Berita Harian: Sukan |
Posted: 08 Sep 2011 03:29 PM PDT Sukan Polis Johor intip bookie terima dan jawab telefon secara kerap di Stadium LarkinPERMULAAN kancah bola sepak Piala Malaysia tercemar apabila disahkan seorang bookie ditahan polis dipercayai terbabit dengan sindiket mengendali pertaruhan perlawanan membabitkan Johor dan Kedah di Stadium Larkin, Selasa lalu. Kini, apa yang pasti satu gambaran terjelma betapa perlawanan peringkat kumpulan di lapan gelanggang, Sabtu ini bakal dipantau dengan andaian gelagat sama mungkin berulang mencalar imej bola sepak negara. Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Md Jais Sarday yang ditemui menyuarakan pengharg aan terhadap kejayaan Polis Johor dan sedia membantu usaha membanteras gejala yang masih menular itu. Beliau menggesa agar polis mengambil tindakan tegas termasuk bersikap proaktif dengan menyiasat mana-mana pasukan atau pemain yang disyaki terbabit."Sebelum ini saya akui ada spekulasi mengenai gelagat perjudian tetapi tiada bukti kukuh. Sebelum saingan Piala Malaysia musim ini bermula, kita sudah menyingkirkan empat pemain kerana disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan. Jun lalu, seorang bookie dari Singapura dan bekas jurulatih didakwa di tiga mahkamah berasingan atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan membabitkan T-Team, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Presiden. "PBNJ memandang serius dan sedia bekerjasama dengan polis dalam membanteras kegiatan tidak bermoral ini bagi memastikan arena bola tempatan khususnya di negeri ini tidak dibelenggu dengan gejala rasuah," katanya. Kesibukan menerima dan menjawab panggilan telefon berhubung pertaruhan dibuat di tempat duduk utama stadium berkenaan, membuatkan bookie terbabit tidak menyedari dirinya sedang diintip sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Polis Johor yang membuat pemantauan terhadap kegiatan haram itu. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 10.50 malam. "Hasil maklumat dan risikan yang dibuat, suspek berjaya ditahan ketika dia sedang sibuk menerima dan menjawab panggilan telefon dipercayai daripada individu yang membuat pertaruhan berhubung perlawanan yang sedang berlangsung di stadium berkenaan ketika itu. "Susulan tangkapan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit dan kertas catatan yang memaparkan jumlah pertaruhan dan perlawanan diterimanya," katanya ketika dihubungi, semalam. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Azamm janji bangkit di Kota Bharu Posted: 08 Sep 2011 03:26 PM PDT Sukan 'Tekanan aksi persahabatan tidak sama dengan perlawanan sebenar'MENJELANG perlawanan kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia menentang Johor FC, esok penyerang pinjaman Kelantan, Azammuddin Mohd Akil berjanji mengembalikan sentuhan gol seperti pernah dilakukan dalam aksi persahabatan sebelum ini. "Tekanan masa perlawanan persahabatan tidak sama dengan perlawanan sebenar. Itu jelas apabila saya gagal untuk menyerap tekanan ketika menentang Sarawak, Selasa lalu sekali gus memaksa saya beraksi di bawah kemampuan sebenar. "Saya kini hanya perlu berdepan dengan harapan tinggi penyokong yang mahu melihat kebangkitan saya. Saya tidak mahu hampakan mereka dan jika diturunkan saya nekad mengembalikan sentuhan seperti pernah ditunjukkan ketika perlawanan persahabatan sebelum ini," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Alex. Pemain pinjaman dari Pahang itu berjaya menunjukkan kombinasi baik bersama penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini termasuk ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dan menang 1-0 ke atas Selangor.Alex berpendapat The Red Warriors tidak boleh memandang rendah keupayaan Johor FC dan perlu beri lebih perhatian kepada tonggak berpengalaman lawan, Eddy Helmi Abdul Manan. "Kelantan tidak berdepan sebarang masalah menumpaskan Johor FC cuma apa yang penting semua pemain perlu berwaspada dengan kehadiran Eddy Helmi.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan