berputih mata kerana mensia-siakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri ketika seri tanpa jaringan pada pertemuan suku akhir pertama sebelum ini memulakan asakan menerusi percubaan pemain tengah Mohd Faizal Abu Bakar namun rembatan leretnya di awal permainan sedikit tersasar.


Namun penguasaan pasukan pelawat mula kendur apabila T-Team yang dikendalikan Yunus Alif mula melancarkan asakan yang digerakkan ketua pasukan, Zairo Anuar Zalani.

Zairo hampir meletakkan pasukan tuan rumah di depan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias yang menepis bola sepakan percuma pada minit ke-37.


Bersambung babak kedua, permainan bertambah rancak dengan Kedah terlebih dulu mengancam menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti pemain import Perancis, Abdulfatah Safi, namun penjaga gol T-Team, Mohd Syamsuri Mustafa sudah bersedia lebih awal.


Serangan balas anak buah Wan Jamak Wan Hassan pada minit ke-65 akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran Safi berjaya dikawal baik Hamidan Mohammed dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan menewaskan Syamsuri.

Kelebihan satu gol itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain tengah, Azrul Hazran Amiludin Baki yang tidak dikawal, mudah menolak bola ke dalam gawang Kedah untuk menyamakan kedudukan empat minit kemudian.


Namun Hamidan, yang menerima amaran keras kemungkinan digugurkan pihak pengurusan Kedah kerana aksi hambar sebelum ini, menyumbat gol kemenangan pada minit ke-81 selepas menanduk masuk hantaran Safi dari sebelah kanan.

Agregat 2-1 sudah memadai untuk membawa Kedah ke separuh akhir menentang Kelantan pada 21 April ini selepas pasukan gergasi Pantai Timur itu menewaskan KL SPA menerusi agregat 5-0.


Satu lagi perlawanan separuh akhir menemukan Terengganu dengan Sime Darby FC. Terengganu menang dengan agregat 1-0 ke atas LionsXII selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Singapura, malam tadi. Sime Darby pula menewaskan tuan rumah, Johor FC, 2-1 di Pasir Gudang untuk mara dengan agregat 5-3.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kedah benam T-Team

Posted: 27 Mar 2012 02:45 PM PDT

Sukan

 PEMAIN Kedah, Khairul Helmi (tengah) berjaya menyelamatkan keadaan dengan menanduk bola keluar   di depan pintu gol Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

PEMAIN Kedah, Khairul Helmi (tengah) berjaya menyelamatkan keadaan dengan menanduk bola keluar di depan pintu gol Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

DUA kejutan berlaku apabila pasukan tangga ketiga tercorot Liga Super, Kedah berjaya menyingkirkan T-Team manakala kelab Liga Perdana, Sime Darby memalukan Johor FC pada aksi suku akhir kedua Piala FA, malam tadi.

Kedah mara ke separuh akhir untuk bertemu Kelantan dengan agregat 2-1 selepas menewaskan T-Team di Kuala Terengganu manakala Sime Darby mara dengan agregat 5-3 selepas menewaskan Johor FC 2-1 di Pasir Gudang untuk berdepan juara bertahan, Terengganu.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, penyerang import dari Ghana, Hamidan Mohammed muncul wira apabila dua jaringannya membantu kemaraan Kedah. Aksi separuh pertama dikuasai Kedah tetapi kekebalan barisan pertahanan T-Team dikemudikan pemain import, Bojan Petric berjaya menyekat asakan barisan serangan pasukan pelawat itu

Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Hamidan tenang melakukan rembatan kaki kiri menewaskan Syamsuri Mustafa tetapi ia hanya bertahan empat minit apabila T-Team menyamakan kedudukan hasil tolakan Azrul Hazran Amiludin Baki depan pintu gol Kedah.

Namun, Hamidan memastikan Kedah menempah slot ke separuh akhir dengan menanduk masuk hantaran lintang Abdelfatah Safi pada minit ke-80 untuk gol kemenangan pasukannya.

Di Stadium Pasir Gudang, Sime Darby bimbingan Ismail Zakaria selesa mendahului 2-0 hasil dua jaringan penyerang import dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit kedua dan ke-20 sebelum Johor FC mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti Fauzi Shaari pada minit ke-77.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

man

thaniah sime darby ....teruskan perjuangan anda terbaik....


Kelantan tepati ramalan layak separuh akhir

Posted: 27 Mar 2012 02:44 PM PDT

Sukan

FINALIS tahun lalu, Kelantan berjaya menepati ramalan melangkah ke separuh akhir apabila mudah mengetepikan cabaran pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan kemenangan 2-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Selepas mengatasi lawan 3-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kejayaan anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat, 5-0.

Walaupun memiliki bekalan selesa namun The Red Warriors masih bernafsu untuk terus mencari gol dan pada minit ke-9 mereka hampir menjaringkan gol pertama tapi gagal disudahkan dengan baik Norfarhan Mohamad. Selepas 16 minit aksi separuh masa pertama, tuan rumah berjaya mengukuhkan apabila bola muntah Nwoha yang terkena tiang sebelah kanan gawang SPA FC berjaya disempurnakan dengan baik Norfarhan untuk menewaskan M Nuraizat Abdul Aziz.

Selepas rehat, Nwoha berpeluang mencatat namanya sebagai penjaring namun sepakan penalti ke sebelah kiri sekali lagi singgah di tiang gol.

Bagaimana pun, pada minit ke-71 penyerang kontroversi Kelantan itu cepat menutup kegagalannya apabila berjaya menjaringkan gol kedua tuan rumah sekali gus mengukuhkan kedudukan agregat 5-0.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu, Kelantan gah

Posted:

Terengganu, Kelantan gah


Pemain Johor FC, Mohd. Haris Safwan (kanan) diasak pemain Sime Darby, Sengbah Kennedy dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Pasir Gudang, Johor, semalam. Sime Darby menang 2-1. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid


KUALA LUMPUR - Juara dan naib juara 2011, Terengganu dan Kelantan semakin hampir untuk mengulangi pertembungan musim lalu apabila masing-masing melangkah ke separuh akhir bola sepak Piala FA dengan kemenangan pada suku akhir kedua, semalam.

Terengganu mengikat pendatang baru pertandingan kalah mati kebangsaan ini dari Singapura, Lions XII tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar dekat republik itu untuk mengekalkan kedudukan pendahuluan agregat dari suku akhir pertama di Kuala Terengganu, 1-0.

Si Kijang, jiran di Pantai Timur pula mara dengan begitu selesa ketika membenam kelab Kuala Lumpur, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas mendahului 3-0 pada suku akhir pertama.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Danyal sedia tanding jawatan Presiden KOM

Posted:

Danyal sedia tanding jawatan Presiden KOM

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah sedia menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) jika memperoleh pencalonan daripada Ahli Majlis.

Kata Danyal, rasa cinta pada sukan olahraga serta tidak mahu melihat sukan asas itu terus merudum kerana kontroversi membuatkan dirinya terpanggil untuk kembali bersama KOM.

Danyal yang juga bekas Timbalan Presiden KOM suatu ketika dahulu turut sedia membuka kembali program pembangunan olahraga untuk 10 tahun yang dirancangnya pada 2002 sebagai penawar buat sukan olahraga tanah air.

"Saya bukan mahu mencabar mana-mana pihak cuma saya harap dapat kembali menyertai KOM seandainya ada pihak yang betul-betul mahukan khidmat saya.

"Terlalu banyak yang telah berlaku dan sudah tiba masanya sukan olahraga melakukan pembaharuan untuk kecemerlangan di masa akan datang," kata Danyal.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Jakdrift SlideFest 2012, Satukan Drifter Profesional dan Pemula

Posted: 27 Mar 2012 02:33 PM PDT

SPORTKU.COM - Menyatukan para drifter dari kelas pemula hingga profesional merupaka tujuan diselenggarakannya Jakdrift Slidefest.

Suasana briefing para drifter di Jakdrift SlideFest yang digelar di JIEXPO Kemayoran, 24-25 Maret 2012Drifting, driftbash enterprises, underfive, jakdrift slidefest, banana auto, JAKDRIFT, video

JIEXPO Kemayoran (24-25 Maret 2012) menjadi saksi bisu kemeriahan Jakdrift Slidefest yang digagas oleh Driftbash Enterprise, Underfive serta Banana Auto.

Panasnya terik matahari tidak menyurutkan antusias peserta untuk ikut meramaikan event yang bertema 'New Seaseon, New Concept and New Environment'.

Jakdrift SlideFest yang digelar di JIEXPO Kemayoran, 24-25 Maret 2012GT radial, jakdrift slidefest, Drifting, driftbash enterprises, underfive, banana auto, gt radial drift team, achilles drift team

"Jakdrift Slidefest sendiri merupakan event untuk simulasi dalam berkompetisi drifting," jelas Lucky Reza salah satu koordinator event. Track berbentuk 'Donut' maupun berbentuk eight (angka 8) dan track tandem yang menantang juga menjadi penyemangat para drifter.

Tidak cuma drifter pemula saja yang tampil dalam Jakdrift Slidefest, tampak drifter-drifter pro bentukan dua buah pabrikan ban terkemuka di tanah air yakni GT Radial Drift Team dan Achilles Drift Team ikut menurunkan drifter andalan mereka.

Jakdrift SlideFest yang digelar di JIEXPO Kemayoran, 24-25 Maret 2012GT radial, jakdrift slidefest, Drifting, driftbash enterprises, underfive, banana auto, gt radial drift team, achilles drift team

Tim Anker Sport Drift Team pun seakan tidak mau mengalah, turut menurunkan dua drifter andalan baru mereka yaitu Hendriko dan M. Alamsyah yang langsung memproklamirkan diri untuk menjadi pesaing di kompetisi drifting tanah air.

Target dalam acara Jakdrift Slidefest tidak lain untuk lebih memperkenalkan dunia drifting kepada masyarakat yang belum memahami dunia drifting.

Jakdrift SlideFest yang digelar di JIEXPO Kemayoran, 24-25 Maret 2012GT radial, jakdrift slidefest, Drifting, driftbash enterprises, underfive, banana auto, gt radial drift team, achilles drift team

GT radial, jakdrift slidefest, Drifting, driftbash enterprises, underfive, banana auto, gt radial drift team, achilles drift team

Muggsy Bogues Pemain Terpendek Dalam Sejarah NBA

Posted: 27 Mar 2012 11:18 AM PDT

SPORTKU.COM - Muggsy Bogues pemain terpendek dalam sejarah NBA. Tinggi badan memang merupakan salah satu aspek penting dalam olahraga basket. Namun pada tahun 90-an mitos tersebut dipatahkan oleh seorang pebasket NBA, Tyrone Curtis Bogues.

'Hanya' dengan tinggi badan 165 cm [5 foot 3 inch], dirinya menjadi seperti David yang berusaha mengalahkan Goliath. Gesit dan lincah di lapangan menjadikan point guard andalan Charlotte Hornets ini sebagai pemain terpendek dalam sejarah NBA.

Semula tidak banyak yang menyangka jika pria kelahiran Baltimore, Maryland pada tanggal 9 Januari 1965 itu akan menjadi pemain bintang. Berasal dari keluarga miskin membuatnya kerap kesulitan beradaptasi saat bergaul di bawah tekanan kehidupan perguruan tinggi.

Kehidupan masa lalunya terasa begitu kelam. pada usia 12 tahun dirinya harus melihat sang ayah dipenjara akibat perampokan. "I grew up as hard as you can get it," ujarnya kepada Bruce Newman dari Sports Illustrated.

Pemain dengan nama tenar Muggsy Bogues ini mengawali karir profesionalnya untuk Washington Bullets kemudian pindah ke Charlotte Hornets. Bersama Hornets ia menghabiskan masa keemasannya dengan membawa Hornets masuk playoff untuk pertama kalinya pada musim 92/93.

Pada musim 97/98 dirinya memutuskan untuk pindah ke klub Golden State Warriors. Cedera yang menghantamnya membuat kontribusinya tidak maksimal di klub barunya ini. Dan, di Toronto Raptors ia mengakhiri karier profesionalnya di NBA.

Saat ini kecintaannya terhadap olahraga basket tidak pernah pudar, ia tetap memilih basket sebagai tumpuan hidupnya dengan menjadi pelatih untuk Charlotte Sting, salah satu klub WNBA. Postur tubuh dan latar belakang kehidupan yang merupakan kekurangannya rupanya tidak dijadikan alasan baginya untuk terus melayang di udara.

Video courtesy of Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=GhCw_7IIjIY

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindikasi bola.okezone.com

sumber :-

Sindikasi bola.okezone.com


Sengit, Laga Masih Imbang

Posted: 27 Mar 2012 12:33 PM PDT

LISBON – Benfica masih bermain imbang tanpa gol di babak pertama melawan Chelsea dalam leg pertama perempat final Liga Champions, Rabu (28/3/2012). Meskipun, kedua tim terlibat jual beli serangan dengan cukup sengit.

Bertandang ke markas Benfica, Estadio Da Luz, Chelsea langsung berinisiatif lakukan serangan sejak kick-off babak pertama dimulai dan secara Benfica melayaninya dengan permainan terbuka. Alhasil, jual beli serangan terjadi di menit-menit awal babak pertama.

Peluang tuan rumah tercipta di menit 18 melalui Oscar Cardozo yang lolos dari barisan belakang The Blues. Sayang, ketika sudah berhadapan dengan kiper Petr Cech tendangannya malah menyamping dari gawang Chelsea.

Memasuki pertengahan babak pertama tim tuan rumah lebih menguasai jalannya pertandingan. The Eagles juga mampu memberikan tekanan yang cukup sering ke daerah pertahanan The Blues.

Sedangkan, Chelsea lebih mengandalkan serangan balik melalui Juan Mata. Tetapi, Fernando Torres masih belum bisa menyelesaikan dengan baik.

Tim tuan rumah malah kembali membuka peluang mencetak gol terlebih dahulu di menit ke-31. Maximiliano Pereira sukses menerobos barisan belakang The Blues melalui sektor kanan.  Namun, tendangannya masih bisa dimentahkan oleh mantan pemain Benfica, David Luiz.

Menit ke-35 Benfica kembali membuat peluang mencetak gol, kini giliran Bruno Cesar yang melakukan tendangan keras dari luar kotak penalti. Tapi, tendangannya malah melambung tinggi ke atas gawang Cech.

Selang tiga menit Torres hampir saja membuat The Blues unggul, jika saja tendangannya tidak menyamping dari gawang Benfica yang dikawal oleh Artur Moraes. Anak asuhan Roberto Di Matteo seperti kesulitan menembus pertahanan The Eagles.

Yang membuat mereka melakukan tendangan-tendangan langsung dari luar kotak penalti. Seperti yang dilakukan oleh Raul Meireles di menit ke-40, beruntung kiper Moraes dengan sigap mampu menangkapnya.

Di menit terakhir Salomon Kalou melanggar pemain Benfica, Cesar di luar kotak penalti. Namun, Cesar yang mengeksekusi tendangan bebas tersebut gagal memanfaatkannya dengan baik.

Tendangan bebas tersebut sekaligus menjadi peluang terakhir dari Benfica di babak pertama. Hingga usai babak pertama kedudukan masih skor kacamata alias, 0-0.

Susunan Pemain:
Benfica:
1 Artur Moraes; 4 Luisao, 3 Emerson, 14 Maximiliano Pereira, 33 Jardel, 10 Pablo Aimar, 6 Javi Garcia, 28 Axel Witsel, 20 Nicolas Gaitan, 8 Bruno Cesar, 7 Oscar. Cardozo.

Chelsea: 1 Petr Cech, 3 Ashley Cole, 26 John Terry, 19 Paulo Ferreira, 4 David Luiz, 12 J. Obi Mikel, 16 Raul Meireles, 7 Ramires, 9 Fernando Torres, 21 Salomon. Kalou, 10 Juan Mata.
(min)

Conte: Finis Runner-up, Sudah Fantastis

Posted: 27 Mar 2012 12:25 PM PDT

TURIN – AC Milan dan Juventus kini tengah bersaing untuk meraih gelar scudetto pada musim ini. Namun, pelatih Juventus Antonio Conte mengaku skuadnya cukup sulit untuk mengejar empat poin yang dimiliki Milan.

I Rossoneri saat ini tengah nyaman di posisi puncak klasemen sementara Serie A dengan raihan 63 poin. Sedangkan, Bianconeri berada di bawahnya dengan jumlah 59 poin dan selisih empat poin dari Milan.

Meski selisih poin tidak terlalu banyak, Conte merasa bila Milan memiliki kekuatan lebih dalam meraih gelar juara pada musim ini. Terlebih, usai sukses menaklukan AS Roma dengan kondisi pemainnya yang banyak dibekap cedera.

"Milan memiliki tim yang berisikan pemain hebat, dan nyatanya lebih baik dibandingkan (klub-klub) yang lain. Mereka telah membuktikannya, meski banyak yang cedera dan yang terakhir mendekap Thiago Silva, namun mereka tetap bisa menjaga performa dengan baik di liga," jelasnya. Seperti dilansir AFP, Rabu (28/3/2012).

Melihat kondisi seperti itu mantan pelatih Siena ini mengaku bila timnya meraih posisi runner-up di Serie A sudah menjadi pencapaian yang fantastis. Namun, ia sendiri tetap mengharapkan Milan terpeleset di beberapa laga terakhirnya.

"Kita masih harus melanjutkan perjuangan ini, kita belum terkalahkan (di liga) dan itu hebat. Kita akan memberikan yang terbaik dari tim, pasalnya kita masih berada di dua turnamen musim ini," ujarnya.

"Pertama adalah Coppa Italia dan kita sudah tampil maksimal dengan melaju ke babak final. Di liga kita akan mencoba mengamankan peringkat, yang mana itu juga akan menjadi hal gemilang. Tetapi, bila Milan terjatuh, kita bisa memanfaatkannya," pungkasnya. (min)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANTARA - Olahraga

sumber :-

ANTARA - Olahraga


Stramaccioni bicara soal pekerjaan impiannya di Inter

Posted: 27 Mar 2012 01:24 PM PDT

Milan (ANTARA News) - Pelatih Inter Milan yang baru, Andrea Stramaccioni, berbicara mengenai kenikmatannya mewujudkan pekerjaan impian, Selasa, setelah direkrut untuk menggantikan Claudio Ranieri yang dipecat.

Stramaccioni (36) melatih tim primavera Inter pada kejuaraan Liga Champions U-19 melawan Ajax Amsterdam di London pada pekan lalu, lapor AFP.

Namun ia kemudian menjadi pilihan mengejutkan yang diambil oleh presiden klub, Massimo Moratti, untuk menggantikan Ranieri, meski dirinya tidak memiliki pengalaman melatih tim utama.

Ia bahkan lebih muda daripada beberapa pemain Inter, seperti kapten Inter, Javier Zanetti, yang berusia 38 tahun.

"Ini merupakan impian hebat sebab kami datang dari kemenangan di London, yang sekarang terlihat seperti sudah (berlalu) beberapa bulan yang lalu, terhadap apa yang terjadi beberapa jam terakhir," kata Stramaccioni pada perkenalan resminya, Selasa.

"Ini benar-benar panggilan telepon yang tidak terduga, sebuah impian bahwa presiden Moratti telah memperkenalkan saya, dan saya berharap dapat menghormatinya."

"Ini adalah dunia lain. Tim utama berjarak beberapa tahun cahaya dari tim muda."

"Bagi saya merupakan suatu kehormatan untuk melatih juara hebat ini. Untuk berkata bahwa saya takut akan menjadi tidak akurat. Saya hanya memikirkan bekerja keras."

Karir bermain Stramaccioni berakhir dini karena cedera parah yang ia alami ketika bermain di Bologna pada divisi ketiga.

Ia kemudian melatih beberapa tim amatir dan tim muda, termasuk AS Roma, sebelum melatih Inter U-17.

Tujuh bulan silam, ia pindah ke Inter untuk melatih tim muda di sini.

Meski langkah ini belum pernah terjadi sebelumnya, Stramaccioni berkata bahwa dirinya siap untuk pertandingan pertamanya sebagai pelatih Inter.

"Sejak saat ini sampai Minggu, melawan Genoa, kami perlu memperlihatkan hasrat untuk mendapatkan hasil-hasil," ucapnya.

"Saat ini tidak ada keperluan untuk menyiapkan tujuan jangka panjang, kami harus memikirkan hal itu pada pertandingan selanjutnya. Kami tidak akan membuat prediksi-prediksi, kami akan bersiap untuk setiap pertandingan yang akan datang."

"Saya memiliki keyakinan pada para pemain, terhadap klub dan pada diriku sendiriku. Para pemain di tim ini harus menuliskan halaman-halaman penting pada sejarah sepak bola kami."

"Saya harus mendapatkan ide-ide yang telah membawa saya ke titik ini. Tanpa menempatkan titik yang terlalu bagus di atasnya, saya sudah mendapat keyakinan besar."

Ia bahkan mendapat dukungan dari mantan pemain Inter dan penyerang Manchester City, Mario Balotelli, yang berharap sang pelatih baru akan mendapat hasil bagus dan muncul di ruangan konferensi pers untuk memberi salam pada mantan rekan-rekan setimnya.

Ranieri harus membayar atas laju Inter yang hanya meraih satu kemenangan dari sepuluh pertandingan liga - meski mereka meraih sembilan kemenangan dari sepuluh pertandingan sebelumnya - yang membuat Tim Hitam-Biru terpuruk ke peringkat kedelapan di klasemen dan terpaut sepuluh poin dari zona Liga Champions.

Selama perjalanan tersebut, Inter juga tersingkir di Liga Champions dan Piala Italia.

Mereka menghadapi pertempuran sulit untuk memastikan diri berkompetisi di Liga Europa musim mendatang.

Moratti masih memberikan dukungan untuk Ranieri pada Senin sore, namun Inter mengumumkan pada malam hari bahwa sang pelatih telah dipecat. (RF/I015)

Editor: B Kunto Wibisono

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

Mario Goetze perpanjang kontrak di Dortmund dua tahun

Posted: 27 Mar 2012 12:18 PM PDT

Berlin (ANTARA News) - Gelandang papan atas Jerman, Mario Goetze, memberi suntikan moral bagi juara Liga Jerman, Borussia Dortmund, Selasa, dengan menandatangani perpanjangan dua tahun kontraknya saat ini.

Goetze (19) - yang sempat diisukan menolak tawaran transfer senilai 40 juta euro yang ditawarkan Arsenal musim panas lalu - berkomitmen untuk membela Dortmund sampai Juni 2016, lapor AFP.

"Semua orang tahu bagaimana bagusnya perasaan saya di Dortmund," kata Goetze, yang telah berada di klub tersebut sejak berusia sembilan tahun, dan melakukan debut seniornya saat berusia 17 tahun.

Keputusan Goetze untuk bertahan membuat Dortmund akan memiliki dua bintang muda paling bertalenta di Jerman pada musim depan, dengan akan bergabungnya Marco Reus dari Borussia Moenchengladbach.

Goetze akan kembali bergabung dengan tim utama, paling lambat pada 11 April ketika pemuncak klasemen liga tersebut menghadapi Bayern Muenchen, setelah ia menepi sejak Januari akibat cedera tulang pinggang.

Dortmund memegang keunggulan lima poin atas Bayern menjelang pertandingan akhir pekan ini, di mana mereka akan menjamu VfB Stuttgart pada Jumat.  (RF/I015)

Editor: B Kunto Wibisono

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOMPASbola

sumber :-

KOMPASbola


Chiellini Dukung Milan di Liga Champions

Posted: 27 Mar 2012 06:22 PM PDT

TURIN, KOMPAS.com- Bek Juventus, Giorgio Chiellini, berharap AC Milan dapat mengalahkan Barcelona dan melaju ke babak semifinal Liga Champions. Sementara untuk timnya, menurutnya harus fokus pada Liga Serie-A Italia.

Chiellini mengatakan, dirinya akan mendukung AC Milan pada pertandingan leg pertama perempat final Liga Champions, Rabu atau Kamis (29/3/2012) dini hari WIB, melawan Barcelona. Milan merupakan satu-satunya wakil Italia yang tersisa di Liga Champions musim ini. Maka, Chiellini mendukung Milan untuk mengandaskan Barcelona dan berharap mereka akan terus melaju hingga babak final.

"Setiap penggemar pasti akan menyaksikan pertandingan pada hari Rabu besok. Bagi kami dari Italia, itu akan menjadi hal yang baik jika Milan bisa melaju terus ke babak selanjutnya di Liga Champions. Sebab, mereka merupakan satu-satunya tim dari Italia yang masih tersisa," ujar Chiellini seperti dilansir Goal.com.

Namun, terlepas dari itu, pemain berusia 27 tahun itu mendesak agar Juventus tidak dalan tekanan ketika Milan mendapatkan hasil yang baik di liga. Saat ini "Si Nyonya Tua" masih terpaut empat poin dari Milan dengan sembilan pertandingan tersisa.

Chiellini pun mengatakan, Juve harus memenangkan setiap pertandingan sisa. Namun, jika Milan terus berada pada performa terbaiknya, bukan tidak mungkin mereka akan menjuarai Liga Serie-A musim ini.

"Kami harus berpikir untuk memenangkan setiap pertandingan yang kami jalani, meskipun hal itu tidak akan mudah. Sisanya akan tergantung pada apa yang akan dilakukan Milan. Jika Milan terus menerus bermain baik, bukan tidak mungkin mereka akan juara musim ini," tuturnya.

"Skrtel Pemain Terbaik Liverpool Musim Ini"

Posted: 27 Mar 2012 06:17 PM PDT

LIVERPOOL, KOMPAS.com - Bek Liverpool, Dadiel Agger, memberikan pujian rekannya sesama defender, Martin Skrtel. Baginya, pemain berusia 27 tahun tersebut merupakan pemain terbaik "The Reds" musim ini.

Penampilan pemain asal Slovakia itu di musim 2011-12 memang terbilang cukup bagus. Ia mampu menggeser posisi Jamie Carragher yang sebelumnya kerap dipercaya dari musim ke musim untuk mengawal jantung pertahanan klub asal Merseyside ini. Namun, musim ini Skrtel yang senantiasa tampil sebagai pemain utama.

"Kualitasnya (Martin) tidak bisa diragukan lagi. Aku tidak berpikir ada pilihan lain. Dia telah begitu konsisten. Aku tidak yakin berapa tahun lagi dia ada di sini, tapi dia membaik setiap musimnya," ungkap pemain berusia 27 tahun ini.

"Tahun ini ia telah menjadi lebih baik dan semakin baik. Aku kira dalam pertandingan yang paling hebat, dialah orangnya," tegasnya kemudian.

Musim ini Skrtel telah tampil hampir di semua laga yang dijalankan Liverpool. Dalam 30 laga yang ditandingkan, Skrtel hanya tidak bermain dua kali.

Liverpool saat ini menduduki posisi ketujuh klasemen sementara dengan 42 poin. Meski begitu, "The Reds" menduduki urutan ketiga sebagai klub paling sedikit kebobolan (31 gol), di belakang Manchester City (22 gol) dan Manchseter United (27 gol).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

detikcom

sumber :-

detikcom


Stramaccioni Beri Kesempatan ke Pemain-pemain Muda Inter

Posted: 27 Mar 2012 11:08 AM PDT

Milan - Tak lama setelah ditunjuk sebagai pelatih baru Inter Milan, Andrea Stramaccioni mulai mengungkapkan rencananya untuk meremajakan skuad Nerazzurri. Dia berencana mempromosikan para pemain mudanya.

Stramaccioni dipercaya untuk menduduki kursi panas pelatih Inter setelah Claudio Ranieri dipecat. Pria 36 tahun ini naik jabatan setelah sukses mengantarkan tim Primavera Inter memenangi Next Gen Series Trophy -- Liga Champions untuk tim junior U-19.

Tugas berat sudah menanti Stramaccioni. Dia diharapkan bisa mengembalikan La Baneamata ke jalur kemenangan demi satu tiket ke kompetisi Eropa musim depan.

Langkah pertama yang dilakukan Stramaccioni adalah memasukkan sejumlah pemain muda ke tim utama Inter, yang saat ini didominasi pemain-pemain berumur. Di sesi latihan pertama yang dipimpinnya, dia sudah mempromosikan Andrea Romano, Ibrahima M'Baye, dan Marko Livaja.

"Orang-orang muda adalah aset dan klub bersama pelatih akan memutuskan bagaimana cara terbaik untuk mengelola mereka," ungkap Stramaccioni seperti dikutip Reuters.

"Penilaian tentang kapan dan bagaimana melakukannya merupakan hal yang penting dan sulit karena Anda bisa mengambil risiko dan memaksakan evolusi seorang pemain muda. Tapi, saya pikir Presiden (Massimo Moratti) sudah memberi sebuah sinyal," katanya.


( mfi / roz )

Pemuda 21 Tahun Dipenjara Akibat Ejek Muamba

Posted: 27 Mar 2012 10:49 AM PDT

Swansea - Liam Stacey, seorang mahasiswa berusia 21 tahun, harus mendekam di penjara selama sebulan lebih akibat komentarnya terhadap Fabrice Muamba. Stacey mengejek Muamba yang ketika itu tengah terkapar di lapangan.

Pada pertandingan perempatfinal Piala FA antara Tottenham Hotspur vs Bolton Wanderers di White Hart Lane, Sabtu (17/3/2012), Muamba terjatuh dan tak sadarkan diri di lapangan lima menit menjelang akhir babak pertama. Ia kemudian mendapatkan perawatan selama beberapa menit di lapangan sebelum akhirnya dilarikan ke rumah sakit.

Peristiwa itu membuat seluruh White Hart Lane terdiam. Para pemain kedua tim terlihat syok saat Muamba ditangani tim medis. Suporter Tottenham pun ikut menyaksikan dengan wajah penuh kegetiran, sementara beberapa di antaranya terlihat menangis. Penonton kemudian bertepuk tangan ketika pertandingan dihentikan, memberi aplus untuk Muamba.

Stacey yang juga menyaksikan kejadian tersebut lantas berkomentar melalui akun Twitter pribadinya. "LOL (tertawa kencang, red). **** Muamba. He's dead!!!" tulisnya.

Komentar tersebut tentu saja mengundang banyak protes pengguna lain dari situs jejaring sosial tersebut. Namun, bukannya meminta maaf, Stacey dikabarkan malah melawan orang-orang yang mengkritiknya dengan komentar-komentar ofensif. Polisi kemudian terlibat dalam kasus ini setelah mendapatkan berbagai laporan mengenai sikap dan komentar mahasiswa Universitas Swansea tersebut.

Stacey diadili, dan seperti dilansir Sportinglife, ia mengakui bahwa dirinya telah mengeluarkan komentar bernada rasis. Alhasil pengadilan pun menjatuhkan hukuman penjara selama 56 hari. Tak hanya itu, ia juga mendapatkan skorsing dari universitasnya.

Kondisi Muamba sendiri dikabarkan sudah membaik. Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan sudah bisa duduk di tempat tidurnya, menonton televisi, dan menyantap makanan. Hingga kini, ia masih menjalani perawatan intensif.


( roz / krs )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee beri restu

Posted:

Kim Swee beri restu

Kim Swee beri restu

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

WAN ZACK (kiri) semakin hampir untuk beraksi dalam liga divisyen tiga Jepun.


HASRAT kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu mendapatkan khidmat dua tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bakal menjadi kenyataan.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, buat masa ini perbincangan mengenai perkara itu sudah memasuki fasa akhir dan kedua-dua pemain berkenaan dijangka menyertai kelab tersebut selewat-lewatnya Julai depan jika tiada sebarang perkara lain berbangkit.

Sebagai jurulatih katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pemain menimba pengalaman di mana-mana kelab luar yang dilihat mampu membantu meningkatkan tahap permainan mereka.

"Saya merestui pemergian mereka untuk menimba pengalaman di luar negara dengan syarat pemain itu bersedia dipanggil pulang mewakili pasukan kebangsaan pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam.

Media sebelum ini melaporkan hasrat FC Ryukyu yang berminat mendapatkan khidmat kedua-dua pemain tersebut bagi memperkuatkan pasukan mereka ketika aksi divisyen tiga Liga Jepun yang dijangka bermula Julai depan.

Kim Swee berkata, mengikut perbincangan awal, FC Ryukyu mahu menandatangani kedua-dua pemain itu akhir bulan ini.

"Begitupun, saya khuatir ia akan mengganggu persiapan pasukan menjelang kelayakan Piala AFC yang dijadualkan bermula 23 Jun depan," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga berpuas hati dengan kemampuan pasukannya yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah serta menduduki tangga kedua Liga Singapura (Liga S) dengan 11 mata selepas lima perlawanan setakat ini.

"Ia satu keputusan yang memberangsangkan, terutamanya beraksi tanpa tenaga pemain import berbanding pasukan lain dalam Liga S, dan saya rasa pasukan kita berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran menamatkan saingan liga di tangga kelima.

"Namun, masih terlalu awal untuk berasa selesa. Tambahan pula, matlamat asal menyertai liga tersebut adalah untuk membentuk persefahaman antara pemain bagi menempuh kejohanan berskala lebih besar selepas ini.

"Disebabkan itu, saya lebih gemar menurunkan pemain muda sebagai langkah pendedahan dalam Liga S. Hanya Affizie (Faizal Mamat) sahaja yang berusia 23 tahun selebihnya baru berusia 22 tahun." katanya. Harimau Muda bakal berdepan dengan Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang, Ahad ini.

Kim Swee memberitahu, antara pemainnya yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini termasuklah Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Nazirul Naim Che Hashim, Irfan Fazail dan Mohamad Amer Saidin.

Gara-gara kritik skuad bola sepak

Posted:

Gara-gara kritik skuad bola sepak

Gara-gara kritik skuad bola sepak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

NASIB berbeza diterima dua individu penting Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (Timbalan Presiden) dan Setiausaha Agung, Datuk Azzud- din Ahmad (gambar) ) selepas Jawatankuasa Tatatertib persatuan itu selesai bermesyuarat semalam.

Sebelum ini, Annuar berdepan kontroversi ekoran didakwa secara terbuka mengkritik skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajago- bal menerusi media.

Azzuddin juga tidak terkecuali berdepan dakwaan yang sama selepas dikatakan mengkritik prestasi hambar skuad Olimpik negara di bawah kendalian Ong Kim Swee semasa kelayakan Olimpik Zon Asia baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufik Abdul Razak berkata, hasil keputusan mesyuarat, pihaknya semalam mendapati Az- zuddin tidak bersalah dan tidak akan dikena- kan apa-apa tindakan daripada FAM.

"Pihak kami telah meneliti rakaman kenyataan Azzuddin sebelum ini, dan kami mendapati kenyataan yang dibuat oleh beliau adalah berbentuk umum dan tidak menjurus kepada menghina skuad Olimpik.

"Tindakan Azzuddin juga tidak menyalahi Peraturan Artikel 88 Tatatertib FAM (2010-2014) berdasar- kan jawatan beliau iaitu hanya Presiden dan Setiausaha Agung sahaja yang dibenarkan memberikan kenyataan kepada media," katanya kepada pemberita semalam.

Begitupun kata Mohd. Taufik, keputusan mengenai kes Annuar hanya boleh diketahui pada 4 April depan selepas beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat yang pada mulanya ditetapkan Jumaat ini.

Menurutnya, Annuar yang didakwa melakukan dua kesalahan iaitu melanggar Peraturan Artikel 88 dan juga Perkara 4.5.8 (tidak meminta kebenaran FAM untuk memberikan kenyataan kepada media) telah menghantar surat rasmi kepada pihaknya berhubung ketidakhadiran beliau pada mesyuarat yang bakal diadakan Jumaat ini.

Ini kerana menurutnya, Annuar terlibat dengan satu program anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kota Bharu pada hari tersebut.

"Selain itu, beliau juga telah mengemukakan Borang B iaitu tidak mengaku bersalah dalam kedua-dua dakwaan tersebut.

"Jika diikutkan, pihak kami berhak meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran Annuar.

"Namun, pihak kami bertolak ansur dan membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat tersebut pada 4 April depan," katanya.

Ketika ditanya sama ada bukti yang dikemukakan Annuar sudah mencukupi untuk disabitkan dengan kesalahan, Mohd. Taufik begitupun enggan mengulas lanjut dan hanya akan memberikan kenyataan sejurus mesyuarat itu selesai kelak.

Dalam pada itu, Mohd. Taufik turut mengesahkan tidak akan mengambil keterangan daripada Presiden Bola Sepak Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berhubung kenyataannya supaya FAM perlu menerima teguran secara terbuka kepada media baru-baru ini kerana mendapati kenyataan itu bersifat umum.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Taufik memberitahu, penyerang import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona didenda RM3,000 dan digantung dua perlawanan dalam aksi Liga Malaysia kerana didapati bersalah atas dua dakwaan ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 21 Januari lalu.

"Owona didapati bersalah kerana didapati menarik telinga penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad dan menolak pipi seorang lagi pemain lawan, S. Sivanesan.

"Satu lagi tuduhan menampar belakang kepala Hardi Jaafar begitupun digugurkan kerana kekurangan bukti, dan hukuman itu berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Chong Wei kembali beraksi

Posted:

Chong Wei kembali beraksi

Chong Wei kembali beraksi

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI melahirkan hasrat untuk turun beraksi membantu skuad Malaysia Tiger pada Piala Axiata, Jumaat ini.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan akan turun beraksi buat skuad Malaysia Tiger pada pertemuan menentang Indonesia Garuda pada aksi separuh akhir kejohanan badminton Piala Axiata 2012, Jumaat ini.

Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu menjelaskan yang dia masih perlu menunggu keputusan daripada Persa- tuan Badminton Malaysia (BAM) sama ada membenarkannya beraksi atau sebaliknya.

"Saya mungkin akan beraksi tetapi perlu menunggu keputusan daripada BAM dahulu.

"Sekarang, saya sudah tidak berasa sakit-sakit lagi dan saya juga sudah kembali menjalani latihan penuh hari ini (semalam).

"Namun, saya tidak boleh membuat keputusan terburu-buru kerana bimbang kecederaan saya akan berulang dan saya perlu berhati-hati," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita sejurus tamat latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, Malaysia Tiger terpaksa melupakan khidmat Chong Wei, 30, selepas dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika beraksi pada perlawanan akhir kejohanan Seluruh England 2012 dua minggu lalu.

Ekoran kecederaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz memberitahu bahawa pemain itu memerlukan tempoh tiga hingga lima minggu sebelum kembali pulih sepenuhnya.

Begitupun, dengan kenyataan Chong Wei yang mengakui bahawa dia sudah tidak berasa sakit lagi dan telah kembali menjalani latihan sepenuhnya, besar kemungkinan khidmatnya akan digunakan bagi membantu Malaysia Tiger mara ke pentas final Piala Axiata.

Terdahulu, tanpa kelibat Chong Wei yang diketepikan dalam tiga perlawa- nan peringkat kumpulan, Malaysia Tiger hanya mampu bergelar naib juara Kumpulan K.

Lebih malang, skuad senior negara tewas mengejut kepada Indonesia Rajawali yang dilabel sebagai pasukan kedua negara itu pada aksi terakhir Kumpulan K, Ahad lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Usah anggap SIC litar mudah’

Posted: 26 Mar 2012 02:43 PM PDT

Sukan

PERLUMBAAN   Ahad lalu menyaksikan semua pasukan terpaksa bergelut dengan strategi penggunaan tayar dan hentian pit akibat hujan lebat.

PERLUMBAAN Ahad lalu menyaksikan semua pasukan terpaksa bergelut dengan strategi penggunaan tayar dan hentian pit akibat hujan lebat.

Hajat takluk Sepang nyata tidak berdasar kepada kekuatan jentera saja

GRAND Prix Malaysia Petronas 2012 yang melengkapkan pusingan dua siri perlumbaan Formula Satu (F1) dunia terus memberikan amaran - kemenangan mudah sukar diraih di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Selepas selama dua hari jangkaan hujan tidak berlaku, perlumbaan pada Ahad menyaksikan semua pasukan terpaksa bergelut dengan strategi penggunaan tayar dan hentian pit akibat hujan lebat.

Paling menerima kesan pastinya pasukan Mercedes-AMG-Petronas, yang sekali lagi gagal menceriakan penonton laman sendiri sekalipun bermula di petak yang baik, termasuk McLaren dengan pemandu Ferrari Fernando Alonso muncul juara sambil pemandu muda Sauber, paling mencuri tumpuan. Situasi itu membuktikan perlumbaan di SIC tidak saja berdasarkan kekuatan jentera, malah dipengaruhi dengan keadaan cuaca tidak menentu, panas dan kelembapan litar yang menguji ketahanan pelumba yang rata-rata lahir di negara '4 musim'.

Malah ada juga pemandu F1 menyuarakan rasa kagum masing-masing dengan berkata, "Bagaimana mereka dapat hidup dalam cuaca sebegini." Begitupun, itu hanya rencah dalam perlumbaan F1 dengan tumpuan kini perlu terarah apakah kita boleh berpuas hati dengan mengetahui SIC yang akan terus diberikan hak penganjuran sehingga 2015.

Selepas 14 siri, adakah SIC masih mampu terus menganjurkan perlumbaan termahal dunia ini tanpa sebarang tarikan baru.

Dengan beberapa siri tajaan besar - yang meletakkan jenama syarikat konglomerat ternama negara di badan jentera, apa lagi yang mampu dilakukan - selepas kali terakhir pemandu dari negara ini Alex Yoong bersaing dalam perlumbaan berprestij itu pada 2001.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hanafi

Setuju... SIC adalah medan 'pertarungan' antara mesin dan alam....dengan cuaca yang sukar diramalkan, keputusan perlumbaan juga boleh berubah tanpa disangka.....

Lovely Malaysia

sayang malaysia mampu sediakan kemudahan lumba kereta yg berperstaj sperti SIC, tapi x mampu lahirkan walau seorang pelumba, selepas Alex Yong.... di manakah silapnya...haruskah kita hanya harapkan kerajaan untuk mencipta seoarang jaguh...? pasti ramai yang berminat jika diujibakat/ditemuduga seperti pencarian angkasawan tentu yang menawarkan diri untuk berkhidmat. Apa peranan SIC selain menganjurkan F1 tanpa kewujudan pelumba tempatan, sama2 kita cari jawapan


Padang tiruan bukan masalah besar: Ashari

Posted: 26 Mar 2012 02:41 PM PDT

Sukan

'Saha' yakin Terengganu mampu baham Lions XII

BIARPUN menyedari laluan Terengganu penuh berliku, namun penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin tetap menaruh harapan tinggi dia dan rakan sepasukan mampu menewaskan Lions XII dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.

Pada tanggapan pemain yang berasal dari Kampung Rawai, Marang, walaupun beraksi di atas padang rumput tiruan, namun itu bukan masalah buat pasukan mempamerkan permainan terbaik seterusnya mengekalkan bekalan satu gol dimenangi dalam suku akhir pertama, Sabtu lalu.

"Saya bertekad untuk pasukan menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Apa yang penting semangat juang tinggi serta kerjasama sepasukan amat diharapkan," katanya. Pemain yang lebih mesra dengan panggilan 'Saha' di kalangan rakan sepasukan berkata, dia percaya pengalaman serta percaturan diterapkan jurulatih, Mat Zan Mat Aris menjelang pertembungan hidup mati itu memihak kepada pasukannya.

"Saya amat yakin sekiranya kami cepat menyesuaikan diri dengan keadaan padang, perlawanan ini akan memihak kepada Terengganu sekali gus melangkah ke separuh akhir," kata penjaring terbanyak musim 2010 itu.

Dia turut berharap tindakan penyudah penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe akan menghasilkan jaringan malam ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS