Harian Metro: Arena |
Posted: 15 Apr 2011 01:21 PM PDT PEMAIN nombor sembilan dunia, Rory McIlroy bangkit di Terbuka Malaysia dengan melakukan lapan bawah par 64 pada pusingan kedua untuk berkongsi pendahuluan sementara bersama Alexander Noren di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), semalam. Pemain berusia 21 tahun itu yang mengumpul 11 bawah par 133 untuk dua hari saingan, mengambil kesempatan daripada keadaan sesuai dengan melakukan 31 pukulan sebelum menambah tiga lagi birdie.
"Saya beraksi baik pada 14 lubang awal, namun cuaca panas mula memberi kesan kepada saya dan kerana terlalu panas, saya hanya mengira beberapa lubang lagi yang perlu ditamatkan. Saya bermula baik dan melakukan par lima dengan hanya dua pukulan dan melakukan birdie dengan mudah. Ia begitu menyeronokkan." Pemain England, Simon Dyson yang menewaskan McIlroy pada Kejuaraan Alfred Dunhill Links 2009, menyaingi persembahan menakjubkan Mcllroy dengan mencatat 64 untuk naik ke kedudukan ketiga, ketinggalan satu pukulan.
|
Posted: 15 Apr 2011 01:19 PM PDT PEMAIN profesional Danny Chia melakukan satu bawah par untuk menjadi pemain terbaik Malaysia pada pusingan kedua, semalam menuju saingan hujung minggu, hari ini. Kedudukan itu menyaksikannya berada di kedudukan ke-42 bersama-sama Mardan Mamat dan Alastair Forsyth dengan baki lima lubang.
Danny tidak dapat menamatkan saingan pusingan kedua apabila permainan dihentikan pada jam 7.16 petang kerana cuaca sekitar lapangan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit KIara, semakin gelap.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan