Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei mantap

Posted: 26 Jun 2011 01:08 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Lakar kejuaraan hatrik selepas benam Peter Gade pada aksi final

LEE Chong Wei meraikan kejuaraan keenamnya tahun ini dengan catatan manis apabila melakar hatrik kejuaraan perseorangan lelaki badminton Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen di Istora Senayan, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu yang setakat ini sudah empat kali menjuarai Terbuka Indonesia selepas mengungguli pada 2007, 2009 dan 2010 nyata sukar ditandingi oleh Christensen apabila mudah menamatkan saingan dengan 21-11, 21-7 dalam masa hanya 31 minit. Malah, dalam pertarungan itu, Chong Wei, 29, hanya membenarkan lawan sekali saja mendahului pada set pertama pada kedudukan 3-2, sebelum langsung tidak membenarkan Christensen memintasnya hingga ke mata penamat, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang mengungguli 13 daripada 14 pertemuannya dengan bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu.

"Saya bermain dengan penuh keyakinan dan tidak terjejas langsung dengan gelagat penonton," kata Chong Wei kepada wartawan mengenai suasana bising penonton yang bersorak setiap kali dia melakukan smash.

"Tentu sekali Peter adalah seorang pemain yang bagus... tetapi kami sudah bermain menentang antara satu sama lain sebanyak 14 kali, maka saya tahu bagaimana cara dia mencorakkan permainannya."

Chong Wei yang mara ke tujuh final tahun ini telah memenangi lima kejuaraan sebelum ini - Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas, Seluruh England, Terbuka India dan Masters Final - dan satu-satunya kekalahan yang dialaminya ialah kepada jaguh China Lin Dan di Terbuka Korea Januari lalu.
Laluannya ke final Terbuka Indonesia kali ini agak mudah apabila memulakan saingan menentang pemain muda tuan rumah Tommy Sugiarto di pusingan pertama, menewaskan pemain ranking ke-27 dari Hong Kong, Wong Wing Ki di pusingan kedua, menyingkirkan pilihan ketujuh dari Vietnam, Nguyen Tien Minh di suku akhir sebelum mengetepikan pilihan keempat dari China, Chen Long di separuh akhir.

Usaha Chong Wei memburu kejuaraan hatriknya menjadi lebih mudah apabila seteru utamanya, Lin Dan yang dijangka menjadi lawannya pada final tersingkir awal secara mengejut di pusingan kedua kepada pemain Jepun, Sho Sasaki.

Kemenangan semalam membolehkan Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$45,000 (RM136,822) kejohanan yang menawarkan hadiah kedua termahal selepas Terbuka Korea, manakala Christensen membawa pulang AS$22,500 (RM136,822).

Sementara itu, dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan yang dikuasainya sejak dua tahun lalu selepas tewas kepada pemain nombor tiga dari China, Wang Yihan 12-21, 23-21, 21-14.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mat Kilau

ini lah dia warga negara menyumbang bagi kebanggaan negara bukan menyumbang nak menjahanamkan negara

Yusof

Tahniah Dan Syabas...
Harap akan ada pelapis Chong Wei selepas Ini..

safian ahmad

Tahniah dan syabas Dato.
Teruskan berusaha dengan gigih lagi untuk menang pada masa depan.

darmansyah

tahniah DLCW.kami bangga dengan datuk

Fairuz Sudin

Peter gade menang RM68,411.00
biasa laa typo error..

ricky

tahniah datuk...coz mengharumkan nama negara..cayok2..malaysia boleh..@_@..

haina kazuma

saya memang berbangga dengan kejayaan dato' kerana telah mengharumkan nama Malaysia.saya ucapkan tahniah kepada beliau dan berharap pelapis akan muncul selepas beliau bersara nanti.bakat-bakat baru harus dicungkil untuk memartabatkan sukan badminton negara kita.

MAIDIN JALI

KERJAAN BUAT APA YANG PATUT LAAA

Wadi

Tahniah Datuk lee Chong Wei, anda merupakan pemain terbaik dalam sejarah Malaysia. Perlu berhati-hati dengan skuad China yg sentiasa memerhati &mangkaji pergerakan anda berikutan tindakan mereka memasang kamera di empat penjuru gelanggang..

adiy putra ,w-p-labuan

tahniah pd datuk,u a champion in one wolrd.sy bangga mjd ank malaysia.sy harap datuk dapat pertahankn gelaran juara itu

christopher

Tahniah....atas kejeyaan dato...teruskn usaha untuk mengharumkan nama negara....

shaf

datuk..brkenaan lindan 2..kehebtaannya xlh mcm dulu...cyalh datuk...x da lagi...lindan tetap x da daya lagi pd datuk...krna khbtan datuk lindan da tau...lindan takuuuut..

wanjeff

Typing error lah zam..mana boleh mat salleh tu nak dpt duit sama ngan dtk. Dahlah main mcm budak kecik..go dtk go..

MMYazan

tahniah..LeeChonWei...
anda hebat!!!tapi pastikan badi dgn lin dan hilang...dan anda akan mencipta lagenda generasi baru badminton negara!

azlansalam

jutaan thniah...kekalkan momentum...

DINO

TAHNIAH DATO' TERUS DAN KEKALKAN KECEMERLANGAN.

Siti Jienah

TAHNIAH! DLCW..... keep it up!...

helmi

Waktu kira nak tukar dolar kepada ringgit untuk peter...nilai ringgit jatuh kot berbanding dollar sebab tu jadi sama....

mamat

borring lah, Lin Dan takde.

orangkecil

Tahniah! Lee Chong Wei sumber inspirasi rakyat M'sia

mwa

TAHNIAH Datuk LCW. Teruskan rentak cemerlang anda di masa hadapan.

zam

mcm mana jumlah duit chong wei sama dengan pete gade RM136,822...

Zam

Tahniah Chong Wei... Lepas ni pasti boleh kalahkan Lin Dan lagi...

jumilahjuar@yahoo.com

harap dato'Lee Chong Wei fokus utk meraih emas pertama olimpik buat Malaysia.Jangan anggap lin Dan sudah turun prestasi sebab pemain tembok besar china ini penuh tipu muslihat.

koh

pendekar betminton malaysia lee chong wei .no 1 dunia.puas hati kalau hidup macam lee chong wei.tuhan sayang banyak tolong manusia lain.

Abdu Majid - KULAI JOHOR

Teruskan.....Malaysia BOLEH...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mexico dakap trofi Piala Emas CONCACAF

Posted: 26 Jun 2011 01:02 PM PDT

Sukan

PEMAIN Mexico meraikan kejayaan dakap trofi Piala Emas benam AS 4-2.

PEMAIN Mexico meraikan kejayaan dakap trofi Piala Emas benam AS 4-2.

Ledak empat gol berturut-turut memadam dua gol awal AS, juarai kejohanan kali ke-6

CALIFORNIA: Mexico menjuarai Piala Emas CONCACAF buat kali keenam apabila meledak empat gol berturut-turut selepas ketinggalan dua gol ketika menewaskan Amerika Syarikat (AS) 4-2 di Stadium Rose Bowl kelmarin.

Pablo Barrera meledak gol keduanya dalam permainan itu pada minit ke-50 untuk mendahului tuan rumah selepas terikat 2-2 dan Giovani Dos Santos melebarkan jurang kemenangan pada minit ke-76 buat Mexico yang ketinggalan dua gol selepas 23 minit. "Tidak ada saat lebih manis berbanding kemenangan," kata jurulatih Mexico, Jose Manuel de la Torre. Mexico merangkul gelaran kedua berturut-turut kejohanan rantau Amerika Utara yang diadakan dua tahun sekali itu dengan menewaskan lawan sama pada final 2009, sekali gus layak ke Piala Konfederasi FIFA 2013.

Penyerang Mexico, Javier Hernandez yang bermain untuk kelab Inggeris Manchester United, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga Piala Emas selepas mendahului senarai penjaring tahun ini dengan tujuh gol. Mexico dan AS memenangi 10 daripada 11 kejuaraan Piala Emas yang dipertandingkan sejak 1991.

Dos Santos menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan apabila menggelecek penjaga gol AS, Tim Howard yang keluar dari kawasan-nya, kemudian menewaskan dua pertahanan sebelum melambung bola melepasi Eric Lichaj.

AS sepanjang kejohanan menampilkan permainan bertahan yang kental sehingga berdepan jentera serangan licik Mexico. Kapten AS, Carlos Bocanegra berkata, berlaku kekeliruan dalam barisan pertahanan pasukannya kelmarin.
"Ia malam yang amat mengecewakan," kata Bocanegra. "Pertahanan kami tidak cukup baik kali ini." Tuan rumah mendahului seawal minit kelapan menerusi Michael Bradley dan Landon Donovan menambah jaringan pada minit ke-23.

Menurut de la Torre, walaupun dikejutkan de-ngan dua gol awal, pemainnya tidak cepat mengalah dan mengekalkan fokus untuk merapatkan jurang. "Walaupun risau, anda tidak boleh membiarkan keadaan kelam kabut," katanya. "Nasib baik pemain-pemain kami sentiasa tenang sepanjang permainan."

Barrera membuka ja-ringan untuk Mexico pada minit ke-29, dan Andres Guardado yang bermain dengan kecederaan di buku lali kiri, menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum rehat yang mencetus semangat berbeza buat pasukannya sebaik masuk pada babak kedua perlawanan. - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan