Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


City di ambang kemasyhuran

Posted:

City di ambang kemasyhuran

City di ambang kemasyhuran



LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya kejayaan mara ke pentas final Piala FA mampu menjadi platform buat mereka menjuarai Liga Perdana England.

Awal pagi semalam, skuad kendalian Mancini tampil cemerlang apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester United pada aksi sepa- ruh akhir Piala FA di Stadium Wembley.

Kemenangan itu juga menyaksikan City telah meleburkan impian United yang memasang impian bagi meraih gelaran treble dalam saingan musim ini.

Bagaimanapun, Mancini awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada barisan pemainnya agar tidak terus dibuai mimpi indah rentetan kemenangan ke atas jiran tetangga mereka itu.

Bagi Mancini, skuad kendaliannya itu tidak mempunyai pilihan selain mencipta kemenangan pada aksi final kelak bagi mengakhiri kemarau kejuaraan yang dialami mereka selama 35 tahun.

"Bagi kami (City) adalah penting untuk kami merangkul trofi kejuaraan pertama. Jika kami mampu menjuarai Piala FA, tidak mustahil kami mampu bergelar juara liga dalam saingan musim depan.

"Memang kami perlu mengharungi satu lagi perlawanan sebelum kami mampu merangkul gelaran juara Piala FA dan saya menjangkakan aksi final nanti pastinya akan menjadi lebih sukar," jelas Mancini.

Pada aksi semalam, Yaya Toure muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-52, sekali gus memastikan City menempah slot untuk beraksi di pentas final.

Diminta mengulas mengenai aksi menentang United itu, Mancini mengakui bahawa anak-anak buahnya tertekan pada 20 hingga 25 minit pertama perlawanan.

"Namun pada 10 minit terakhir babak pertama, kami sudah mula menunjukkan peningkatan dan kami pula yang memberikan tekanan kepada United.

"Pada babak kedua pula kami dilihat berjaya menguasai perlawanan dan saya merasakan kami memang berhak untuk menang pada perlawanan tersebut," kata Mancini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Real sekat langkah Barcelona

Posted:

Real sekat langkah Barcelona

Real sekat langkah Barcelona

MADRID - Hasrat Barcelona bagi mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Sepanyol tidak kesampaian.

Ini kerana, skuad kendalian Pep Guardiola itu seka- dar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan musuh tradisi mereka, Real Madrid pada aksi yang berlangsung di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Jaringan Cristiano Ronaldo menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-83 sudah cukup buat Real untuk melenyapkan hajat besar Barcelona itu.

Sebelum itu, Barcelona dilihat berpeluang cerah untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas mendahului perlawanan hasil jaringan yang dilakukan penyerang berbisa mereka, Lionel Mes- si minit ke-53 juga menerusi sepakan penalti.

Barcelona juga harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal mencipta kemenangan selepas Real terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Raul Albiol diperintahkan keluar padang pada minit ke-51.

Keputusan seri itu sekali gus mengakhiri rentak kecemerlangan skuad The Catalan yang sebelum ini tampil bergaya dengan mencatatkan lima kemenangan berturut-turut.

"Keputusan seri yang kami catatkan di Santiago Bernabeu adalah satu keputusan yang baik.

"Namun kami sebenarnya mampu mencatatkan keputusan yang lebih daripada itu selepas mendahului perlawanan dengan 1-0.

"Saya tidak fikir kami layak digelar juara liga ketika ini kerana kami masih perlu berdepan dengan kelab-kelab yang bersaing demi kepentingan masing-masing," kata Guardiola.

Sementara itu, jurulatih Real, Jose Mourinho masih perlu menunggu bagi menyaksikan skuad kendaliannya melakar kemenangan ke atas Barcelona setelah dimalukan dengan kekalahan 0-5 di Nou Camp pada aksi pusingan pertama.

Bagaimanapun, mereka berpeluang melakukannya apabila kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu dijadual bertembung pada aksi final Piala Raja Sepanyol Khamis ini dan juga separuh akhir Liga Juara-Juara minggu depan.

"Ia merupakan perlawanan yang mana menyaksikan kedua-dua kelab saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Agak sukar buat kami untuk mencatatkan kemenangan kerana hanya beraksi dengan 10 pemain terlalu lama pada babak kedua, apatah lagi berdepan kelab seperti Barcelona," jelas Mourinho. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Manassero lakar sejarah tersendiri

Posted:

Manassero lakar sejarah tersendiri

Manassero lakar sejarah tersendiri



PEMAIN remaja Itali, Matteo Manassero menerima hadiah hari jadi dua hari lebih awal apabila dinobatkan selaku juara Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2011 semalam.

Manassero yang bakal menyambut ulang tahun ke-18 kelahirannya esok, merekodkan catatan keseluruhan 16 bawah par 272 untuk muncul termuda dalam sejarah kejohanan edisi ke-50 itu di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara.

Pada pusingan akhir semalam, dia melakukan catatan empat bawah par 68 untuk mengumpul 272 pukulan dalam saingan empat pusingan, sekali gus mengatasi pencabar terdekat, Gregory Bourdy dari Perancis dengan kelebihan satu pukulan.

Gelaran Terbuka Malaysia adalah kedua buat Manassero selepas dia meraih kejuaraan Castello Masters Costa Azahar di Valencia, Sepanyol pada Oktober tahun lepas.

"Kemenangan pertama adalah pencapaian terbaik kerana anda tidak tahu bila ia akan berlaku. Suasana agak tegang di sini tetapi pengalaman memenangi gelaran pertama sebelum ini banyak membantu saya," kata Manassero, yang menjadi pemain Itali pertama menjuarai gelaran Terbuka Malaysia.

Manassero menambah, kedua-dua gelaran yang dirangkul itu adalah berbeza dengan Castello Masters agak mudah, manakala saingan di KLGCC amat sengit dari pusingan pembukaan lagi.

Selaku juara, Manassero menerima hadiah wang tunai AS$416,660 (RM1.26 juta) dan trofi berprestij dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Matlamat Manassero untuk muncul 50 pemain terbaik dunia mungkin tercapai dengan kejayaan semalam memandangkan dia menduduki ranking ke-57 dunia setakat 10 April lalu.

"Berikutan pencapaian ini, saya mungkin mencapai matlamat dalam kedudukan ranking dunia.

"Sekiranya tercapai matlamat itu, saya akan menjadi insan paling gembira kerana hanya menjadi pemain profesional selama 11 bulan," jelasnya.

Manassero berkata, kejayaan itu telah meningkatkan keyakinan dalam dirinya dan akan cuba memburu kejayaan lagi bagi mengekalkan momentum tersebut.

"Sudah pasti saya akan meraikan kejayaan di sini serta ulang tahun kelahiran saya bersama keluarga dalam majlis jamuan malam," katanya.

Dalam pada itu, Bourdy melakukan catatan lima bawah par 67 pada pusingan terakhir untuk mengumpul 273 di tangga kedua diikuti pemain No. 9 dunia, Rory McIilroy dari Ireland Utara, dengan ketinggalan dua pukulan di belakang Manassero.

Pemain Bangladesh, Siddikur Rahman muncul sebagai pemain terbaik Asia dengan menduduki tangga kelapan, ketinggalan tujuh pukulan di belakang juara.

"Penonton memberikan banyak sokongan selepas saya mencatatkan birdie pada lubang terakhir. Saya rasa seperti sudah menang kejohanan ini.

"Sebelum ini, ramai penduduk di negara saya tidak mengenali sangat sukan golf dan kini mereka akan memberi perhatian kepada saya selepas muncul antara 10 pemain terbaik," kata Siddikur.

Pemain No. 1 dunia, Martin Kaymer dari Jerman, yang melakukan catatan par 72 pada hari terakhir, hanya berkongsi kedudukan di tangga kesembilan bersama pemain Sepanyol, Alejandro Canizares dengan jumlah 280 pukulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen