Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Panggilan Cardiff'

Posted: 07 Sep 2011 05:40 PM PDT

Sukan

PELUANG kini terbuka luas buat penyerang sensasi negara, Mohd Safee Mohd Sali mengembangkan kerjaya ke pentas bola sepak Eropah apabila secara rasmi ditawarkan menjalani ujian percubaan bersama kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City, 12 hingga 27 September ini.

Selain itu, penyerang sensasi berusia 27 tahun turut dikhabarkan mendapat tawaran ujian percubaan bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) serta lima kelab dari Jerman, tetapi tiada tawaran rasmi diterima setakat ini.

"Semalam (kelmarin) saya mengadakan perbincangan dengan pemilik Cardiff City (Datuk Chan Tien Ghee) dan alhamdulillah mereka bersetuju untuk menjemput Safee hadir latihan ujian selama dua minggu di sana bermula Isnin ini. "Safee akan menjalani latihan bersama pasukan utama Cardiff City di bawah pengawasan pengurus pasukan, Malky Mackay.

"Jika berjaya, Safee berpeluang beraksi terus dengan Cardiff City secara pinjaman dan tak perlu menunggu pintu perpindahan Januari depan," kata pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim ketika dihubungi, semalam.

Namun segalanya bergantung kepada pelepasan majikan Safee ketika ini, Pelita Jaya yang kini dalam persiapan menghadapi menghadapi saingan musim baru Liga Super Indonesia (ISL) bermula 8 Oktober ini.

Safee yang nyata teruja dengan tawaran ujian berkenaan berkata: "Sejak kecil saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi di England. Kini saya mendapat peluang menjalani ujian. Ia umpama peluang sekali seumur hidup dan saya akan cuba membuktikan kemampuan diri."
Dua minggu lalu, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim terlebih dahulu mendapat tawaran ujian percubaan bersama Cardiff City.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


‘Kami belum lagi di zon selesa’

Posted: 07 Sep 2011 05:38 PM PDT

Sukan

Kelantan tak boleh hilang fokus, ia hanya satu permulaan positif: Azman

KELANTAN harus mengelak perasaan sudah berada dalam 'zon selesa' hanya kerana sudah memenangi satu perlawanan kerana apa yang penting ialah terus mendukung ciri-ciri selaku juara dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata tiga mata dikutip ketika menewaskan Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Kuching hanya satu permulaan positif.

"Untuk perlawanan pertama, kita berpuas hati dengan persembahan pemain namun masih ada beberapa kelemahan perlu dibaiki. "Bagaimanapun, kemenangan ke atas Sarawak tidak boleh memastikan kita berada dalam 'zon selesa' berikutan pencabar pasukan lain dalam kumpulan dilihat mampu memberi saingan," katanya ketika dihubungi semalam.
Azman berkata, Kelantan tidak boleh hilang fokus kerana saingan dalam dalam kumpulan ini tidak boleh dipandang remeh kerana misi pasukan di bawah kendalian Datuk M Karathu harus bekerja keras untuk mara ke peringkat suku akhir dalam usaha mahu mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia.

"Kami harap permulaan yang baik ini dapat diteruskan sehingga layak ke peringkat seterusnya dan pemain diingatkan supaya tidak mudah selesa kerana permainan baru saja bermula.

"Kami akan beri tumpuan untuk perlawanan seterusnya supaya pemain tidak hilang fokus malah segala kelemahan daripada perlawanan pertama akan dibaiki sebelum perlawanan kedua," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan