Berita Harian: Sukan |
Posted: 22 Jan 2011 02:38 PM PST Sukan AKSI 'tarian' jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei pada penghujung set kedua menceritakan keyakinan tinggi di dalam permainan jaguh negara itu ketika dia langkah ke final dan menghampiri gelaran ketujuh Terbuka Malaysia, di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Sekiranya memenangi pertembungan final petang ini, Chong Wei semakin menghampiri rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang menjuarai kejohanan itu sebanyak lapan kali sejak diperkenalkan pada 1937. Kali pertama Chong Wei memenangi kejohanan itu ialah pada 2004 dan hanya sekali gelaran terlucut daripada genggamannya pada 2007. "Mungkin gelanggang sendiri dan sokongan padu penonton," katanya ketika ditanya apakah resipi dia begitu berjaya dalam kejohanan ini selepas menang bergaya ke atas pilihan ketiga dari China, Chen Long 21-9, 21-9 dalam separuh akhir selama 39 minit itu.Pemain nombor satu dunia itu akan menentang juara 2000 yang juga pilihan kedua, Taufik Hidayat dari Indonesia yang sebelum itu menundukkan rakan senegara, Simon Santoso, 21-15, 21-19. "Saya tidak mahu memikirkan mengenai lawan, sebaliknya mahu fokus kepada diri sendiri," kata Chong Wei yang sekali lagi mendapat khidmat jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek dari luar gelanggang. "Saya sudah bersedia untuk pertemuan itu dan akan cuba memberi yang terbaik esok (hari ini)," katanya. Mengulas mengenai corak permainannya ke atas Chen Long, Chong Wei mengakui dia hanya bermain seperti biasa dan terkejut dengan corak lawan muda China itu yang pernah ditemuinya dua kali sebelum ini. Sementara itu, isu peletakan jawatan Misbun tidak akan menemui titik penyelesaian hari ini selepas jurulatih itu memilih untuk memberikan tumpuan sehingga tamat Terbuka Malaysia sebelum berjumpa presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Sri Mohd Nadzmi Salleh. "Dalam mesyuarat Majlis esok (hari ini), saya hanya akan memberikan penerangan tentang situasi yang berlaku kepada anggota Majlis. Ini kerana Misbun mahu memberi fokus pada Chong Wei yang mara ke final. Tetapi isu Hafiz (Hashim) yang mahu mengundur diri daripada BAM akan diputuskan dalam mesyuarat esok (hari ini)," kata Nadzmi yang mungkin berjumpa Misbun selepas berakhir Terbuka Malaysia kerana tidak menemani Chong Wei ke Terbuka Korea, 25-30 Januari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Dalglish kecapi kemenangan pertama Posted: 22 Jan 2011 02:37 PM PST [unable to retrieve full-text content]LONDON: Dua gol Fernando Torres membantu Liverpool mencatat kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton - kemenangan pertama pengurus Kenny Dalglish sejak mengendalikan kelab berkenaan awal bulan ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan