Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Jun 2011 11:30 AM PDT AURA kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Mohd Safee Sali mula yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke-143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.
"Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini," katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.
Jika Malaysia berjaya mengatasi Taiwan yang dibimbing Lo Chih-tsung selepas aksi timbal balik di gelanggang lawan Ahad ini, mereka bakal berdepan lawan yang sudah menanti, Singapura di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai bagi merebut tempat ke pusingan ketiga yang bakal membabitkan 20 pasukan.
"Skuad kali ini nampak mempunyai kekuatan di bahagian serangan ini kerana kita kena menang pada perlawanan pertama dengan Taiwan untuk mendapat bekalan selesa bagi perlawanan kedua. "Saya harap kami dapat mengekalkan prestasi seperti ketika menewaskan Myanmar (2-0) sebelum ini," katanya.
|
Posted: 26 Jun 2011 11:27 AM PDT KECEWA sekadar menjadi penonton pada perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 Khamis lalu tidak mahu lagi diulangi pemain pertahanan kental, Mahali Jasuli yang berharap diberi peluang untuk bersama skuad kebangsaan mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini. Mahali, 22, terlepas peluang beraksi ketika skuad Olimpik negara menewaskan Lubnan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua Olimpik kerana digantung satu perlawanan gara-gara dilayangkan kad kuning kedua pada aksi pertama di Beirut yang berkesudahan seri 0-0.
"Walaupun sekarang saya tak cedera dan bebas daripada penggantungan perlawanan, itu tidak bermakna tempat saya dalam skuad senior sudah terjamin kerana ramai lagi pemain bagus. Saya perlu beraksi lebih baik untuk mendapat kepercayaan jurulatih," katanya.
Bagaimanapun kali ini, Mahali terpaksa bersaing dengan pemain Terengganu, Mohd Helmi Remeli yang dilihat begitu menyerlah ketika Malaysia menumpaskan Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Kota Bharu Sabtu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan