Berita Harian: Sukan |
Posted: 03 Jan 2011 03:45 PM PST Sukan James Selvaraj dakwa Misbun ada masalah dengan pegawai lain"SAYA bukan orangnya!" Itulah penafian dibuat Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj apabila ramai pihak menuding jari menuduhnya sebagai punca jurulatih perseorangan, Misbun Sidek meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu. "Misbun meletak jawatan bukan kerana saya tetapi dia mempunyai masalah lain yang mendorongnya berbuat demikian. Begitupun, saya tidak dapat menyatakannya," katanya. Beberapa pihak mendakwa James yang juga bekas pemain dan jurulatih yang dilantik BAM selaku Pengarah Prestasi Tinggi sejak 1 September lalu, menjadi faktor utama di sebalik peletakan jawatan Misbun.Bukan menjadi rahsia tindakan BAM dan James merombak sistem kejurulatihan dan latihan sebelum ini dengan memperkenalkan sistem baru, kurang disenangi Misbun serta kalangan jurulatih lain. Sementara itu, walaupun masih terkejut dengan peletakan jawatan Misbun, anak didiknya Lee Chong Wei berlepas ke Taiwan semalam dengan sasaran mempertahankan gelaran Kejohanan Siri Super Final Masters yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM1.5 juta), bermula esok. Tiada secara fizikal, pemergian pemain nombor satu dunia itu bukan dengan tangan kosong kerana langkah Chong Wei diiringi kata-kata azimat Misbun yang berharap anak emasnya itu mempamerkan aksi terbaik. "Pesannya itu sedikit sebanyak meredakan kebimbangan saya tanpanya dan membuktikan dia mengambil berat mengenai diri saya," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Pemergian Chong Wei yang dijadual ke Taiwan, ditemani penolong jurulatih, Tey Sue Bock. Selain Masters Final, Chong Wei dijadual menyertai Terbuka Malaysia dari 18 hingga 23 dan Terbuka Korea (25-30) dengan turun selaku juara bertahan dalam ketiga-tiga kejohanan itu. Namun sebelum melangkah masuk ke balai berlepas, Chong Wei sempat memberi kata dua: "Saya tidak akan berganjak daripada keputusan akan keluar daripada BAM seandainya kemelut ini gagal diselesaikan. Saya setia dengannya (Misbun) kerana dialah yang membuatkan saya berjaya hari ini. "Saya mahu dia terus membimbing saya terutama dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik London 2012," katanya. |
Misbun perlu utamakan kepentingan negara Posted: 03 Jan 2011 03:42 PM PST Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek KEMELUT yang melanda skuad badminton negara berikutan peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek serta anak didiknya, Lee Chong Wei, perlu diselesaikan dengan mengutamakan kepentingan negara. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara mengatasi peribadi dan tidak mengambil langkah emosional dalam menyelesaikan isu berkenaan. Menurutnya, dia akan berjumpa Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam masa terdekat untuk mengetahui punca sebenar isu berkenaan."Misbun juga bertanggungjawab untuk menjelaskan keputusannya adalah untuk negara dan bukannya peribadi, sudah tentu di kalangan jurulatih, apabila dipertanggungjawabkan memegang jawatan itu, ia adalah amanah untuk negara," katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada delegasi Pengakap Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Pengakap ke-29 di Brazil, semalam. Sabtu lalu, Misbun membuat kejutan apabila menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM melalui emel tanpa sebarang alasan. Jaguh perseorangan negara yang juga anak didik Misbun, Chong Wei pula mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu untuk mengikut jejak jurulatihnya, semalam. Ahmad Shabery berkata, dia memahami tindakan Chong Wei mengikut jejak jurulatihnya meninggalkan badan induk itu dan mengakui tindakan berkenaan memberi kesan kepada skuad badminton.
Sementara itu, Ahmad Shabery ketika ditanya mengenai tawaran yang diterima pemain bola sepak negara dari kelab negara asing terutama Indonesia, beliau berkata sebaiknya mereka kekal dalam liga tempatan sekiranya kelab yang ditawarkan itu bukanlah yang terbaik dan mampu meningkatkan permainan masing-masing. "Apakah kelab yang ditawar itu adalah kelab baik seperti mempunyai sistem jurulatih yang baik, rakan yang boleh bantu meningkat permainan, gaji tinggi, kalau tidak nama seperti Mohd Safee Sali boleh tenggelam kerana bermain di kelab yang tidak baik," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan