Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


'Kekecewaan kami ditebus'

Posted: 29 Dec 2010 10:45 AM PST

AKHIRNYA kekecewaan skuad 1996 berjaya ditebus.

Demikian ungkapan pertama bekas penjaga gol negara, Khairul Azman Mohamed selepas anak buah K Rajagobal berjaya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi, apabila menundukkan Indonesia menerusi agregat 4-2.


Bagi bekas pemain yang pernah menjaga gawang negara pada aksi final 1996 di kejohanan sama sebelum tewas 0-1 kepada Thailand itu, kemenangan itu juga membuka era baru dalam landskap bola sepak negara.

"Tahniah dan terima kasih kepada skuad negara atas kemenangan ini kerana ia secara tidak langsung menebus kekecewaan skuad 1996. Bukan mudah untuk mencapai tahap seperti ini.


"Cuma ingatan saya selepas ini jangan mula lupa diri, sebaliknya teruskan kecemerlangan ini untuk tempoh yang lebih lama kerana peluang barisan muda yang ada ketika ini cukup cerah pada masa depan.


"Kemenangan ini juga membuka lembaran baru dalam era bola sepak moden negara dan seperti yang saya katakan sebelum ini, harap barisan sedia ada ini terus dikekalkan," katanya.

Khairul Azman juga pantas menghamburkan pujian terutama kepada barisan pemain pertahanan serta penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat pada aksi final kedua malam tadi yang disifatkannya cukup hebat.


"Khairul Fahmi mungkin melakukan sedikit kesilapan, tapi secara keseluruhan dia sudah mempamerkan aksi terpuji manakala barisan pertahanan, tengah dan jentera serangan juga layak diberi pujian.

Pada aksi final 1996, skuad negara yang ketika itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan kecewa kerana tidak dapat menjulang piala berkenaan selepas tewas menerusi jaringan tunggal penyerang Thailand, Kiatisuk Senamuang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peminat serbu kedai mamak

Posted: 29 Dec 2010 10:41 AM PST

SEBILANGAN besar warga bandaraya Kuala Lumpur bertumpu ke restoran mamak yang banyak terdapat di ibu kota bagi menonton perlawanan bersejarah peringkat akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam tadi.

Restoran ini menjadi 'port' yang menyediakan skrin besar di perkarangan bagi memudahkan ratusan khalayak menonton perlawanan sambil menghirup teh tarik kegemaran mereka, seterusnya tenggelam dalam suasana riuh rendah penonton yang melahirkan sokongan. Mohamad Sharuddin, 32, berkata beliau dan rakan-rakannya memilih restoran mamak sekitar Wangsa Maju. "Bagi menghidupkan lagi suasana perlawanan saya dan beberapa rakan berpakat memakai jersi kuning-hitam sebagai tanda sokongan kami kepada pasukan kebangsaan," katanya kepada Bernama, semalam. Bapa kepada dua anak itu berkata biarpun beraksi di gelanggang lawan, beliau yakin dengan kemampuan skuad 'Harimau Malaya' menumpaskan skuad 'Garuda' 2-1 pada perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Mohamad Aiman Abdullah, 25, berkata beliau memilih restoran mamak kerana suasana menonton perlawanan di situ hampir sama seperti di stadium apabila dapat bersorak beramai-ramai. "Sebagai tanda sokongan kepada pasukan negara saya tidak lupa membawa Jalur Gemilang bersama. Dengan pencapaian semasa saya fikir skuad negara mampu tumpaskan pasukan Indonesia dengan mata 3-2," katanya. Siti Raihanan, 30, dan rakan-rakan juga memilih untuk menonton perlawanan itu di restoran mamak berhampiran kediaman mereka. Perlawanan itu menjadi penentu sama ada Malaysia berjaya menamatkan kemarau penantian selama 14 tahun bagi menjulang Piala yang mula diperkenalkan pada 1996 itu. Kejayaan terbaik pasukan Malaysia sebelum ini adalah muncul naib juara pada edisi 1996 selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada perlawanan di Singapura. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan