Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kecederaan tak membimbangkan

Posted: 12 Mar 2012 01:21 PM PDT

ADAKAH jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei perlu diajar cara tidur yang betul?

Persoalan itu agak janggal dan pelik tetapi itulah hakikatnya kerana faktor salah tidur dikaitkan dengan kecederaan bahu kanan yang dialaminya, sekali gus meranapkan impian merangkul kejuaraan hatrik Seluruh England di Arena Tertutup Nasional Birmingham, awal pagi semalam.

Chong Wei tewas 19-21 pada set pertama sebelum memutuskan menarik diri ketika ketinggalan 2-6 di set kedua, untuk memberikan juara dunia dan Olimpik, Lin Dan melakar sejarah menjadi pemain pertama pada era baru memenangi lima kali kejohanan tertua dan berprestij itu dalam tempoh 33 tahun.

"Chong Wei sebenarnya sudah terasa sakit di bahu kanannya sejak bangun pagi Sabtu lalu sebelum menentang Lee Hyun Il di separuh akhir dan kami tidak sangka kesakitannya bertambah serius selepas beraksi menentang pemain Korea Selatan itu.

"Jadi, tidak mahu mengecewakan peminat, Chong Wei tetap mahu beraksi pada final tetapi selepas menyedari kesakitannya bertambah serta bagi mengelakkan kecederaan itu semakin serius, dia memutuskan menarik diri selepas tiga kali mendapatkan rawatan doktor kejohanan.

"Mungkin salah tidur menjadi faktor bahunya sakit tetapi ia tidak membimbangkan," kata jurulatih Tey Seu Bock yang mengakui jaguh perseorangan itu menarik diri beraksi di Terbuka Switzerland, bermula esok.

Sementara itu, Chong Wei mengakui dia kecewa kerana kecederaan bahunya itu memusnahkan impiannya merangkul kejuaraan hatrik, sekali gus menyamai pencapaian pemain legenda negara Wong Peng Soon yang menjuarai kejohanan itu tiga kali berturut-turut pada 1950, 1951 dan 1952.
"Saya cuba memberi yang terbaik di set pertama tetapi saya tidak mampu beraksi lagi pada set kedua. Saya amat kecewa tetapi saya tidak boleh mengambil risiko. Lagipun, saya tidak mahu memaksa diri kerana sasaran utama ialah Sukan Olimpik Julai depan," katanya.

Lin Dan yang lebih dikenali sebagai 'Super Dan' pula terkejut dengan penarikan diri Chong Wei tetapi berharap musuh ketatnya itu mampu pulih, sekali gus dapat beraksi di pusingan akhir Piala Thomas Mei depan dan London 2012.

"Dalam set pertama kami beraksi seperti biasa, mengejar antara satu sama lain. Namun, dalam set kedua saya gembira kerana sering mendahuluinya sehingga dia menarik diri. Saya harap kecederaannya tidak serius dan sembuh segera," kata Super Dan yang muncul juara pada 2004, 2006, 2007 dan 2009.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Elizabeth

Well, congrate to LCW....Bagi saya, LCW menang atau kalah dia tetap menang dihati saya. Tidak semua boleh menjadi no 1 dunia, tp LCW di antara mereka dan masih di antara mereka. Jika tiada LCW...siapa yang akan gerun dengan Malaysia.. Jika tiada LCW, mahukah anda menonton Badminton...

jsuhaimi

takpe chong wei...rest dulu..kesian u..bukan semudah bercakap ketika berdepan lawan yang sememangnya setanding..for me u memang super..good luck.

fazrul

tahniah datuk lee chong wei kerana sampai ke final,jangan pedulikan apa orang komen yang penting apa yang kamu buat ada lah betul kamu masih ada sukan olimpik lagi yang penting kesihatan kamu memang susah untuk memuaskan hati semua orang apa lagu bagi mereka yang tidak tahu apa apa tentang sukan badminton

fazrul

ok lah yang paling penting sukan olimpik sekuranag kurang sudah mencuba sedaya upaya

haji ishak

dato lee chong wei adalah wira sebenarnya.walaupun dia sakit bahu kanannya dia sanggub berjuang.bukan macam lin dan.tahun lepas dia menarik diri d kejohanan singapore memalukan.apa layak di sebutsuper dan.tanyalah diri sendiri

gaman

salah tu... dato lcw mmg mampu menyaingi super dan pada set pertama.. klu bkn kerana kecederaan bahu.. sudah banyak smash maut yg dilakukan oleh dato lcw.. wlupun kecewa dgn penarikan diri.. namun keputusan tersebut tepat dan mampu memberi ruang untuk sembuh serta beraksi pada prestasi terbaik di London 2012... hanya satu gelaran sahaja lagi selepas olimpik iaitu gelaran juara dunia barulah dato lcw boleh diletakkan setaraf super dan.

somanathan

take rest, chong wei. we pray for u. get well soon .tc

CY

Hakikatnya Lee Chong Wei masih menghadapi
kesukaran setiap kali berdepan Lin Dan,
walhal mereka telah kerap kali bertemu sejak
10 tahun yang lalu.Tidak kah Lee Chong Wei
dapat mencari senja yang lebih ampuh untuk
berdepan Lin Dan? statistik pertemuan 19-8
yang memihak kepada Lin Dan menenggelamkan
status Lee Chong Wei selaku pemain no.1
dunia..pkir2kan.....................

BADMISTONE

ARENA BADMINTON NEGARA TIADA SKUAD PELAPIS YANG CEMERLANG. KENAPA YA?
ADAKAH KERANA SIKAP PEGAWAI ATASAN YG PILIH BULU ATAU SIKAP DIF2 PENERAJU YANG BERFIKIR KEPUTUSAN SENDIRI SEMEMANGNYA TEPAT.
SEPERTIMANA SKUAD PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA - KITA TIADA ROLE MODEL DAN RANCANGAN SISTEMATIK YANG SEMPURNA. JIKA BEGINILAH GAYANYA, APA YANG DIKENDONG PASTI KECICIRAN DISUATU HARI NANTI. LCW DAH TIBA MASA UTK MENGEJAR MISI KEHIDUPAN PERIBADINYA DAN BUKANNYA TERUS BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENCERMELANGKAN NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA. PILIH, CARI DAN PUTUSKAN PEGANTI YANG BARU. LCW BOLEH JADI SEORANG PELATIH PULA SLPS NI.

ninor hu

Datuk Lee, syabas kepada anda yang berjuang dengan bebanan harapan menggunung rakyat Malaysia. Walaupun saya bukannya minat sangat dengan badminton tapi saya cukup menghormarti Datuk Lee sebaba air muka Datuk Lee tak pernah nak menunjukkan tekanan bila tertekan tapi akan jelas ditunjuk bila berjaya seolah-olah bebanan tersebut telah terlepas. Pada pandangan saya rakyat Malaysia perlu buat satu tabung RM1 untuk emas olimpik. kalau kita dapat perolehi daripada 10juta rakyat Malaysia pun dah cukup untuk kumpul RM10juta, duit tersebut akan dibahagi sama rata kepada mana-mana atlit yang berjaya meraih emas olimpik.

pya

LCW..aku memang tak boleh nak tengok LIN DAN.. x super pon....

peminat sukan

saya ingin memuji datuk lcw atas kesungguhan beliau selama ini. Utk org yg x tahu perit lelah keluarkan peluh pagi smpi malam buat latihan utk harumkan nama negara boleh cakap macam2. Mereka hanya tahu komen dan kutuk macam2 bila lcw kalah.

Sbg pemain di tahap tertinggi di dunia skarang, lcw perlu melakukan semua dgn betul, disiplin tinggi, masa makan, tidur buang air semua kena betul. Saya yakin lcw dah amalkan dgn betul dan baik utk beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya harap lcw x patah semangat, abaikan saja penyokong2 dan pengkritik2 yang tak mengerti ni, mereka belum tentu paham erti penat lelah lcw selama ini.

abikhsan

Buat Annacommel...

Ada beza antara LCW dengan LD.... Super Dan sebab dah menang gelaran Olimpik, Dunia dan Asia.... LCW walaupun rank no.1 tapi masih belum menang major trophy....

Super Dan hanya premier series je... LCW semua pulun.... Grand Prix Macau, Grand Prix India, Grand Prix JB pun pulun.... sebab tu point BWF bertambah... Nasib baik takde Grand Prix Papua New Gunea atau Grand Prix Kg Pisang.... Kalu tak BAM akan suruh LCW masuk bertanding....

Ruslan Abdul Razak

Saya adalah seorang permain badminton, bagi pendapat saya susah lee chong Wei nak menang dalam kejohanan sukan Olimpik, sebab permain cina banyak menunggu dia, yang kecegasan permain cina lebih tinggi, berbanding dari lee chong wei, yang tak cukup rehat itu lah faktornya keletihan.

Anak Malaysia

Juli Gunawan, mungkin negara asal kamu Indonesia. Nama pun dah boleh tau. Sebab tu la kamu berani nak kritik sana sini LCW ni. Semua orang harus akui bahawa LCW mmg mengalami kecederaan semasa final tu. Apa yang paling penting, BAM harus "bangkit dari lena" segera bagi mencari "the 2nd LCW". Beregu pun sama juga!

farid

negara kita dah tiada pemain pelapis lagi...kita tidak boleh lagi harapkan datuk lee chong wei saja untuk naikkan martabatkan badminton negara kita...apapun syabas lee chong wei.

tengku fazrull

x setuju dgn pendapat ana.. x tgk game ke? set prtama sengit tp sebab sakit, LCW buat mistake dgn pkul bola kluar court.. Lin Dan byk dpt point free.. set kedua LCW dah mmg xle nk main.. mmg la ketinggalan..

saei

Jangan jadikan kecederaan sebagai alasan, jadikan ianya sebagai pengajaran. Ibarat cerita Si Tanggang dengan ibunya. Dulu masa D. Misbun melatih tak banyak alasan. Mungkin mental masih lemah. Mengapa Sir Alex Ferguson berjaya melatih MU selama berpuluh tahun? Harap Tey Seu Bok dan Rashid dpt melatih Daren dan rakannya sehingga dapat mengatasi rekod pencapaian DM. Karier pemain biasanya hanya sampai umur 30 tahun aje. Tahniah DM kerana berjaya menjadi jlth yg berjaya dan dpt mempertahankan maruah anda sebagai jlth.

sani 88

sungguh pelik takan salah tidur itu satu jawapan yg cukup aneh kalau dah nak kalah jangan bagi berbagai alasan yg sebenar kita dah tahu nak kalah dari kalah lebih teruk baik tarik diri kemudian beritahu alasan bahu sakit nampak sangat dgn alasan tu,,,,,

nazmee

Malaysia (BAM) perlu melepaskan DLCW dari piala Thomas, bersedia fizikal mental untuk Olimpik.. jangan jadi "yg dikejar x dpt, yg dikendung keciciran" .... jgn sampai kecederaan DLCW melarat... berilah kesempatan kepada pemain muda menunjukkan keupayaan mereka pula

anak pulau duyan

sebenarnya lebih baik kalah daripada mng kerana datuk chong wei tidak harus disalahkan, ini kerana sudah terlalu byk beban yang terpaksa ditanggung beliau, yang harus dan wajib dipersalahkan ialah BAM. Semoga kekalahan ini membuka mata BAM.

RACKETSCHIP

Mungkin Datuk LCW terpaksa menarik diri tetapi dia tetap pemain terbaik dunia. satu-satunya pemain yang dominan untuk kalahkan super Dan. mungkin juga permainan psikologi seperti mana lin Dan selalu buat sebelum ni.Game malam tu pun sebenarnya LCW masih mampu menyaingi Lin Dan walau pun beberapa kali terima rawatan. semangatnya kuat tapi dia tidak boleh ambil risiko. LCW satu-satu player m'sia dan dunia yang paling kosisten. pelapis malaysia plak masih baru nak digilap..selamat maju badminton malaysia. kembalikan semagat thomas 1992.

Peminat Risau

Takpelah sekurang-kurangnya sye brbgga sbb dpt lihat aksi chong wei msih konsisten tpi lpas ni berehat lebih 1 bulan ni hrap chong wei dpt bgkit smula..insyallah smua pminat akn doakn...

ana

Lee Chong Wei sebenarnya tidak mampu menyaingi Lin Dan pada kejohanan kali ini..Set pertama kalah dan set kedua juga sudah ketinggalan jauh..Untuk ajar dia tidur dengan betul mungkin sesuatu yang janggal tapi mungkin ada juga benarnya..

Juli Gunawan

Apalah erti rank nombor satu dunia..?
ramai akhbar msia selalu cakap dan tulis jaguh nombor satu dunia..., jaguh nombor satu dunia.., tapi apalah erti kerana belum pernah jadi wira dunia dan olimpik...?
kite perlu minta dan menghiba je pada queen of british...
Biasa dan boleh le.., sebab kite termasuk negara protektorat dari british... ish..., ish...

annacomel

mengapa sebut lin dan tu super dan? napa kita tak sebut Dato Lee dengan panggilan yang sedemikian? Bukankah dia sbenarnya mampu kalahkan lin dan.

Frank Morris

Olimpik lebih utama dan berprestij. All England ini apa ada hal. Kalahkan superdan di Olimpik, maka anda adalah pemain no. 1 dunia. Superdan lebih utamakan Olimpik berbanding Super Series dan ranking dunia.

‘Penting buat pemain muda’

Posted: 12 Mar 2012 01:17 PM PDT

Sukan

SKUAD Olimpik negara bakal melengkapkan saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik zon Asia bertemu Syria di Amman, Jordan esok – perlawanan yang tidak membawa makna kepada peluang ke London 2012 tetapi tetap dianggap penting dan besar oleh pengendali, Ong Kim Swee dan anak buahnya.

"Memang mengecewakan kerana selepas lima perlawanan, kita gagal mengutip sebarang mata, tetapi itulah hakikatnya kedudukan kita dalam rantau Asia berbanding pasukan gergasi seperti Jepun, Syria dan Bahrain," kata Kim Swee yang berangkat ke Jordan bersama skuad 18 pemain, semalam.

"Bagaimanapun dari sudut positif, kita dapat lihat kemampuan barisan pemain muda memberi saingan sehingga memaksa lawan bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan. "Ini adalah pendedahan pertama di peringkat antarabangsa buat pemain ini dan saya yakin, jika lebih banyak perlawanan kompetitif seperti ini diharungi, tahap keyakinan dan kematangan pemain akan meningkat."

Walaupun terlepas peluang ke London, skuad Kim Swee yang bertemu Syria di Amman esok, tidak mengambil mudah perlawanan berkenaan, sebaliknya akan cuba mengutip mata pada peluang terakhir itu.

"Itulah sasaran kami tetapi pada masa sama, saya juga mahu mereka menggunakan peluang ini untuk menguji kemampuan berbanding Syria, terutama beberapa pemain baru yang dipanggil serta pemain simpanan yang tidak banyak beraksi sebelum ini," kata Kim Swee.

"Saya perlu menyediakan skuad terbaik menjelang kelayakan Piala AFC Bawah 22 yang akan berlangsung Jun ini, jadi selain perlawanan dalam Liga-S yang hanya membabitkan pemain Harimau Muda, inilah medan terakhir menguji skuad pemain Bawah 21 ini.
"Pada Mei, saya akan mengumpul kembali skuad ini, tetapi saya tidak pasti sama ada kami akan mendapat perlawanan persahabatan yang kompetitif seperti ini. Saya merancang untuk menjalani kem latihan di Eropah, tetapi jika tiada kelab besar yang sedia bertemu kami, mungkin saya akan mengadakan latihan di Australia."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan