Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Berakhir kemarau 14 tahun

Posted: 29 Dec 2010 12:13 PM PST

Sukan

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia,  Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.

Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara. Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak 'sporting' (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Di mana silap kami: Raja

Posted: 29 Dec 2010 12:11 PM PST

Sukan

PEMAIN Malaysia sekadar dapat menjalani latihan di pinggir kolam renang sambil diberi kawalan pihak keselamatan di Jakarta, kelmarin.

PEMAIN Malaysia sekadar dapat menjalani latihan di pinggir kolam renang sambil diberi kawalan pihak keselamatan di Jakarta, kelmarin.

Malaysia kecewa layanan tuan rumah terhadap pasukan kebangsaan kita

MEMANG 'unik' layanan tuan rumah, Indonesia kepada skuad kendalian K Rajagobal yang bertandang ke Jakarta sehari sebelum perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno yang berlangsung malam tadi.

"Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini," kata Rajagobal. "Ketika Indonesia berkunjung ke Kuala Lumpur, kami melayan mereka dengan baik dan memastikan semua persiapan berjalan lancar. Bagaimanapun saya menerima keadaan ini dan tetap akan bermain dengan semangat tinggi."

Komen itu berikutan ragam segelintir penyokong tempatan mengibarkan kain rentang menghina Rajagobal dan skuad negara ketika berlatih di hotel penginapan, kelmarin.

Pada awalnya penganjur menyediakan padang latihan yang sering digunakan pasukan kebangsaan Indonesia untuk skuad Rajagobal, tetapi kerana terlalu ramai penyokong tempatan menanti pada hari terakhir sebelum perlawanan sebenar itu, lokasi latihan ditukar ke gelanggang lain.

Gelanggang alternatif itu terletak di Lebak Bulus, Jakarta Barat yang mengambil masa lebih sejam untuk sampai sekiranya jalan sesak. Dalam perjalanan ke sana, lalu lintas terlalu sesak dan bas skuad negara terpaksa berpatah balik.
Harimau Malaya turun menghadapi final kedua tanpa latihan sebenar, sebaliknya hanya memanaskan badan dan berlatih ringan di kawasan berumput kecil di tepi kolam.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan