Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya juga teraniaya'

Posted: 20 Feb 2012 04:20 PM PST

Sukan

FIRDAUS menunjukkan laporan polis menafikan penggunaan dadah di ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar.

FIRDAUS menunjukkan laporan polis menafikan penggunaan dadah di ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Atlit angkat berat Firdaus buat laporan polis, minta siasatan

SELEPAS atlit olahraga Mohd Yunus Lasaleh, atlit angkat berat negara, Firdaus Abdul Razak, 24, pula membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dia mengambil dadah terlarang ketika Sukan SEA Indonesia tahun lalu.

Selain mahu perkara itu disiasat pihak berkuasa, Firdaus berkata, laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan termasuk menyiasat jenis ubat yang diberikan jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan. Dia berkata, sepanjang pembabitannya dalam kejohanan sukan angkat berat sejak 10 tahun lalu, dia bersih daripada sebarang pengambilan bahan terlarang dan menyifatkan kes berkenaan sebagai satu penganiayaan terhadapnya.

"Kemungkinan saya dianiaya jurulatih terbabit kerana sepanjang pembabitan saya dalam sukan ini, saya tidak pernah mengambil bahan terlarang. Saya melalui ujian sejak 2002 dan kali terakhir pada 17 September tahun lalu, yang menunjukkan saya bebas daripada sebarang bahan terlarang untuk kelayakan ke Sukan SEA iaitu ketika kejohanan angkat berat kebangsaan di Kuala Lumpur, sebelum berlatih di China," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.

Firdaus berkata, susulan kes itu, dia terpaksa menanggung malu dan mahu namanya dibersihkan kerana yakin dirinya teraniaya.

Menurutnya, rakan baiknya ada memaklumkan bahawa berkenaan menghubungi rakannya itu untuk meminta Firdaus tidak membuka mulut mengenai ubat berkenaan.
Sebelum ini, Firdaus yang positif ujian dadah ketika beraksi pada temasya Sukan SEA Indonesia, mendakwa dia diberi dua jenis ubat berbentuk kapsul berwarna putih oleh jurulatih itu sepanjang latihan di China.

Dia mendakwa diberi ubat berkenaan secara tertutup dalam sebuah bilik dan jurulatih menyatakan ubat itu sebagai makanan tambahan dan sejenis herba China yang boleh membantunya menjalani latihan bersama atlit angkat berat lain.

"Saya ada menghubungi Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong bagi mendapatkan nasihat mengenai kejadian ini dan beliau meminta saya membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan itu, selain membersihkan nama saya yang sudah tercalar," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amamiza

MSN perlu melihat kembali sistem mengukur pencapaian proram sesebuah persatuan sukan. Rata-rata pengukuran menggunakan KPI sudah disalahgunakan oleh pegawai persatuan. Malah dalam jabatan agensi serta organisasi awam dan swasta dimana KPI telah menjadi alat mengukur "kehebatan" pegawai

kulah bin jaid

RAMAI NAK JADI PEMIMPIN KERANA WANG DAN PANGKAT BUKAN NIAT BERIBADAH KERANA ALLAH.TAK HAIRAN MANUSIA HARI SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA WALAUPUN BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG DUNIA DAN HUKUM ALLAH. KESIMPULANNYA ZALIM.

zaragoza

Satu langkah yang bijak. Kalau dia tidak membela diri, siapa lagi nak tolong. kalau Harapkan KOM...sampai mati la. KOM cuma berminat tumpang kejayaan apabila atlit menang....


Hafiz sedia berkorban

Posted: 20 Feb 2012 02:43 PM PST

Sukan

HAFIZ menunjukkan prestasi memberangsangkan di Macau walaupun tewas dalam dua perlawanan awal.

HAFIZ menunjukkan prestasi memberangsangkan di Macau walaupun tewas dalam dua perlawanan awal.

Ikuti latihan lebih awal bersama pasukan negara

MUHD Hafiz Hashim sedia berkorban mengikuti latihan lebih awal bersama skuad negara bagi persiapan membentuk pasukan lebih mantap dan seimbang bagi pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, Mei depan.

Pemain profesional KLRC itu mengakui andai dia benar-benar mahu lebih bersedia bagi menggalas tugas selaku perseorangan kedua di Wuhan, dia perlu mengikuti latihan bersama pemain lain. "Saya akui persembahan saya belum benar-benar mantap dalam pusingan kelayakan ini, tetapi saya yakin prestasi mampu ditingkatkan lagi andai saya mengikuti latihan dan sparring dengan pemain lain lebih awal.

"Namun, saya perlu berbincang dengan KLRC terlebih dulu dan kata putus terletak di tangan mereka," kata juara Sukan Komanwel 2002 dan Seluruh England 2003 itu.

Hafiz menjadi satu-satunya pemain di luar naungan BAM yang tersenarai dalam skuad negara ke pusingan kelayakan di Macau.

Skuad yang diterajui jaguh perseorangan negara Lee Chong Wei itu menepis keraguan terhadap kemampuan mereka apabila layak secara automatik ke pusingan akhir selepas mara ke separuh akhir dengan membenamkan India 3-0.
Hafiz menyumbang mata kemenangan dalam perlawanan itu, tetapi dia bagaimanapun tewas dalam dua perlawanan peringkat kumpulan ketika menentang Hong Kong dan Korea Selatan.

Sementara itu, ahli panel Pasukan Prestasi Tinggi (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, Hafiz menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun tewas dalam dua perlawanan awal.

"Dia masih pemain terbaik di belakang Chong Wei dan jika mahu membentuk pasukan mantap menjelang pusingan akhir, kami berharap dia dapat mengikuti latihan lebih awal bersama pemain lain.

"Selain dapat mempertingkatkan prestasinya, kehadirannya lebih awal bersama pemain lain mampu membentuk semangat sepasukan yang lebih jitu menjelang pusingan akhir itu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan