Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Feb 2012 08:20 AM PST KEJAYAAN skuad lelaki negara memenuhi sasaran melangkah ke pusingan akhir di Wuhan, China, Mei ini pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau hujung minggu lalu melegakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun persoalan sekarang siapa pemain bakal diturunkan selepas BAM mula memasang impian untuk mara jauh. Pengurus pasukan Piala Thomas & Uber, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah akur mereka tidak mempunyai banyak pilihan kecuali menggunakan pemain sama yang dianggap barisan terbaik negara ketika ini.
Begitupun Syed Abu Bakar berkata, barisan pemain perseorangan kecuali Datuk Lee Chong Wei perlu meningkatkan tahap permainan jika benar-benar mahu membantu skuad negara memburu kemasyhuran di China.
"Koo Kien Keat-Tan Boon Heong nampaknya sudah menemui sentuhan malah beregu muda Goh V Shem-Lim Khim Wah juga membuktikan kita masih ada beregu kedua yang kuat.
Meskipun merasakan cukup untuk mempunyai tiga pemain kuat iaitu satu perseorangan dan dua beregu, Syed Abu Bakar berkata, skuad negara memerlukan perseorangan kedua dan ketiga yang mantap untuk menghadapi China.
|
Posted: 20 Feb 2012 08:00 AM PST JAWATANKUASA Anti-Doping ditubuh Kesatuan Olahraga Doping (KOM) terpaksa menangguhkan siasatan kes atlet kuartet 4x400 meter negara, Muhammad Yunus Lasaleh yang didapati positif ujian dadah di Sukan Sea tahun lalu selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerima arahan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Indonesia (Inasoc) yang mahu menjalankan siasatan kes itu terlebih dulu. Serentak dengan itu, hasil siasatan jawatankuasa dipengerusikan Datuk R Annamalai itu yang menyoal-siasat Muhammad Yunus kira-kira sejam pagi semalam dibatalkan serta-merta.
"Siasatan terpaksa ditangguhkan atas arahan MOM kerana mereka menunggu laporan Inasoc. Perlu tunggu keputusan mereka dulu sebab itu adalah peraturannya.
Muhammad Yunus juga baru-baru ini sudah membuat laporan polis bagi memperjelas dan mempertahankan dirinya selain mendedahkan punca di sebalik semua kejadian yang menyebabkan dia didapati positif dadah metandienone metabolitem dengan mendakwa semua itu berlaku atas arahan Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.
Sementara itu, Karim ketika ditemui selepas mesyuarat semalam masih mampu mengukir senyuman lebar kepada pihak media di sebalik kontroversi membabitkan dirinya, namun seperti biasa, beliau enggan memberi sebarang penjelasan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan