Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Remaja Itali juara Maybank

Posted:

Remaja Itali juara Maybank

Remaja Itali juara Maybank

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pemain remaja Itali, Matteo Manassero menerima hadiah paling istimewa dua hari sebelum menyambut hari jadi ke-18, apabila merangkul kejuaraan golf Maybank Terbuka Malaysia dengan memahat rekod selaku juara termuda, malah hanya 11 bulan selepas bergelar profesional.

Manassero memadam rekod pemenang termuda milik bintang remaja Korea Selatan, Noh Seung-yul yang muncul juara edisi 2010 pada usia 19 tahun, selepas mengetepikan pencabar terdekatnya, Gregory Bourdy dari Perancis dengan kelebihan satu pukulan.

Dia melengkapkan empat pusingan dengan 272 pukulan, 16 bawah par.

Tidak begitu diberi perhatian pada awal kejohanan, pemain kelahiran Negrar, Itali itu mencuri tumpuan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) dengan persembahan memukau, termasuk mencatat eagle di lubang 10 untuk menutup cabaran dengan 68 pukulan pada hari terakhir.

Sementara itu, bintang muda Ireland Utara yang mendahului pusingan kedua dan ketiga, Rory McIlroy melengkapkan kejohanan bernilai AS$$2.5 juta (RM8 juta) ini dengan berkongsi tangga ketiga bersama Rafael Cabrera-Bello dari Sepanyol menerusi 275 pukulan, 13 bawah par.

Dua lagi pemain tumpuan - jaguh No. 1 dunia, Martin Kaymer dan juara Masters, Charl Schwartzel sekalipun gagal memenuhi pengharapan muncul juara, namun masih menutup saingan dengan baik.

Kaymer berkongsi tangga kelapan bersama Alejandro Canizares selepas mengumpul lapan bawah par 280 manakala Schwartzel dengan tujuh bawah par berada pada kedudukan ke-11.

"Ini adalah kejayaan yang menakjubkan. Saya mahu menyambut hari jadi ke-18, Selasa ini dengan meraikan kemenangan ini bersama keluarga dan rakan-rakan di Verona kerana ia sangat istimewa.

"Saya rasa, memenangi Jelajah Eropah pertama tahun lalu banyak membantu saya untuk menguruskan permainan dengan lebih baik. Dengan mengambil kira saya baru 11 bulan bergelar profesional, malah pada usia yang masih muda, ini adalah pencapaian hebat," ujar Manassero.

Menurut pemain berusia 17 tahun itu, dengan memenangi Terbuka Malaysia dia sudah memenuhi sasarannya tahun ini, iaitu merangkul sekurang-kurangnya satu kejuaraan Jelajah Eropah pada ketika karier profesionalnya masih mentah, namun itu tidak bermakna dia sudah berpuas hati.

Malah, kemenangan semalam turut membolehkan Manassero membawa pulang AS$$416,660 (RM1.3 juta) dan diberi penghormatan menerima trofi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Lubang lapan dan sembilan memainkan peranan besar, saya ketinggalan di belakang pendahulu, Bourdy ketika itu. Saya terselamat dari bunker (lubang sembilan) dan kemudian melakukan eagle, mungkin itu adalah kunci kejayaan saya hari ini.

"Ia tidak mudah kerana lapangan di sini sangat padat dengan ramai pemain yang bermain baik," kata Manassero lagi, yang juga Pendatang Baru Terbaik Eropah 2010.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Danny terbaik walau tidak menang

Posted:

Danny terbaik walau tidak menang

Danny terbaik walau tidak menang


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kiri) menyampaikan trofi kepada Danny Chia yang menjadi pemain terbaik tempatan pada Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Izham Jaafar


KUALA LUMPUR - Danny Chia tidak mampu memenuhi pengharapan peminat tempatan untuk menjadi pemain negara pertama merangkul kejuaraan golf Maybank Terbuka Malaysia, namun senyuman tetap terukir di bibir pemain berusia 39 tahun itu semalam selepas membawa pulang hadiah lumayan AS$$14,750 (RM44,604).

Muncul pemain tunggal tempatan melepasi kelayakan pada kejohanan bernilai AS$$2.5 juta (RM8 juta) ini, Danny menamatkan kempen dengan berkongsi kedudukan ke-41 bersama empat lagi pemain, Maarten Lafeber (Belanda), James Kingston (Afrika Selatan), Thaworn Wiratchant (Thailand) dan Prayad Marksaeng (Thailand) selepas mengumpul 287 pukulan, satu bawah par.

Dia sepatutnya mampu melakukan melakukan yang lebih baik selepas seketika mencatat empat bawah par di awal saingan, namun enam bogey (termasuk empat berturut-turut menuju lubang akhir) pada hari penutup, menyaksikan Danny melengkapkan pusingan keempat dengan empat atas par 76.

"Saya mempunyai perasaan yang bercampur baur hari ini, saya fikir saya sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik melihat kepada cara saya melakukan pukulan, malangnya tidak banyak yang boleh saya lakukan pada pusingan terakhir.

"Apa pun, selepas menamatkan kejohanan dengan satu bawah par, tidak banyak yang perlu saya rungut, apatah lagi saya melakukan banyak putt yang baik,'' ujar Danny, yang terikat di tangga ke-20 dengan lima bawah par selepas menamatkan pusingan ketiga.

Menurut Danny lagi, dapat beraksi satu flight bersama juara Masters, Charl Schwartzel dan penyandang juara Terbuka Britain, Louis Oosthuizen tetap meninggalkan pengalaman manis buatnya sepanjang kejohanan ini, malah menjadi inspirasi kepadanya untuk mencari kemasyhuran Jelajah Asia.

"Setiap kali bertanding pada Terbuka Malaysia, ia adalah proses pembelajaran. Dalam beberapa hari ini saya berkesempatan berganding bersama dua juara kejohanan utama dunia," ujar Danny.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan