Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Jan 2011 07:17 AM PST LONDON: Arsene Wenger (gambar) berkata Manchester United agak "bernasib baik hingga kini" untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris, namun beliau berasakan mereka tidak akan mula memikirkan untuk menyamai pencapaian mengagumkan Arsenal tujuh musim lalu hinggalah lima perlawanan terakhir musim. Pengurus Arsenal itu, yang menganggap kejayaan pasukannya menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan pada musim 2003-04 sebagai pencapaian terulungnya, berkata adalah mustahil untuk meramalkan United akan mengikut jejak langkah pasukannya itu kali ini.
Seorang atau dua pemain daripada skuad terhebat Wenger pernah berkata secara peribadi bahawa mereka benci jika United mampu mengekalkan rekod tanpa kalah kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan apa yang mereka capai selama ini.
"Pastinya, kerana mereka belum kalah lagi. Mereka agak bernasib baik hingga kini? Pastinya, tapi kita akan lihat. Saya tidak tahu lebih daripada anda. Anda benar-benar memikirkan untuk memenangi kejuaraan liga tapi dengan lima perlawanan untuk dilalui, anda mula memikirkan: 'Oh, kami boleh menambah sesuatu terhadap kejuaraan ini. Itulah yang berlaku terhadap kami. Tapi anda tidak memikirkan mengenainya dengan berbaki 16 perlawanan lagi." United masih memiliki 17 perlawanan untuk dimainkan dan rekod mereka selepas 21 perlawanan pertama sama dengan pencapaian Arsenal pada 2003-04; United seri sembilan kali manakala Arsenal tujuh. Lagipun, elemen tuah amat penting seperti yang diakui Wenger sendiri.
Arsenal hampir kalah pada September 2003 di Old Trafford tetapi penyerang United, Ruud van Nistelrooy terlepas sepakan penalti pada masa kecederaan ketika kedudukan 0-0.
|
Posted: 22 Jan 2011 07:16 AM PST LONDON: Ketua pasukan Chelsea, John Terry (gambar) menceriakan kelab penyandang juara Liga Perdana Inggeris kelmarin apabila menegaskan dia bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bagi pertembungan genting menentang Bolton Wanderers esok. Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti berasakan pemain berusia 30 tahun itu mungkin tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan belakang, namun Terry berkata dia bersedia untuk bermain.
"Saya kini boleh berenang di kolam dan hadir di sesi latihan hari ini dengan pasukan perubatan ketika skuad tidak turun berlatih. Saya akan terus berlatih Sabtu (semalam) dan bersedia menghadapi perlawanan Isnin ini di Bolton." Berita itu pasti sesuatu yang melegakan peminat Chelsea, terutamanya kecederaan betis menimpa Frank Lampard amat membimbangkan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan