Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Terpulang kepada coach'

Posted:

'Terpulang kepada coach'

'Terpulang kepada coach'


SAFIQ disambut dengan meriah oleh para penyokong Malaysia sejurus tiba di KLIA, Sepang semalam.


KAPTEN skuad kebangsaan pada Piala Suzuki AFF 2010, Safiq Rahim menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih K. Rajagobal sama ada mahu dia terus kekal menggalas tugas tersebut, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Biarpun baru memakai lilitan lengan selaku ketua pasukan pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bulan lalu, Safiq, 23, telah mencipta sejarah tersendiri.

Namun, timbul persoalan sama ada Rajagobal akan terus memberikan peranan tersebut kepada Safiq atau memulangkan semula lilitan lengan kepada Aidil Zafuan Radzak atau Norhafiz Zamani Misbah.

Aidil, 23, sebelum ini merupakan pemain yang sering diberi peranan kapten jika Zamani, 29, tidak dipanggil Rajagobal.

Kecederaan panjang kedua- dua pemain pertahanan tengah itu telah membuka ruang buat Safiq bergelar kapten baru di samping Norshahrul Idlan Talaha sebagai penolong kapten.

"Kekal sebagai kapten atau tidak, itu saya tak boleh nak komen. Keputusan itu terletak di tangan coach (jurulatih).

"Saya bersedia jika dikekalkan sebagai kapten kerana memiliki pengalaman pada Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF.

"Tetapi apa yang lebih penting adalah kerjasama sepasukan oleh semua pemain dalam skuad ini," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, tiada istilah rehat buat Safiq dan lima lagi pe- main kebangsaan iaitu Safee Sali, Amri Yahyah, Asraruddin Putra Omar, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan.

Mereka akan terbang pula ke Perth, Australia esok untuk lati- han pramusim skuad Liga Super Selangor selama sembilan hari sebelum Liga Malaysia 2011 bermula 29 Januari depan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Media Indonesia akur kehebatan skuad negara

Posted:

Media Indonesia akur kehebatan skuad negara

Media Indonesia akur kehebatan skuad negara


RAJAGOBAL (kiri) dan tiga pegawai skuad kebangsaan negara membaca laporan akhbar di Indonesia semalam.


JAKARTA - Setelah muka depan akhbar harian dan rancangan di saluran televisyen Indo- nesia saban hari sarat dengan berita skuad bola sepak kebangsaan negara itu, segalanya berubah wajah semalam.

Ia susulan kegagalan pasukan Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah tunduk 2-4 secara agregat kepada Malaysia malam kelmarin.

Saluran-saluran televisyen Indonesia yang sebelum ini sepanjang masa menyiarkan lintas langsung kemeriahan menjelang aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno kini kembali menyiarkan rancangan asal masing-masing.

Manakala laporan sukan yang berjaya mencuri tempat di muka depan akhbar-akhbar utama Indonesia sejak lebih seminggu lalu kembali kepada laporan berita biasa setelah kegagalan skuad Garuda itu.

Hanya dua akhbar Indonesia semalam yang tampil memaparkan laporan dan gambar mengenai final kedua Piala Suzuki AFF 2010 pada halaman muka depan mereka iaitu Kompas dan The Jakarta Post.

Akhbar Kompas meletakkan tajuk 'Jangan Malu Untuk Belajar' berserta gambar skuad Malaysia meraikan kejuaraan selepas menjulang trofi malam kelmarin.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Indo- nesia tidak perlu malu untuk belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah muncul juara buat kali pertama.

Akhbar The Jakarta Post pula laporan muka depannya bertajuk 'Malaysia win makes history' (Kemenangan Malaysia cipta sejarah), juga berserta gambar pasukan meraikan kejuaraan.

Lain-lain akhbar kembali meletakkan laporan Piala Suzuki AFF di halaman sukan mereka tetapi rata-ratanya tidak terlepas daripada mencemburui kehebatan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

"Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir ini setelah meraih pingat emas di Sukan SEA 2009," lapor akhbar Media Indonesia.

Tambah akhbar itu lagi: "Terdapat tujuh tendangan pemain Indonesia ke arah gawang skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Namun, kecemerlangan Khairul Fahmi menjadikannya ibarat cuba menerobos tembok yang kebal."

Akhbar Jakarta Globe juga memuji kecemer- langan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina serta beberapa serangan berbahaya Indonesia.

"Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini," kata jurulatih Indonesia, Alfred Reidl dipetik dari Jakarta Globe.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan