Harian Metro: Arena |
Posted: 16 Apr 2011 11:19 AM PDT DANNY Chia tampil sebagai satu-satunya pemain tempatan yang melepasi kelayakan untuk terus beraksi pada pusingan ketiga kejohanan golf Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur Golf & Conutry Club (KLGCC), semalam. Pemain profesional berusia 39 tahun itu menamatkan permainan pusingan kedua dengan catatan satu atas par 73 dan mengumpul sejumlah par 144 sepanjang dua hari permainan.
"Ini membuatkan saya tidak dapat tidur malam tadi kerana terlalu memikirkannya. Ia suatu cabaran mental bagi saya," kata Chia.
Noh, juara termuda Order of Merit Jelajah Asia mencatat par 72 semalam untuk mengumpul satu atas par 145.
|
Vettel rebut petak pertama Grand Prix China Posted: 16 Apr 2011 11:12 AM PDT SHANGHAI: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel terus mempamerkan persembahan bertenaga untuk merebut petak pertama semalam menjelang perlumbaan Grand Prix China. Vettel meraih petak pertama buat kali ketiga berturut-turut musim ini dan memburu kemenangan ketiga musim ini dengan mendahului 0.7 saat berbanding pelumba McLaren, Jenson Button di depan rakan sepasukan, Lewis Hamilton.
Pelumba Mercedes, Nico Rosberg akan memulakan perlumbaan di petak keempat di depan dua pelumba Ferrari, Fernando Alonso dan Felipe Massa.
Ketika Webber terpaksa bergelut memburu mata dalam perlumbaan hari ini , rakan sepasukannya Vettel dikatakan bakal menjadi pelumba pertama selepas Michael Schumacher pada 2004 menjuarai tiga perlumbaan awal berturut-turut.
"Kami mempunyai sebab untuk berasa seronok tetapi ia juga boleh menjadi satu ancaman jadi saya akan berikan perhatian supaya ia tidak berlaku," katanya. - AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan