Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Safee tak sabar gegar

Posted: 07 Sep 2011 09:14 AM PDT

KELAB Liga Kejuaraan, Cardiff City terus memberikan peluang kepada pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan bersaing dalam kancah bola sepak Eropah.

Kali ini kelab Liga Divisyen Dua England yang diambil alih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee tahun lalu itu membuka pintu buat penyerang berbisa negara, Mohd Safee Sali untuk menjalani ujian percubaan (trial) selepas kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu mendapat peluang terbabit.


Namun Mohd Safee yang juga penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC bakal terlebih dulu diuji bersama kelab berpangkalan di Wales selama dua minggu bermula Isnin ini dengan Mohd Safiq perlu memberikan komitmen bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

"Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya tidak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris. Malah ketika kecil saya mengimpikan beraksi di sana dan kini saya sudah dapat peluang melakukannya.


"Pintu sudah terbuka untuk saya. Ia peluang sekali dalam seumur hidup dan saya akan berikan segala-galanya untuk membuktikan kemampuan," kata penyerang berusia 27 tahun itu yang sering dibandingkan dengan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.


Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu adalah antara tonggak yang membantu Malaysia menjuarai piala rebutan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama sehingga memikat hati Pelita Jaya FC untuk mengikatnya, sekali gus menjadi pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).

Malah kehadirannya di kelab terbabit amat dirasai apabila menjaringkan sejumlah gol penting untuk mengelakkan Pelita Jaya FC tersingkir ke liga bawahan.


Mohd Safee juga mempamerkan sentuhan berbisa pada Julai lalu apabila meledak dua gol ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Dua bekas EPL perkukuh Selangor

Posted: 07 Sep 2011 09:04 AM PDT

KELIBAT dua bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang beraksi di posisi serangan dan tengah akan menguatkan Pilihan Selangor dalam usaha merampas kembali Piala Sultan Selangor edisi ke-10 tahun ini pada perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 1 Oktober ini.

Malah, bekas pemain EPL terbabit berkemungkinan besar akan bergandingan dengan bekas pemain Selangor yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali dalam aksi menentang Pilihan Singapura itu.


Pengerusi jawatankuasa penganjur kejohanan terbabit, Datuk Abdul Karim Munisar menjelaskan pengumuman terperinci mengenai dua bekas pemain EPL terbabit akan dibuat selepas mendapat persetujuan.

Ini dilihat langkah drastik dalam menguatkan skuad Selangor yang kini terumbang-ambing dalam kancah bola sepak tempatan selain menamatkan penantian untuk membawa pulang piala terbabit selepas kali terakhir dimenangi pada 2008.


Malah usaha terbabit turut mendapat reaksi positif jurulatih Selangor, K Devan yang menyifatkan kehadiran tiga pemain itu bakal mengimbangi lawan yang akan dibarisi ramai pemain import.


"Sudah dua tahun (2009 dan 2010) kami beraksi tanpa pemain import, permainan memang berat sebelah dan kali saya berharap ia akan lebih seimbang. Ia juga berlangsung pada tarikh yang sesuai kerana saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia sudah tamat sepenuhnya," katanya.

Terdahulu berlangsung majlis penajaan untuk kejohanan edisi ke-10 terbabit berjumlah RM1.7 juta yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Selain aksi Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura, para peminat turut akan dihiburkan dengan aksi veteran Selangor menentang Singapura.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan